Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, December 27, 2008

Tahun Baru Maal Hijrah…Muhasabah Kembali

Genap 29 Desember ini bersamaan I Maal Hijrah 1430h, tahun baru Hijrah bermula kembali,1429h telah berlalu. Masa berlalu dengan pantas , umur semakin meningkat, panggilan kematian semakin menghampiri,entah bila,di mana,bagaimana kematian menjemput dan mendatangi kita.

Tahun baru ini juga sebagai permulaan bagi mahasiswa dan mahasiswi terutamanya penuntut UIAM Gombak yang sebelum ini bercuti lebih sebulan. Kembalinya kita ke UIAM menjalani rutin harian sebagai seorang mahasiswa yang mengembara di Taman Ilmu dan Budi ini. Sejenak diri ini terfikir dan terkenang akan masa yang lalu yang tidak mungkin kembali lagi.

Siapakah diriku hari-hari yang lepas?Adakah diriku hanya melaksanakan tugas sebagai hamba di dunia ini? Bagaimana dengan tugas sebagai khalifah?Adakah diri ini melaksanakan tugas dan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini atau sekadar merancang dan berkata-kata tanpa melaksanakannya? Sebanyak manakah yang telah diri ini korbankan untuk Islam?Layakkah diri ini menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w sepanjang masa yang lalu?

Allah sering mengingatkan kita, ‘Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian,melainkan orang yang beriman dan beramal soleh,serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran’

Inilah hakikatnya, kehidupan di dunia ini tidak akan bermakna dan sempurna melainkan ia diiringi dengan keimanan dan amal kebajikan setiap masa dan ketika. Sememangnya semua ini memerlukan pengorbanan,kesetiaan malah keistiqamahan kita kepada agama Islam. Allah juga mengingatkan kita, ‘wahai orang-orang yang beriman, adakah kamu ini mengakui sebagai orang beriman sedangkan dirimu tidak diuji’. Syukur kepadaNya dengan kemuncak kesyukuran di atas segala nikmat terutamanya memasukkan kita di dalam golongan Islam yang mana Al-Quran dan Sunnah sentiasa memberi jalan dan panduan dalam setiap kehidupan kita.Inilah kekuatan orang Islam yang dianugerahkan Al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk.

Sama-samalah kita saling ingat-mengingati, sekalipun kita sebagai pelajar,pekerja,suami,pemimpin atau yang dipimpin, kita tetap seorang Muslim yang belajar dan mempraktikkan Islam bagaikan budaya dalam kehidupan.Maka,kita tidak akan terlepas daripada tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan amal soleh seperti yang dimaklumkan di dalam Al-Quran.

Begitu juga mahasiswa dan mahasiswi, kedatangan tahun baru ini bukanlah semata-mata menjalani rutin harian sebagai pelajar yang hanya hadir ke kelas, kantin, tv, tidur menjadi budaya hidup mereka,tetapi sepatutnya kedatangan tahun baru ini sebagai pembaik pulih dan peningkatan amal soleh kita untuk Islam setelah kita muhasabah kembali betapa jauhnya kita dalam melakukan amal soleh pada waktu yang lepas.Malah,kedatangan tahun baru ini perlu dijadikan anjakan paradigma seorang mahasiswa yang bukan sahaja rutin hariannya sebagai pelajar tetapi berbakti kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

Muhasabah kembali kejadian yang lalu amat penting untuk kita perbaiki dan mempertingkatkan kebaikan pada tahun baru. Semoga kehadiran 1430h merupakan tahun yang lebih baik dan terancang daripada tahun sebelumnya,seterusnya meningkatkan amal soleh kita sebagai seorang Hamba dan Khalifah Allah di muka bumi ini.

Wallahua’lam

nurmujahidahuaim
(11.00pm-27 December 2008/29 Zulhijjah 1429h)

Monday, December 15, 2008

Ta'aruf Sebelum Pernikahan..

‘Aish...ukht ada terima tak jemputan kahwin kawan sekolah kita dulu,Siti, pada hari Jumaat ini’.Itulah panggilan manja Mujahidah kepada teman baiknya,Aishah.

‘Ya,ana ada terima.Nanti bolehlah kita pergi kenduri bersama kebetulannya kita cuti sama kan?’Jawab Aishah. ‘Bagus sangat cadangan ukht tue,lama benar kita tak bertemu Siti.Ukht,selalu ke contact Siti??Ana tak de nombor kawan-kawan sekolah kita dulu’. Mujahidah bertanya kembali. ‘Bolehlah jugak,ana dapat nombor Siti pun daripada adiknya yang ana jumpa kat kedai dua tahun lepas. Ana sebenarnya terkejut juga kerana mendapat jemputan daripada dia,Siti seorang pendiam dan orang laki tak berani kacau dia,malah dia memang tak pandang orang laki dan tak de couple pun dulu.Tapi setelah mendengar kisah pertemuan dia dengan bakal suaminya ini,ana rasa sungguh menarik proses taáruf mereka,Islamic way’. Aishah mengerutkan keningnya sambil tersenyum.

‘Macam mana tue?? Mujahidah tertanya-tanya ingin tahu. ‘Menurut kata Siti, dia dan bakal suaminya sebelum ini tidak pernah bersua,cumanya senior sejemaah Siti memperkenalkan anak saudaranya iaitu bakal suami Siti sekarang kat Siti. Selepas itu, taáruf pertama mereka yang ditemani oleh seniornya,dalam taáruf itu bakal suami Siti tak delah cakap banyak dan Siti juga tak cakap banyak,cumanya bakal suaminya bertanyakan tentang background family dan education Siti,then ada juga tanya Siti pernah menghafaz Quran dan berapa juzuk..’ Aishah berjenti sejenak.

Kemudian Mujahidah terus bertanya, ‘kenapa lelaki tue bertanyakan berapa banyak Siti hafaz Quran??,pelik sikit’.Aishah menjawab, ‘sebenarnya bakal suami Siti itu Hafiz Quran,30juzuk memang fasih.Sejak kecil lagi lelaki tue dididik oleh ibu bapanya menghafaz Quran, adik-beradik lelaki itu pun memang hafaz Quran 30juzuk.Lagipun sekarang nie lelaki tue kerja sebagai ustaz di sekolah tahfiz keluarga dia,mungkin kat situ,dia nak risik-risiklah peribadi calon pilihan mak saudaranya itu’.


