tag:blogger.com,1999:blog-79182709617662907292024-03-14T02:33:15.888+08:00NurMujahidah'Wahai Orang-Orang yang Beriman!
Bertaqwalah kepada Allah
dan Carilah Wasilah (Jalan) untuk
Mendekatkan Diri kepadaNya,
dan Berjihadlah (Berjuanglah) di-JalanNya,
agar kamu beruntung'(5:35)Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.comBlogger42125tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-72963217326122785182011-06-28T11:50:00.004+08:002011-06-28T19:05:25.678+08:00Berlindung di ‘Puncak Mahligai’Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my
PASIR MAS 27 Jun – Mat Zain Yaacob, 64, yang dilahirkan dalam keluarga miskin dan yatim sejak dari kecil, merasakan hidupnya tidak akan sempurna jika tidak ‘memberi semula’ kepada mereka yang senasib dengannya.
Ahli perniagaan yang memiliki kedai gambar dan percetakan kad perkahwinan di bandar Pasir Mas ini, amat memahami betapa peritnya hidup dalam kemiskinan terutama bagi golongan remaja yang sedang mengikuti alam persekolahan.
Beliau tahu, situasi belajar dengan perut kosong dan tanpa sokongan menjadi antara sebab ramai anak-anak dari keluarga miskin terkandas dalam pelajaran dan tidak mendapat peluang serupa dengan rakan mereka yang lebih berkemampuan.
Atas dasar itulah beliau mewakafkan tingkat atas daripada rumah tiga tingkat miliknya di Seksyen 3, bandar Pasir Mas bersebelahan Ma’ahad Muhammadi Pasir Mas, sebagai asrama pelajar perempuan dari keluarga kurang berkemampuan sejak 2007.
Tingkat atas seluas 223 meter persegi itu yang digelar ‘Puncak Mahligai’ boleh menempatkan sehingga 20 pelajar pada satu-satu masa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang disediakan daripada duit poket Mat Zain sendiri dan juga sumbangan dermawan lain.
“Saya sudah niat, jika ada rezeki lebih dan tanah yang sesuai saya akan bina sebuah rumah tiga tingkat yang mana bahagian atasnya saya khaskan sebagai tempat tinggal percuma untuk pelajar yang kurang bernasib baik.
“Saya mula merancang membina rumah ini sejak 10 tahun lalu, sebelum ini saya dan keluarga hanya ‘berumah’ di kedai gambar kami, jadi bila membina kediaman sendiri saya mahu kongsikan rezeki yang Allah beri dengan orang lain.
“Syukurlah saya dapat membeli sebidang tanah berharga RM20,000 berdekatan dengan sekolah yang boleh menjadi lokasi sesuai sebagai penginapan pelajar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Mat Zain mengingati bagaimana susah hidupnya dahulu apabila ayahnya, Yaacob Samoh meninggal dunia saat dia dan adik-beradiknya yang lain masih belum mengerti dengan sepak terajang dunia.
“Kami sekeluarga ketika itu tinggal di Kampung Repek dan menyara hidup dengan membanting tulang di sawah padi, apabila ayah saya meninggal, kami adik-beradik seramai enam orang terpaksa bergantung kepada ibu, Aisyah Samer.
“Ibu saya berseorangan mengerah keringat di sawah, namun yang penting baginya ketika itu adalah memastikan kami dapat makan dan mengenal huruf seperti orang lain,” katanya.
Mat Zain yang merupakan anak ketiga dalam keluarganya berkata, ibunya yang meninggal dunia 10 tahun lalu pada usia 80 tahun, menempatkannya di Pondok Kubang Pak Amin, Pasir Mas yang mana setiap hari beliau akan mengayuh basikal lebih 40 kilometer dari pondok ke sekolah agama di Pasir Pekan bagi menuntut ilmu.