‘Erm,baguslah begitu,selepas tue macam mana??’Mujahidah bertanya kembali. ‘Lelaki itu meminta Siti buat solat istikharah dan dalam masa yang sama dia juga akan buat solat Istikharah,paling kurang ada seminggu masanya untuk jawapan dari kedua belah pihak.Selepas daripada taáruf pertama mereka itu,mereka dah tak bertemu mahupun mesej dan contact ikut telefon,email dan sebagainya.Dan akhirnya,mereka berdua berdiam diri sehinggalah suatu hari tue ,lelaki itu menyampaikan hasratnya untuk meminang dan bernikah dengan Siti melalui orang pertengahan iaitu mak saudaranya,senior satu jemaah dengan Siti.Pada masa tue,Siti tak dapat lagi petunjuk daripada solat Istikharahnya,tetapi hati dan perasaan Siti tenang dengan risikan lelaki tu,dan hatinya terbuka untuk menerima lelaki itu sebagai teman hidupnya’.Aishah menerangkan dengan panjang lebarnya.

Berkatalah Mujahidah.‘Masya-Allah,segala-galanya kehendak-Nya,sungguh sopan dan beradab proses taáruf mereka,ana yakin kedua pihak menjaga proses taáruf itu dengan baik dan memohon sepenuhnya kepada Allah.Bukan senang orang zaman sekarang menerima proses taáruf macam nie.Ada yang bagi alasan,macam mana nak tahu kebaikan dan kelemahan pasangan kita kalau taáruf macam tue je,malah ada juga beralasan,tidak akan wujud rasa cinta kalau taáruf macam nie’.Aishah meneguk sedikit air di halaman rehat di rumah Mujahidah,kemudian Aishah berkata, ‘Ya,betul,memang ramai terutamanya remaja sekarang berpandangan sebegitu.Tapi bagi ana,tidak semestinya nak kenal perangai,sikap dan tabiat pasangan,kita kene sentiasa jumpa dengan dia,lagipun seseorang itu sama ada perempuan atau lelaki boleh sembunyikan perwatakan sebenar dia ketika mana berjumpa dengan pasangannya. Cara yang paling afdal kita cubalah dekati keluarga pasangan kita,maksud ana,bertanya mereka tentang sikap dan perwatakan pasangan kita.Selain itu,tanyalah kawan-kawan terutamanya kawan baik dia dan banyak lagi cara sebenarnya,cuma sesetengah orang itu memilih cara yang ikut nafsu bukan ikut syariat Islam’.

‘Memang mantap hujah ukht,bagus!Ana setuju.Ana pun rasa bahwa perasaan cinta ini tidak semestinya wujud apabila kedua pasangan itu sentiasa berjumpa,orang yang bercinta selepasa berkahwin lebih manis dan bahagia.Memang tidak dapat dinafikan juga,ada perasaan cinta akan wujud jika selalu berjumpa,tetapi perasaan itu wujud dengan hasil yang tidak betul,iaitu melalui pertemuan yang tidak halal sekalipun tidak berdua-duaan malah,zina mata pasti akan ada,maklumlah bila bertemu mestilah nak melihat pasangan kita kan..akibatnya,dari mata jatuh ke hati kemudian timbulnya perasaan cinta yang bernafsu,bila bertemu sekali,hendak bertemu lagi dan seterusnya begitulah dalam kemaksiatan.Kalau tak jadi kahwin,merana putus cinta dan kalau jadi kahwin,proses taáruf sebelum ke jinjang pelamin tidak mengikuti syariat Islam,penuh kemaksiatan,malah ia mungkin akan memberi kesan yang tidak baik sama ada kepada diri mereka sendiri,akhlak anak-anak mereka nanti dan banyak kesan yang tak baik kalau kita tak ikut jalan yang benar’.Mujahidah berhenti sejenak berkata-kata sambil menghembuskan nafas panjang.

‘Betul kata ukht,wanita yang baik untuk lelaki yang baik.Kalau kita nak dapatkan suami soleh,kita kena berusaha menjadi wanita solehah terutamanya dalam mentarbiah diri sendiri.Tapi,ana takutlah macam mana kalau berlaku kepada kita nanti,seorang lelaki datang merisik kita,ana risau tak dapat jaga seperti mana Siti’.Aishah bertanya pula.

‘Erm,sukar untuk diramalkan.Apa yang pasti,mohonlah doa banyak-banyak moga Allah menjauhkan kita daripada melakukan kemaksiatan,dan mintalah moga dikurniakan seorang suami yang soleh dan anak-anak mujahid dan mujahidah yang soleh solehah serta kita menjadi isteri solehah.Ana juga harap kita akan mendapat cinta selepas berkahwin kerana cinta lepas kahwin itu manis,malah ia bersatu di atas cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Percayalah ukhti,segala-galanya akan terjaga,seandainya kita menjaga hubungan kita dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia’.Mujahidah mengakhiri kata-katanya itu dengan suatu doa dan harapan yang cukup besar.

Wallahua’lam
nurmujahidah.uiam
1.42am(15 December 2008/17 Zulhijjah 1429h)

Aqidah Dalam Penghidupan Manusia

Aqidah dalam kehidupan manusia...penulis ingin kongsikan sebuah buku ‘Pemurniaan Aqidah Islamiah(Analisis terhadap ajaran salah)’karangan Nawi@Mohd Nawi Haji Ismail yang merupakan seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri.

Apa yang penulis ingin kongsikan di sini ialah mengenai Aqidah dalam kehidupan insan, seperti mana yang sedia maklum setiap agama ada pegangan aqidah dan kepercayaan tersendiri. Begitu juga Islam, agama yang syumul dan indah ini berasaskan 3 komponen penting iaitu aqidah,akhlak dan syariah. Tanpa mengetahui, mendalami dan mengamalkan ketiga-tiga komponen ini,seseorang Muslim yang mendakwa dirinya Muslim itu bukanlah dia Muslim Sejati.

Maka,penulis yakin bahawa pengetahuan dan pemahaman yang sempurna tentang aqidah Islam kepada seseorang Muslim itu dapat menjaga malah melindungi dirinya daripada kecelaruan dan kesangsian dalam memahami aqidah Islamiah yang sebenar, sekalipun datangnya pelbagai pemikiran dan aliran yang songsang.Ini lebih meyakinkan kita lagi melalui hadis yang diriwayatkan oleh Malik Radiallahu ánhu bermaksud; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda; ‘aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya,selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya’ ” (Hadis Riwayat Malik)

Makna dan definisi aqidah boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; takrifan Barat (Western perspective) dan Islamic perspective. Gusteve Lebon yang merupakan salah seorang sarjana Barat yang banyak membuat kajian tentang kepercayaan agama-agama yang wujud di dunia termasuk Islam menyatakan bahawa; aqidah adalah keimanan yang lahir dari suatu sumber yang tidak dapat dirasai, yang memaksa manusia mempercayai sesuatu ketentuan tanpa dalil. Menurut beliau lagi, aqidah itu kadang-kadang sesuai dengan realiti dan ada kalanya tidak sesuai.Manakala Bascal seorang Orientalis Barat pula mendasarkan aqidah kepada perasaan,bukan kepada akal yang mana keistimewaan aqidah mempunyai dua perkara; iaitu;

1) Aqidah mempunyai daya untuk menggerakan amal dan usaha.
Ini menjelaskan bahawa hubungan sebab antara áqidah dan amal’sangat
rapat serapatnya hubungan sebab dan akibat sehingga gerak laku
setiap amalan dan perbuatan itu adalah terjemahan yang tepat kepada aqidahnya.
2) Aqidah mempunyai kekuatan dan kuasa tarikan yang bersifat ghaib.

Seterusnya beralih pula makna aqidah dari segi persektif Islam.
Perkataan aqidah berasal daripada ‘aqada’yang bermakna ‘menyimpulkan’ atau dari perkataan ýa’qidu’yang bermakna ‘mempercayai’. Perkataan ini dikembangkan hingga menjadi áqdan’yang bermakna ‘dipercayai’. Manakala perkataan ‘aqidah’ ialah mufrad dan jamaknya(plural) ialah áqaid’ yang membawa maksud simpulan iman. Menurut Abd Rahman Hanbakah,beliau menyatakan ; ‘apabila tanggapan terhadap sesuatu telah sampai kepada tahap yang boleh menggerakkan kecenderungan dan mengarahkan kelakuan kepada mentauhidkan Allah, itulah dinamakan aqidah’. Selain daripada itu,aqidah juga bermaksud; ‘himpunan perkara-perkara yang benar yang tertanam di dalam jiwa setiap peribadi Muslim melalui akal dan pendengaran secara semula jadi, dan mempercayainya dengan hati;tidak terdapat percanggahan mengenainya serta mempercayai tentang kewujudan pencipta dan hendaklah beriman kepadaNya. Dalam kata lain,aqidah di dalam Islam sentiasa ditujukan kepada asas iman dan tauhid dalam konsepnya yang sebenar,kerana aqidah tauhid ialah satu ikatan perjanjian dan kepercayaan secara total kepada hakikat keesaan dan kekuasaan Allah S.W.T.

Sebagai kesimpulannya daripada penulis,kita dapat lihat pelbagai takrif aqidah sama ada dari sudut Islam mahupun Barat.Jika kita lihat kepada makna aqidah menurut Barat yang dapat kita simpulkan, aqidah adalah wujud dalam diri manusia secara paksa tanpa berdasarkan dalil dan aqidah sentiasa berubah kerana kekadang ia sesuai dengan realiti dan ada kalanya tidak sesuai dengan realiti. Oleh sebab itu,jika kita perhatikan agama Kristian yang berpegang dan mempercayai sesuatu tanpa dalil malahan tidak dapat diterima logik áql,contohnya; penganut Kristian menyatakan Jesus itu Tuhan daripada divine nature(god) dan human nature(Mary),ini tidak dapat diterima áql kerana secara logiknya; anak manusia yang wujud adalah daripada gabungan ibu ayah mereka yang juga manusia.

Selain itu, mereka juga boleh mengubah-ubah aqidah mereka seandainya aqidah itu tidak sesuai dengan masyarakat umum mahupun suasana semasa.Jelas di sini,agama Kristian merupakan agama yang diubah-ubah dan direka-reka oleh penganutnya sekalipun dahulunya agama samawi melalui ajaran Nabi Isa a.s dan kitabnya Injil.Namun, agama Kristian kini bukanlah agama yang tulen dan sepenuhnya daripada wahyu Allah s.w.t.
Berbeza dengan aqidah agama Islam yang syumul dan indah,ia adalah iman yang memerlukan membenarkan (tasdiq) yang pasti yang menepati kenyataan yang lahir daripada dalil dan bukti sama ada dalil naqli dan áqli. Sekalipun umat Islam tidak dapat melihat Allah s.w.t di dunia ini, namun kewujudan dunia dan segala ciptaan ini membuktikan adanya pencipta.Pencipta ini sudah tentu Maha Kuasa mencipta segala yang hebat yang kita dapat lihat dan fikir secara logik adanya pencipta. Semestinya Pencipta ini juga Maha Esa,buktinya melalui dalil naqli dan áqli yang menjadi rujukan kita sebagai umat Islam.Contohnya; daripada surah al-Ikhlas; Allah memberitahu dan mengkhabarkan semuanya kepada umat Islam tentang diriNya.Malah secara logiknya juga,seandainya ada lebih daripada satu Tuhan seperti agama Hindu dan banyak lagi, sudah pasti segala-galanya akan huru-hara.Maklumlah,Tuhan pertama hendakkan itu,Tuhan kedua hendakkan ini,maka bergaduhlah mereka. Sesungguhnya,dapat kita lihat dan simpulkan bagaimana kekuatan aqidah tauhid yang benar dapat menguatkan dan meyakinkan golongan-golongan terdahulu untuk berjuang dan syahid di jalan-Nya,kita juga dapat lihat bagaimana kekuatan aqidah ini meruntuhkan berhala-berhala pada zaman jahiliah,meluaskan empayar Islam dan betapa ramai orang yang memeluk Islam.Bagaimana dengan hari ini?? Aqidah kita agama Islam tetap sama dan tidak pernah berubah tetapi kenapa ramai yang lari dari Islam?Murtad?Kelesuan dalam perjuangan dan jihad?Sama-sama kita fikirkan..

p/s : kepada sesiapa yang ada idea mengenai program atau aktiviti pemantapan aqidah remaja Islam,mohon disampaikan melalui komen.

Wallahua’lam
nurmujahidah.uiam
12.15am(13 December 2008/15 Zulhijjah 1429h)

Tuesday, December 9, 2008

Ancaman Dunia Islam

Baru-baru ini, penulis ada terbaca di dalam satu website JAIS yang memaparkan satu program bicara isu semasa yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

Apa yang menarik hati penulis untuk kita sama-sama menganalisis dan menghayati bersama ialah berkaitan dua kertas kerja yang dibentangkan dalam program tersebut. Kertas kerja pertama bertajuk Áhli Sunah Wal Jemaah’dibentangkan oleh ustaz Mohd Rasyiq bin Mohd Alwi yang merupakan pensyarah di Institut Pengajian Darul Hijrah. Manakala, kertas kerja kedua bertajuk Áncaman Kristianisasi; apakah tanggungjawab anda?’ dibentangkan oleh ustaz Rashidy Jamil bin Muhammad Arrashid dari JAKIM.