“Ketika itu saya tinggal di pondok secara percuma dan tidak perlu membayar sewa apa-apa, ia umpama asrama bagi pelajar miskin, tempat kami menumpang teduh yang lebih selesa sedikit daripada rumah sendiri.
“Saya belajar sehingga peringkat darjah enam sekolah Arab dan berhenti pada usia belasan tahun,” katanya.
Demi menampung kehidupannya, Mat Zain belajar mengambil gambar daripada seorang mata-mata gelap pencen bernama Che Haron yang mengajarnya selok-belok penggunaan kamera.
“Sejak dari zaman sekolah lagi saya akan keluar mengikut Che Haron ‘memikul kamera’ mengambil gambar di seluruh daerah Pasir Mas dan kawasan sekitar.
“Kamera ‘board’ pertama yang saya beli adalah daripada jenis Yasika dengan harga RM50 hasil daripada simpanan sendiri dan juga sumbangan ikhlas kawan-kawan rapat,” katanya.
Bermula daripada situlah Mat Zain mula dikenali dengan nama ‘Zain Foto’ dan telah memberanikan diri menyewa sebuah kedai di pekan Pasir Mas untuk perkembangan perniagaan fotonya pada usia 25 tahun.
Sejak itu, beliau tidak menoleh ke belakang dan akhirnya memiliki kedai sendiri yang turut menjadi tempat dia membesarkan kesembilan orang anak yang kesemuanya memiliki pendidikan tahap diploma dan ijazah.
Anak-anak hasil daripada perkahwinannya dengan Rokiah Awang Besar, 55, dari usia 23 sehingga 40 tahun kini sudah berjaya dalam karier masing-masing sama ada sebagai pendidik, ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan.
Mat Zain juga sangat gembira kerana setakat ini tiga daripada ‘anak-anak’ angkatnya sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.
“Kesemua anak-anak ini membahasakan diri saya sebagai ‘ayah’ dan isteri saya pula ‘ibu’, saya sudah berpesan kepada anak-anak kandung saya agar meneruskan usaha ini meskipun apabila saya sudah tiada nanti.
“Saya berharap semoga apa yang saya lakukan ini dapat menjadi pahala dan bekalan akhirat nanti,” katanya.
Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud; “..Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. rajanya sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..” (Hadith Riwayat Imam Ahmad).
Begitulah kata-kata baginda saw yang ‘nampak’ dan yakin bahawa suatu hari nanti adanya pemimpin Islam akan menakluki Konstantinople sekalipun ketika itu masih belum ada yang layak menakluk serta ‘pemimpin’ yang disebut baginda saw masih belum dilahirkan ketika itu.
Jika dilihat, umat Islam ketika itu berebut-rebut untuk membebaskan Konstantinople dalam mendapatkan penghormatan yang dijanjikan Allah di dalam hadith tersebut. Namun, kesemua usaha yang dilancarkan gagal. Siapakah sebenarnya pemimpin yang mendapat penghormatan baginda saw melalui kata-kata baginda di dalam hadith? Berapa lamakah kata-kata baginda menjadi realiti dan kenyataan?
Hadirnya insan yang mendapat penghormatan daripada hadith Rasulullah saw menjadi realiti hampir 800 tahun selepasnya di mana dialah ‘Sultan Muhammad al-Fateh’, khalifah ke-7 kerajaan Uthmaniyyah beserta 150,000 orang tenteranya yang berjaya menakluki Konstantinople.
Bersama kita kenali peribadi dan sejarah insan pilihan ini.
Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 835 atau 29 Mac 1432 di Adrianapolis, sempadan Turki-Bulgaria. Ada juga pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan pada 30 Mac 1432. Bapanya ialah Sultan Murad II, manakala ibunya pula Huma Hatun, anak perempuan Abd Allah dari Hum.