Melihatkan suasana semasa ini, tanpa kita sedari terdapat pelbagai cabaran dan ancaman terhadap Ahli Sunnah Wal Jemaah kerana wujudnya aliran-aliran baru yang menyimpang, ajaran yang songsang, isu murtad dan sebagainya. Golongan dan aliran ini bukan sahaja daripada mereka yang bukan Islam,tetapi golongan yang mendakwa mereka Islam seperti Wahhabiyah, Islam Liberal, Sister In Islam dan sebagainya. Sesungguhnya, kewujudan dan kemunculan golongan-golongan yang songsang ini betul-betul menguji kita semua yang berpegang kepada aqidah Ahli Sunah Wal Jemaah di dalam memperjuangkan sunah (aqidah dan syariah)

Berdasarkan apa yang disebutkan sedikit sebanyak di dalam kertas kerja pertama ini,penulis dapat rasakan betapa kuatnya ancaman dan cabaran ini melanda kita, terutamannya masyarakat Islam yang masih terawang-awang pengetahuannya mengenai pegangan aqidah Ahli Sunah Wal Jemaah ini. Ini kerana apabila sahaja munculnya aliran songsang ini,ditambah dengan hujah-hujah mereka yang kuat dan boleh menyebabkan kita sangsi dengan aqidah sebenar,ia akan menimbulkan perasaan was-was kita terhadap apa yang kita pegang selama ini,bahkan ia boleh menjuruskan kepada murtad, syirik dan sebagainya.

Penulis menyatakan sebegini kerana penulis pernah mempelajari madah ‘Islam and Religious Pluralism’ yang mana madah ini menceritakan sejarah kemunculan pluralism agama,tokoh-tokohnya seperti John Hick,Sayyid Hussien Nasr, dan Guru Nanak,apa yang dibawa di dalam idea ini,kaitannya Islam dan pluralism agama dan sebagainya. Antara idea yang dibawa oleh tokoh Pluralism Agama ini, mereka menyatakan bahawa semua agama sama,yang beza antara agama-agama yang ada di dunia ini adalah the manifestation of the God (penjelmaan Tuhan). Contohnya; Tuhan agama Islam ialah Allah, Yahudi pula Yahweh, Hindu pula Brahma dan sebagainya. Mereka menyatakan setiap Tuhan yang disembah oleh setiap agama yang ada di dunia ini adalah penjelmaan daripada the absolute God yang mana the absolute God ini tidak dapat dilihat sama sekali. Oleh sebab itulah, mereka menyatakan semua agama adalah sama.

Cuba bayangkan macam mana kalaulah datangnya orang yang berfikiran pluralism ini kepada kita yang menyentuh isu-isu sebegini. Alangkah sedihnya dan malangnya kita seandainya tidak mampu berpegang teguh dengan aqidah kita malah tidak mampu berhujah menentang dan menegakkan pendirian kita. Penulis merasakan ramai di kalangan masyarakat Islam ini masih kosong tentang pemahaman aqidah yang benar bahkan tahu mereka Islam sebabnya ibu bapa Islam. Jadi, tak hairanlah betapa ramai terutamanya golongan remaja yang murtad dan sebagainya. Ini baru pluralism yang datang menyerang,bagaimana jika datangnya pemikiran dan aliran songsang yang lain yang kita tahu tahu sejarahnya dan sebagainya?? Bagi pendapat penulis,sekalipun kita bukanlah di bidang agama, tetapi kita sebagai orang Islam semestinya mengetahui dengan sedalamnya akan aqidah Ahli Sunah wal Jemaah yang kita pegang sehingga ke akhirnya.

Seterusnya dalam kertas kerja kedua yang bertajuk Áncaman Kristianisasi; Apakah tanggungjawab kita?. Ustaz Rashidy memberi penjelasan dan pendedahan bahwa Yahudi dan Kristian tidak akan redha kepada Muslim sampai bila-bila seperti yang didedahkan di dalam Quran. Dakyah Kristian atau Christian Missionary semakin hari semakin melampau dan aktif. Mereka tidak putus-putus meneruskan dakyah untuk memurtadkan orang Islam masuk Kristian dengan pelbagai cara dan kaedah.Penulis masih ingat apa yang penulis pelajari di dalam madah ‘Christian Missionary and Evangelization’, antara sebab orang Kristian tak pernah putus asa mengajak dan memaksa orang termasuk agama-agama lain masuk Kristian ialah mereka percaya bahawa semakin ramai orang masuk Kristian,badan Jesus akan semakin complete dan sempurna.

Cara yang mereka gunakan juga banyak dan pelbagai antaranya melalui kebajikan masyarakat, hiburan, dan sebagainya. Mereka banyak menggunakan cara lembut dan halus, contohnya; mereka memberi bantuan makanan dan pakaian kepada golongan miskin, mereka bersedia membantu dan mengajar anak-anak yang tidak mampu bersekolah dan sebagainya.Tapi,ingat sebaik-baik layanan mereka itu ada tujuannya,melalui pengajaran mereka memasukkan ajaran Kristian dan apa-apa mengenai Kristian, bahkan mereka juga akan membawa anak-anak ini pergi ke gereja dengan alasan membuta lawatan.

Buat remaja,pemuda dan pemudi pula,mereka juga gunakan hiburan dan cinta. Memang tidak dapat dinafikan,terlalu ramai remaja Muslim yang masih mencari identiti yang sebenar terpedaya dengan mereka sehinggakan sanggup murtad dan meninggalkan keluarga. Disebabkan kelonggaran pemahaman tentang aqidah Islam dan faktor-faktor lain, mereka terperangkap ke jalan yang salah. Apakah tanggungjawab kita?? Sukar untuk dipastikan, sama ada tanggungjawab kita untuk mendaulat negara Islam dahulu atau menta’dibkan masyarakat Islam malah mewujudkan tamadun khayrah ummah dahulu?? Masyarakat Islam di mana-mana pun masih mencari-cari kebenaran untuk menyakini Islam sebagai agama yang suci dan benar yang mereka anuti, tetapi kita kekurangan tenaga yang sanggup menafkahkan diri untuk berjuang di jalan ini, sebabnya.....tepuk dada tanya iman.