Dari segi pendidikan, beliau mendapat pendidikan yang sempurna dan menyeluruh dalam semua aspek. Dalam bidang keagamaan, gurunya ialah Syeikh Shamsuddin al-Wali yang dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Dalam ilmu peperangan pula, beliau diajar tentang teknik peperangan,memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Bidang akademik pula, beliau merupakan seorang cendekiawan ulung pada zaman itu di mana beliau fasih bertutur dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Turki, Parsi, Serbia dan Hebrew. Dalam aspek politik pula, beliau pernah memangku jawatan khalifah ketika berusia 12 tahun kerana ayahnya, Sultan Murad II bertindak untuk memencilkan diri hanya kerana ingin mendidik beliau dalam aspek kepimpinan.
Dari segi keperibadian Muhammad al-Fateh, beliau merupakan seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pahlawan dalam Perang Salib dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz, seorang pahlawan dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol. Bahkan keperibadian dan sifat-sifat beliau telah diisyaratkan oleh baginda saw dalam hadith. Selain itu, beliau juga seorang sultan yang tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Bahkan beliau sangat cintakan ulama dan sering berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. Sekalipun bergelar sultan, beliau sangat tawadu’ , semasa membina Benteng Rumeli Hissari, beliau sanggup bersama para pekerja mengangkat batu dan pasir sehinggakan ulama’-ulama’ dan menteri-menteri terpaksa mengikut sama bekerja.
Dalam memerintah, beliau juga menitik-beratkan kekuatan dalaman dan luaran diri dan para tenteranya. Contohnya, para tenteranya dikatakan tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh daripada mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh, bahkan hanya beliau sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh sehingga saat beliau menghembuskan nafas terakhir.
Ada pendapat yang menyatakan bahawa belaiu menakluk Konstantinople ketika berumur 21 tahun, juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Beliau jugalah yang menukarkan nama Konstantinople kepada Islambol yang bermaksud Islam keseluruhannya. Namun nama tersebut telah ditukar oleh Kamal Ataturk kepada Istanbul.
Begitulah jasa dan kehebatan seorang pemimpin Islam yang dikenali Sultan Muhammad al-Fatih yang menakluk Konstantinople yang mana ciri-ciri dan keperibadian beliau telah disebut baginda saw beratus tahun lamanya di dalam hadith. Bahkan seorang sahabat baginda saw, Abu Ayyub al-Ansari pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah yang mengikuti perang menentang tentera Rom di Konstantinople ingin jasadnya dikuburkan di tembok Konstantinople kerana beliau ingin sekali mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinople seperti yang dimaklumkan dalam hadith baginda saw ‘sebaik-baik raja’ dan ‘sebaik-baik tentera’. Begitulah teguhnya iman dan keyakinan seorang sahabat Nabi saw yang ingin benar melihat kebenaran tersebut sekalipun hanya jasad di dalam kubur.
Justeru itu, dalam menghadapi arus perdana kehidupan kini, kita perlulah mendalami dan meneladani sejarah juang dan jihad baginda saw, para sahabat serta tokoh-tokoh Islam yang mencipta nama dan kemenangan dalam meletakkan cita-cita Islam pada kedudukan yang tertinggi.Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-76592169205481927572011-03-04T13:13:00.003+08:002011-03-04T14:23:01.324+08:00Pembinaan Keperibadian Anak dari Dua Tahun hingga BalighBahagian 2 : Pembinaan Ibadah
1) Sembahyang
2) Mengikat Hati Anak dengan Masjid
3) Puasa
4) Haji
5) ZakatAemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-84244216850998501582011-03-01T08:34:00.007+08:002011-03-04T14:22:05.317+08:00Pembinaan Keperibadian Anak dari Dua Tahun hingga BalighBahagian 1 : Aqidah
Perkara-perkara penting dalam pembinaan Aqidah anak-anak :
1) Mengajarkan anak kalimah Tawhid
2) Mencintai Allah s.w.t, merasa diawasi-Nya, Memohon pertolongan kepada-Nya
serta beriman kepada qada' dan qadar
3) Mencintai Nabi s.a.w dan keluarga baginda
4) Mendidik keteguhan dalam aqidah dan bersedia berkorban kerananyaAemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-39415196876908201162011-02-17T08:23:00.002+08:002011-02-17T08:29:11.335+08:00Pendidikan Terhadap Bayi di Awal Kelahiran.Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud “Setiap anak sebenarnya dilahirkan di atas fitrah (Islam). Kedua orang tuanyalah yang akan membuatnya menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani”. Begitulah ingatan baginda s.a.w kepada umatnya yang bergelar ibu bapa akan peri pentingnya mendidik anak dengan cara yang dianjurkan Islam agar anak-anak yang lahir itu tumbuh menjadi anak yang soleh dan solehah. Abul Ala’ dalam syairnya ada mengatakan;
“Anak-anak kita akan tumbuh menurut apa yang dibiasakan oleh orang tuanya, Anak tidaklah menjadi tercela oleh akalnya Namun orang-orang dekatnya yang membuatnya hina”.
Kehadiran permata hati yang bergelar anak amat mengembirakan ibu bapanya, apatah lagi anak yang lahir ini merupakan anak pertama buat sepasang suami isteri yang baru berkahwin mahupun telah lama menantikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam keluarga. Kegembiraan yang dikecapi ini haruslah didahului dengan kesyukuran yang sepenuhnya ke hadrat-Nya dan sebaik-baiknya haruslah dididik serta diasuh anugerah-Nya itu seperti mana yang dianjurkan agama Islam. Antara perkara penting yang diajarkan Islam pada awal kelahiran anak ialah; mengeluarkan zakat fitrah, hak mendapat warisan seperti mana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Jika seorang anak telah lahir, ia mendapatkan hak waris” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud).
Kelahiran anak tersebut bukan sahaja disambut kebahagiaan dari anggota keluarganya, bahkan agama Islam juga mengajarkan agar masyarakat setempat mengucapkan salam ucapan kebahagiaan kepada kedua orang tuanya sebagaimana ucapan selamatnya para malaikat Allah yang disampaikan kepada para utusannya yang mulia dan juga kepada Nabi s.a.w seperti firman Allah di dalam surah Ali-Imran:39 yang bermaksud, “Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab(katanya), sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang putramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang salih”. Imam Hasan Bashri juga pernah memberikan ucapan selamat seperti berikut, “Semoga Allah menberkahimu di dalam pemberian-Nya dan engkau bersyukur kepada Sang Pemberi, sehingga engkau pun diberi rezeki berupa kebaktiannya hingga ia mencapai usia dewasa”
Selain daripada itu, agama Islam juga menganjurkan agar mengumandangkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi yang baru dilahirkan. Syah Waliyullah dalam Hujjatullah al-Balighah menyatakan antara hikmah mengumandangkan azan dan iqamah di telinga bayi yang baru dilahirkan ialah:
1) Azan merupakan bahagian daripada syiar-syiar Islam
2) Pemberitahuan tentang agama Muhammad s.a.w
3) Mengkhususkan pengumandangan azan pada bayi yang dilahirkan pada bahagian telinganya
4) Di antara manfaat azan adalah membuatkan syaitan lari. Ini kerana syaitan boleh menyakiti bayi sejak awal kelahirannya, sehinggakan ada hadith yang menyebut bahawa bayi boleh meninggal akibat perbuatan syaitan.