Buat mujahid dan mujahidah yang berjuang di jalan-Nya,sabarlah dan yakinlah jalan dakwah ini adalah jalan yang mulia. Jangan sekali-kali biarkan Dakyah Kristian melintasi kita dan mengalahkan kita. Sepatutnya,kita mesti melintasi mereka kerana Islam adalah agama yang sebenar-benarnya, walaupun ia sukar dan melawani nafsu kita yang sukakan kemewahan,hiburan, dan perkara yang lagha, namun ia amat bermakna seandainya kita beristiqamah di jalan ini sehingga ke akhir hayat.

Sebagai kesimpulannya, diri ini berharap agar berada di dalam golongan mujahidah solehah yang berjuang di jalan-Nya sehingga akhir hayat sekalipun sebesar zarah saja diri ini mampu lakukan dalam perjuangan ini. Untuk sahabat-sahabat jamaah, lupakan masalah hati dan perasaan yang berlaku antara kita,ingatlah dan hayatilah tujuan utama kita berada di dalam jamaah ini. Buatlah yang terbaik untuk Islam,kerana Islam dan demi Islam.

p/s: sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang Pluralism Agama dengan lebih mendalam,bolehlah rujuk buku;
Tren pluralisme agama : tinjauan kritis / Dr. Anis Malik Thoha(buku ini ada juga di dalam terjemahan bahasa Arab)

Wallahuálam
nurmujahidah.uiam
12.55am- 9 Zulhijjah 1429h/7 December 2008

Sunday, December 7, 2008

Selamat Menyambut Eidul Adha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Makna Ibadat Qurban

Tanggal 10 Zulhijjah, suatu tarikh yang amat bermakna dan bersejarah bagi seluruh umat Islam, tak kira di mana jua mereka berada. Tarikh inilah yang membawa kepada suatu nilai pengorbanan seorang hamba kepada Penciptanya sebagai tanda taat, kasih, dan pengabdian seorang hamba. Hari ini dikenali sebagai Hari Raya Qurban atau Eidul Adha, kisah Nabi Ibrahim a.s yang bermimpi menyembelih anaknya, Nabi Ismail, kemudian dibicarakan mimpi itu kepada anaknya, lalu anak yang kecil ini rela dan reda mengorbankan diri sendiri untuk disembelih oleh bapanya, seandainya itu adalah daripada suruhan Allah Taala. Sudah pasti Allah Taala Maha Mengetahui akan keikhlasan yang tersembunyi di dalam hati kedua-dua hamba-nya ini, lalu ketika mana pisau sudah diletakkan di leher Nabi Ismail, tiba-tiba Qibaslah yang terpotong dan menjadi korban, manakala Nabi Ismail terselamat.

Jelas di sini,Qurban telah disyariatkan kepada umat terdahulu bahkan ia juga disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w di dalam mengingati kembali nikmat Allah kepada Nabi Ibrahim a.s kerana taatnya dan patuhnya kepada Allah Taala, malah dalam bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada-Nya. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, makaTuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepadaNy. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah” (al-Hajj:34).


Sudah pastinya,jika dilihat kepada makna qurban itu sendiri, dari segi bahasa bererti dekat, mendekatkan diri. Manakala dari segi syaraknya ialah menyembelih haiwan dengan tujuan untuk ibadah kepada Allah S.W.T pada hari raya Eidul Adha iaitu pada 10 Zulhijjah dan dinamakan hari Nahar, dan hari-hari Tasriq pada 11,12,dan 13 Zulhijjah.

Bagaimana pula dengan fadhilat atau kelebihan mengerjakan qurban? Terdapat juga golongan yang anti-Islam menyatakan bahawa qurban yang dilakukan oleh umat Islam ini adalah semata-mata membazirkan duit, tambahan lagi daging binatang yang disembelih itu perlu bahagikan kepada orang lain pula. Malah qurban ini juga membazirkan masa kerana proses melapah, memotong daging dan sebagainya ini memerlukan masa yang lama. Walau bagaimanapun sebagai seorang Islam, tidak patut sekali kita berfikiran sebegitu, dan jangan pula terpengaruh dengan propaganda sebegini, tetapi kita sepatutnya yakin dengan apa yang disyariatkan Allah Taala kepada hamba-Nya adalah yang terbaik bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

Di sini akan dibincangkan beberapa hikmah dan fadhilat qurban, antaranya; qurban dapat menghidupkan sunah Nabi Allah Ibrahim a.s sebagaimana yang kita ketahui melalui sejarah pengorbanannya atas dasar cinta dan kasihnya kepada Allah Taala. Seseorang yang lemah iman, dalam masa yang sama kasih dan cinta kepada Penciptanya tidak akan sanggup mengorbankan anak kesayangannya. Sebagaimana Allah Taala pernah menyebut di dalam firmanNya yang bermaksud; “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untük menjadi harapan” (al-Kahfi:46) .

Selain daripada itu,ibadah qurban juga mendidik jiwa ke arah taqwa,mendekatkan diri kepada Allah, malah ibadah ini juga mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah Taala. Contohnya, sifat tamak dapat dikikis apabila orang yang mengerjakan qurban itu dapat menghayati dengan sebaiknya betapa tidak ternilai banyaknya rezeki pemberian Allah kepadanya berbanding orang-orang yang tidak mampu. Rezeki kurniaan Allah ini dapatlah dibahagikan dan dikongsi bersama dengan orang yang susah, bahkan ia juga menambahkan rasa syukur seseorang dengan rezeki yang diperolehnya.

Ibadah qurban juga mengeratkan silaturahim sesama manusia terutamanya antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik. Ini dapat kita lihat masyarakat kampung berkumpul dan bergotong-royong melapah daging bersama pada musim hari raya sebegini sahaja,kerana kebiasaannya setiap orang sibuk menguruskan masa masing-masing dengan kerja, mencari wang dan sebagainya tanpa mempunyai masa bertanya khabar jiran tetangga. Hari Raya Qurban antara masa yang terbaik untuk menjalinkan hubungan dan ukhuwah bersama jiran tetangga.

Hakikatnya, ibadah qurban yang disyariatkan Allah Taala bukanlah tiada maknanya seperti yang diungkapkan oleh golongan anti-Islam cuma kita yang kurang ilmu ini tidak ketahui betapa banyaknya fadhilat setiap apa yang disyariatkan Allah termasuklah ibadah qurban. Kita termakan kata-kata dan propaganda palsu daripada mereka yang membenci Islam, kita tidak berusaha membudaya dan menuntut ilmu untuk mengetahui hakikat dan kebenarannya.Oleh itu, sebagai umat Islam yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, adalah semestinya kita membudayakan ilmu duniawi mahupun ukhrawi dalam memperlengkapkan diri menjadi mukmin yang sejati, yang mengetahui hakikat pengorbanan itu.


AEMY ELYANI MAT ZAIN

HEWI-PKPIM UIAM GOMBAK

Saturday, December 6, 2008

Fakhruddin al-Razi : Response Towards Anthropomorphist Groups

Fakhr al-Din al-Razi is one of the Muslim scholar especially in the field of Kalam. His name is; Abu Abdullah Muhammad b. Umar b. al-Husayn Fakhr al-Din al-Razi born in Rayy Northen Persia , 1149 and died on 1209.

In his education background, he studied under his father, then furher studying in theology from Majd al-Din al-Jili and also in jurisprudence under Kamal al-Din al-Simnani.He was the greatest of Asy’arite theology after al-Ghazali and even known as ‘Khatib al-Rayy’ and ‘Shaykh al-Islam’.However,he did not only expert in Theology but also in Jurisprudence, Tafsir, Philosophy, History, Physics, Astronomy and Mathematics.In terms of his works, he has done many works such as al-Tafsir al-Kabir, al-Muhassal, Mabahith Mashriqiyyah. He also studied and mastered the works of al-Farabi and Ibnu Sina, for example, he has commented many works of Ibn Sina like; Uyun al-Hikmah and Sharh al-Isharat.

Regarding in his responses towards the Anthropomorphist groups as said before, there are many Anthropomorphist groups that use the attributes and acts of man to God, but the writer will mention only three main groups which are The Karramites, The Hashwiyya and The Hanbalite.

The follower of the Karramites group was Abu Abdullah Muhammad b. Karram. There are some othes branches of Karramites group such as the A’bidiya, the Tuniya, the Zariniya, the Ishakiya and the Wahidiya.Altough they are from the one group which is the Karramites but they have their own ideas and thought even different at all. In terms of tashbih, this group claims that it is possible for God to move, change His position and descend.In addition, they say that God is firmly seated on the throne and He is in person on the upper side of it.

Second group of the anthropomorphism is the Hashwiyya which is Shi’i theologian. There are two main master on this group which are Hisham b. al-Hakam and Hisham b. Salim al-Jawaliqi. This group claims that God eternally knows himself but the other things, He does not know until it is created, even they other extreme tashbih is they claim that God has 5 senses, He has hands,feet,nose,ears,mouth and black hair which is black light but He is not having flesh and blood.

The last group is the extreme Hanbalite’s group.According to them, God has a form (surah), a face,eyes,hands which mentioned in the Quran. In addtion,they claim that God has two hands and both are the right hands as also reported in Quran and explained by Hadis.

Here,we can see how some of anthropomorphist groups as said before using tashbih about the attributes of God to the attributes and acts of mankind. They use the two holy sources especially Quranic verses literally. So,how we as ahl sunah wal jemaah group use these quranic ayat which having literal word and meaning??

Therefore, the writer takes one of the prominent ahl sunah wal jemaah scholar in Kalam and Theology discussing and responding on the anthropomorphist groups and even this problems.According to Fakhr al-Razi, there are four kinds of word or verses in the Quran which are Nass,Zahir,Muáwwal, and Mujmal.

Nass word is single meaning ,it is clarity in meaning and free from contradiction. Meanwhile, Zahir word is also single meaning and clarity in meaning but it is not free from contradiction.Thirdly is Muáwwal is different at all with both word before.Muáwwal word is lack of clarity in meaning and even one meaning is more preponderant to the other.Then,the last type of word or verses in the Quran is Mujmal which is lack of clarity and both meanings are equal.

Therefore,some mutashabihat word must be interpreted metaphorically (ta’wil) because:
1)The literal meaning must be rejected since it is against tawhid. For example; some verses of Quran say the hands of God (yadullah), the face of God (wajhullah) and so on.
2)Mutashabihat verses must be understood based on Muhkamat verses must be consistent and not contradictory.
3)There are Muhkamat verses which affirm the trancendence (tanzih) and unity of God (Tauhid).
There are some ways in order to use metaphorical interpretation (ta’wil) which are:
a) Ta’wil that we use must be based on the muhkamat verses
b) The more congenial meaning to tawhid must be preferred
c) It must be in line with the whole understanding of the Quran
d) The second meaning must be within the usage og Arabic language
e) Ta’wil must be done by the experts.

The examples of ta’wil:
1) Quran (30:38), (2:115) and (55:27) saying the wajh of God.
Here, the wajh of God means the essence of God and a sign of God’s pleasure.This is because, the verses above should not contradict with Muhkamat verse ‘lai sa kamith lihi saiún’. Meanwhile (2:115)-‘fa thamma wajh Allah’means the direction to which you made to face (qiblah) belong to God.

As a conclusion from me,we can see that whatever ta’wil that done by Fahkhr al-Razi must follow the methods in doing ta’wil and the person who can do ta’wil in Quranis verses must be the experts.

Anyone who wants to know further and details about this matter can refer :
#M.Saghir Hasan Ma’sumi,Imam al-Razi’s Ilm al-Akhlaq
#Yasin Ceylan, Theology and Tafsir in the Major Works of Fakhr al-Din al-Razi

Wallahua’lam

nurmujahidah.uiam
9.20am-8 Zulhijjah 1429h/6 December 2008

Wednesday, December 3, 2008

Perihal PPSMI: Satu Pemahaman Bersama

Kronologi PPSMI

1993: Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika menjadi Perdana Menteri) membuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris.


1995: Lebih 250 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta aliran Inggeris wujud.

1996: Persatuan Linguistik Malaysia menerbitkan buku yang berjudul Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, yang menentang dasar tersebut.

2002: Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003.

Pertemuan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan.

2004: 1.88 juta orang pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2005: Pertemuan Kumpulan Prihatin dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan.

Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dipandang sepi.

Akhbar The News Straits Times, 16 September, melaporkan bahawa kebanyakan pelajar mendapat F dalam kedua-dua mata pelajaran dalam peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tiba-tiba mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar dalam tempoh sebulan dua.

2008: Utusan Malaysia, 14 November melaporkan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kebimbangan pihak tertentu terhadap kemungkinan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan bahasa ibunda adalah tidak berasas.