Mentahnik anak yang baru dilahirkan juga antara perkara yang dianjurkan Islam, malah Nabi s.a.w. pernah menunjukkan cara mentahnik anak yang baru dilahirkan sebagaimana Anas r.a. menceritakan, “Ketika Ummu Sulaim melahirkan seorang anak laki-laki, ia membawa bayinya bersamaku ke hadapan Rasulullah s.a.w. dengan membawa kurma. Rasulullah s.a.w. yang ketika itu mengenakan mantel dan sedang memberi makan unta milik baginda, kemudian bertanya, ‘apakah kamu membawa kurma?’ Saya menjawab, ‘ya’. Lalu baginda mengambil kurma itu dan memasukkan ke dalam mulut serta mengunyahnya. Kemudian mencampurkannya dengan air liur baginda, lalu menggelembungkan mulut, dan sesudah itu memberikannya kepada sang bayi. Bayi pun kemudian mengencap-ngecapnya. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, ‘kecintaan kaum Ansar adalah kurma’. Baginda kemudian mentahniknya dan memberinya nama Abdullah. Di kalangan kaum Ansar tidak ada pemuda yang lebih utama dari dia”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya-3/88)
Seterusnya hari ketujuh kelahiran bayi, agama Islam menganjurkan agar memberi nama kepada bayi tersebut, mencukur rambut bayi, mengadakan aqiqah dan khitan. Dalam memberikan nama kepada bayi, terdapat tiga cara yang baik dalam memilih nama bayi, antaranya;
1) Nama itu diambil dari nama-nama ahli agama, para nabi dan rasul serta hamba-hamba Allah Taala yang salih. Hal ini diniatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala yang mempunyai nama yang luhur dengan cara mencintai mereka dan menghidupkan nama-nama mereka
2) Singkat, ringan diucapkan, mudah dilafazkan dan cepat diingat
3) Mempunyai makna yang baik, sesuai dengan keadaan yang diberi nama serta sesuai pula dengan kelas, agama dan martabatnya
Dalam hal mencukur rambut bayi, Imam Malik meriwayatkan bahawa Fatimah r.a menimbang rambut Hasan dan Husain, begitu juga rambut Ummu Kalthum, lalu menyedekahkan perak seberat rambut tersebut. Ibnu Ishaq juga ada menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Fatimah ketika melahirkan Hasan, “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya lalu bersedekahlah dengan mengeluarkan perak seberat timbangan rambutnya”. Lalu Fatimah pun menimbangnya, dan ternyata beratnya adalah satu dirham atau kurang sedikit.
Aqiqah juga antara hak yang perlu ditunaikan pada hari ketujuh, atau keempat belas, atau kedua puluh satu. Seperti yang diriwayatkan Thabrani dan Dhiya’ secara marfu’ dari Burairah r.a., “Aqiqah itu disembelihkan pada hari ketujuh, atau keempat belas, atau kedua puluh satu”. Manakala para pengarang kitab Sunan (Ashabus Sunan) meriwayatkan dari Samurah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Setiap anak (yang lahir) tergadai oleh aqiqahnya yang disembelihkan untuknya pada hari ketujuh, lalu diberi nama dan dicukur rambutnya”. Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing, manakala untuk anak perempuan satu ekor kambing.
Antara hikmah aqiqah yang dianjurkan oleh agama Islam ini ialah;
a) Ingin memaklumkan secara tidak langsung tentang nasab dan keturunan bayi tersebut.
b) Mengikuti anjuran untuk menjadi dermawan dan mengendalikan diri agar tidak bakhil.
c) Merupakan bentuk pendekatan diri kepada Allah Taala dari bayi yang dilahirkan ke alam dunia.
d) Sebagai penebus gadaian bayi yang dilahirkan itu, kerana ia tergadai oleh aqiqahnya. Dalam kata lain, aqiqah adalah sebagai tebusan dalam melepaskan diri daripada tahanan syaitan dan dari penjaranya sekaligus sebagai penghalang dari hasutan syaitan untuk terus merosakkan masa depan(akhirat) bayi iaitu tempat kekal kembalinya bayi.