Bagaimana bahasa Melayu terpelihara?

1.Perkara 152 Perlembagaan Malaysia (diwartakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 1 September 1967).

2.Penyata Razak 1956

3.Penyata Rahman Talib 1960

4.Akta Pelajaran 1961

5.Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


Persoalan yang timbul:

1. Dasar PPSMI dilaksanakan tanpa sebarang kajian dan ad hoc, sedangkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dirangka pada tahun 1979 mengambil masa selama lapan tahun, baru dilaksanakan pada tahun 1988.

2. Adakah PPSMI dikatakan sangat bagus untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris?

3. Pengunaan bahasa Melayu sejak 1972 sehingga 2002 sebagai bahasa pengantar pendidikan menghasilkan ribuan ahli akademik dan profesional khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi. Jadi, mengapa perlu tukarkannya?

4. Dwibahasa dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. PPSMI dikatakan sebagai wadah memperkasakan bahasa Inggeris tetapi soalannya pula turut disediakan dalam bahasa Melayu. Mengapa pula begitu?

5. Benarkah anak-anak Malaysia lebih senang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris daripada belajar dalam bahasa Melayu?

6. Benarkah prestasi mereka lebih baik jika diajar dalam bahasa Inggeris berbanding jika diajar dalam bahasa Melayu?

7. Benarkah bahasa Melayu tetap bermartabat dengan hanya mengajar “sejemput mata pelajaran”?

8. Benarkah bahasa Melayu tetap bermartabat dan berdaulat di negaranya walaupun ribuan mata pelajaran sains dan teknologi diajar dalam bahasa Inggeris?

9. Benarkah jati diri kita tetap kukuh walaupun bahasa Melayu dihadkan penggunaannya dalam penyampaian ilmu?


Cabaran dan Masalah:

1.Sokongan dan dokongan sepenuhnya daripada pemimpin negara, baik kerajaan mahupun pembangkang.

2.Keyakinan bangsa terhadap bahasa sendiri terutamanya orang Melayu.

3.Taraf dan darjat bahasa Melayu kini umpama “Teratai layu di tasik madu”.

4.Standadisasi bahasa Inggeris ditentukan dengan adanya Malaysian Univercity English Test (MUET) dan bersyarat wajib lulus tetapi bahasa Melayu tiada dalam syarat dan piawai terbaik.

5.Masih kedapatan rakyat Malaysia yang tidak menguasai bahasa Melayu walapun selepas negara mencapai 51 tahun kemerdekaan

6.Perpaduan kebangsaan, polarisasi kaum dan kestabilan negara



Hakikat dan realiti yang kurang diketahui:

1.Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua terbesar dalam penyebaran agama Islam selepas bahasa Arab.

2.Ramai ulama dunia Melayu yang menulis tentang Hisab al-Hind, aljabar (algebra), geometri, logaritma, dan falak. Antara karya Matematik yang ditulis oleh ulama Nusantara ialah Raudat al-Hussab fi a’mal al-Hisab (1310 H) oleh Syeikh Ahmad ‘Abdul Latif al-Khatib, Ilmu Hisab dan Ilmu Falak oleh Syeikh Ahmad al-Fatani, Muhammad Nur l-Ibrahimi, Ilm al-Mantiq (1352H) dan ramai lagi. Malahan ada karya-karya yang menjadi simpanan orang perseorangan luar Nusantara yang dijadikan bahan rujukan dan penyelidikan seperti Ilmu Hitungan yang tersimpan dalam koleksi J.A.W. Van Ophusyen, Belanda.

3.Bahasa Melayu sudah memiliki melebihi sejuta kosa kata meliputi pelbagai lapangan akademik, ekonomi, teknologi dan sebagainya.

4.Walaupun India dan Filipina telah menggunakan bahasa Inggeris selama 300 dan 60 tahun, namun mereka masih tidak mampu melepasi paras kemiskinan penduduk sehingga kini.

5.Itali pernah menggunakan bahasa Arab untuk memajukan negara dengan menceduk ilmu daripada Empayar Islam tetapi gagal.



6.Pada kurun ke-17, Jerman masih negara mundur kerana menggunakan bahasa Perancis untuk maju walaupun mempunyai sumber alam yang besar berbanding negara Perancis sendiri. Malahan penggunaan bahasa Perancis dalam institusi pendidikan dan peperiksaan pelajar di Jerman waktu itu masih gagal membentuk jati diri, keupayaan minda bangsanya, keyakinan bangsa Jerman malahan prestasi sebenar jauh lebih merosot pada hakikatnya.

7.Senarai Times Higher Education Supplement (THES) 2007 menunjukkan kebanyakan universiti dunia yang menggunakan bahasa kebangsaan berjaya menduduki tangga di bawah 50.

8.Kini, kira-kira 20% sahaja bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran pada peringkat menengah atas sehingga institusi pengajian tinggi.


Implikasi:

1.Lebih sejuta istilah baharu dalam bidang aeroangkasa, sains, perubatan, teknologi, perniagaan, ekonomi dan lain-lain lagi yang seumpamanya dalam bahasa Melayu ‘mati’.

2.Bahasa Melayu berada di tempat ketiga selepas bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

3.Penguasaan pelajar Melayu khususnya dalam ilmu sains dan matematik menjadi semakin teruk.

4.Akhbar berbahasa Melayu menjadi tidak laku dan akan terkubur sebagaimana akhbar tulisan jawi.

5.Politik orang Melayu menjadi lemah akibat suara perjuangan melalui akhbar berbahasa Melayu kehilangan pembaca dan tiada nilai ilmunya.

6.Kanak-kanak berkeperluan khas akan mengalami kesukaran untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana bahasa pertamanya adalah bahasa Melayu.

7.Dikhuatiri wujudnya kumpulan pelajar dan mahasiswa sekurang-kurangnya aliran kebangsaan dan Inggeris serta berkemungkinan aliran Cina


Cara Penyelesaian:

1.Pulanglah ke pangkal jalan.

2.Menguatkuasakan undang-undang.

3.Menetapkan nisbah bilangan guru dan murid di dalam kelas adalah tidak melebihi 1:25.

4.Murid yang lemah berbahasa Inggeris, dicadangkan diajar secara tuisyen, yakni seorang guru untuk seorang murid.

5.Memenuhi kemudahan asas (seperti air, elektrik, kelas, makmal) dan prasarana pendidikan (seperti kerusi, meja, papan putih, radas eksperimen) terutamanya di kawasan luar bandar, Sabah dan Sarawak.

6.Kursus bahasa Inggeris wajib untuk lepasan sekolah dan universiti supaya memenuhi tuntutan globalisasi dan kerjaya.

7.Semarakkan Kempen Gerakan Bahasa Kebangsaan seperti tahun 80-an di semua institusi pendidikan Malaysia.

8.Persatuan BM di sekolah dan IPT harus mengembeleng usaha lebih hebat menyemarakkan BM.

9.Kita harus yakin kepada bahasa Melayu di samping menguasai bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.

10.Institut Terjemahan Negara perlu melakukan usaha proaktif dengan memperbanyak lagi terjemahan daripada luar negara.

11.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlu bergiat dengan lebih aktif menyediakan pilihan bahasa Melayu bagi setiap perisian terkemuka seperti Windows Vista, Microsoft Office dan lain-lain lagi yang seumpamanya supaya seluruh lapisan masyarakat dapat mengemas kini pengetahuan dalam sains dan teknologi maklumat, sebagaimana yang dilakukan oleh jiran kita, Indonesia. Kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka, Telekom Malaysia dan Institut Terjemahan Negara pasti dapat menjayakannya.

baca dan anda yang menilai dan menentukannya

Kenyataan:

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad mencadangkan supaya pelajar cemerlang boleh mengikuti PPSMI dalam BI manakala kurang cemerlang mengikutinya dalam bahasa Melayu.

Harian Metro, 26 November 2008

Maksudnya:

Bilamana akta yang digubal sedia ada sudah cukup untuk menentukannya dan diikuti (Akta 152 Perlembagaan, Akta Pendidikan 1996), mengapa pula kita ‘pandai-pandai’ mahu mengubahnya?

Kenyataan:

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kebimbangan pihak tertentu terhadap kemungkinan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan bahasa ibunda adalah tidak berasas.

Utusan Malaysia, 15 November 2008

maksudnya:

1.Terang-terang sudah melanggar keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang pun dikatakan tidak berasas lagi?

2.Lebih 80% mata-mata pelajaran Sains dan Matematik untuk menengah atas dan institusi pengajian tinggi diajar dalam bahasa Inggeris sekaligus menafikan kedudukan bahasa Melayu. Paling hebat, sastera Melayu pun diajar dalam bahasa Inggeris. Komen?

Kenyataan:

''Seperti kenyataan saya semalam, saya berpandangan bahawa keputusan UPSR telah menunjukkan dasar PPSMI tidak gagal. Mungkin terdapat sedikit kelemahan dalam pelaksanaannya, tetapi belum cukup untuk menyimpulkan bahawa ia gagal," katanya.

Utusan Malaysia, 15 November 2008

Maksudnya:

Kerajaan tetap akan meneruskan juga dasar PPSMI walaupun tidak dipersetujui semua. Barangkali sudah terberak baru mahu dikorek lubang agaknya?

KENYATAAN:

Hishammuddin berkata, tahap keyakinan dan keselesaan pelajar untuk menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris juga semakin meningkat dalam UPSR tahun ini.

''Misalnya, bagi mata pelajaran Sains, 52.6 peratus atau 268,076 calon menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini termasuk 21.3 peratus calon yang menjawab menggunakan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris," katanya.

MAKSUDNYA:

Nampaknya Hishammuddin suka bermain dengan peratusan. Kalau 53% menjawab dalam bahasa Inggeris atau kedua-dua bahasa, maknanya 47% menjawab sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Sedangkan PPSMI sudah berlangsung selama 6 tahun. Masakan murid masih tidak dapat menguasai bahasa Inggeris? Pendatang asing yang bekerja di Malaysia pun hanya mengambil masa selama 3 bulan sahaja untuk menguasai bahasa Melayu.

KENYATAAN:

Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menggunakan contoh yang silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna.

MAKSUDNYA:

Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Tun belum pernah melihat adanya telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri! Pokoknya, apabila sesuatu bangsa berilmu, bahasa sumber ilmu itu bukanlah masalah yang besar.

Sekadar renungan buat semua:

1.Ibnu Khaldun menerusi Mukadimah (Bab 2, Bahagian 22) menyatakan, bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang mengalahkannya. Tingkah laku ini disebabkan manusia yang lazimnya menyangka bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah bangsa sempurna.

2.Tingkah laku itu mungkin berpunca daripada rasa kagum terhadap bangsa yang menaklukinya sehingga mereka menganggap bangsa penakluk itu adalah bangsa yang sempurna ataupun disebabkan bangsa yang kalah itu tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor biasa sahaja.

3.Ingatlah, selepas jepun dibom, Maharaja Meiji pernah berkata dalam pidatonya di Tokyo, “ Jika Barat tidak mahu membantu kita untuk bangunkan negara kita yang telah musnah ini dengan bahasa dan teknologi mereka. Tidak mengapa. Kita kumpul seluruh besi-besi buruk, tong-tong kosong untuk kita bina kembali Negara kita. Kita akan gunakan bahasa Jepun untuk maju pada masa akan datang. Biarlah suatu masa nanti jika barat ingin belajar dengan teknologi kita, mereka harus belajar bahasa kita dahulu.

4.kekuatan sebenar bahasa Inggeris bukanlah kerana bahasanya yang kuat. Ini disebaban dalam ilmu bahasa semua bahasa mempunyai potensi yang sama. Tidak ada istilah bahasa agung di dunia melainkan bahasa al-quran dan juga sebagai bahasa syurga.

5.kekuatan sebenar bahasa inggeris terletak pada sikap, keyakinan, usaha, iltizam, semagat tidak putus asa rakyat Inggeris yang menginginkan bangsa mereka maju melalui bahasa mereka sendiri yang telah diperjuangkan oleh mereka sejak lebih seratus tahun dahulu. Inilah sikpa yang harus kita pupuk dalam pemikiran dan jiwa rakyat Malaysia.

Akhir kata
Melintuk liuk daun semalu,

Bernyanyi pula si unggas tempua,

Berbahasa Melayu kononnya malu,

Belacan sekepal di bedal juga.

Apa guna keringat diperah,

Kalau tidak bersemangat waja,

Apa guna BM dikerah,

Kalau tidak kepada Negara.

Bahasa Melayu dijunjung, bahasa Inggeris digendong.


Disediakan Oleh:

Muhammad Safwan bin Mohd. Noor Azmi,
Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM.

p/s: Sila rujuk www.pkpim.net dan klik petisyen online PPSMI
untuk sokong bantahan PPSMI