Antara perkara yang terakhir dianjurkan agama Islam dalam pendidikan anak yang baru dilahirkan ialah menyusukan bayi sehingga umur dua tahun, seperti mana yang difirmankan Allah Taala dalam surah al-Baqarah:233 yang bermaksud, “Para ibu hendaknya menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh. Iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”. Perhatian agama Islam terhadap aspek penyusuan anak sejak awal kelahiran sehingga dua tahun genap menunjukkan bahawa pada peringkat ini, bayi yang masih kecil itu bukan sahaja terjaga dari segi kesihatan malahan kejiwaannya. Tambahan lagi, susu ibu juga anugerah dan nikmat Allah Taala kepada bayi kecil menunjukkan betapa Allah Maha Penyayang kepada para hamba-Nya, terutamanya pada anak-anak yang masih kecil dan lemah, yang juga memerlukan kasih-sayang dan perlindungan dari ibunya.
Ibn Sina juga menegaskan tentang peri pentingnya susuan ibu kepada anaknya. Beliau mengatakan, “Adalah satu keharusan untuk menyusui bayi dengan air susu ibunya, kerana penyusuan tersebut sangat bermanfaat untuk menolak penyakit yang menyerangnya”. Amru bin Abdillah pernah berkata kepada isteri yang sedang menyusui anaknya, “Janganlah kau susui anakmu seperti binatang yang menyusui anaknya, yang hanya didorong oleh kasih sayang kepada anak, akan tetapi susuilah anak dengan niat mengharapkan pahala dari Allah dan agar ia hidup melalui susuanmu itu. Mudah-mudahan ia kelak akan mentawhidkan dan menyembah Allah Taala. Jelas di sini, air susu ibu yang menyusukan anak bukan sahaja menghasilkan kesihatan kepada ibu dan bayi susuannya malahan dari sudut kejiwaan bayi yang disusuinya juga tersemai benih yang baik pada diri bayi tersebut seandainya penyusuan itu disertai dengan niat yang baik dan mencari reda Allah, seperti yang diucapkan oleh Amru bin Abdillah kepada isterinya.
Sebagai kesimpulannya, berdasarkan beberapa anjuran dan penekanan Islam kepada umatnya dalam pendidikan anak bermula dari awal kelahirannya menunjukkan peri pentingnya pendidikan yang teratur dan berdisiplin yang telah Islam tekankan sebagai salah satu cara hidup sebagai seorang yang menganut agama Islam sama ada mereka sebagai ibu bapa, anak-anak, masyarakat dan sebagainya. Kesemua aspek ini sebagai cara yang menjamin anak yang dilahirkan membesar dan dijaga dengan baik sejak awal kelahiran sehingga dewasa agar anak yang dianugerahkan-Nya menjadi kemuliaan dalam sesebuah keluarga, bukan menjadi fitnah merosakkan keluarga.Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-45231774962576735772010-12-17T15:42:00.003+08:002010-12-17T16:09:31.808+08:00Penantian..Kerinduan akan suami tercinta tidak pernah pudar, hampir seminggu dikau meninggalkanku kerana amanah bertugas di luar kawasan,
Kusangkakan diri ini mampu bertahan merinduimu seandainya perkara ini sudah menjadi biasa apabila kita berjauhan,
Namun semakin kerap kita berpisah, kurasakan begitu cepat perasaan rindu hadir,
malahan titisan air mata mengalir apabila mengenangkannya,
Terasa diri ini kesunyian sekalipun dihari pemergian dikau, daku tinggal bersama kakakku yang mempunyai anak yang menceriakan suasana,
Ingatan dan rasa ingin bersamamu tidak pernah lekang di minda ini,
Sunyi daripada bertanya khabar dikala kita berjauhanr sebagai cara mengurangkan kerinduan padamu, kerana kurasakan semakin kerap kita berhubung dan bertanya khabar
di saat ini,kuingin memeluk erat dirimu, tidak mahu berjauhan denganmu,
Namun sebaliknya, daku tidak mampu melakukannya,dikau jauh daripadaku,
Diri ini juga kerisauan seandainya anak yang dikandung ini sedar ibunya menitiskan
air mata merindui bapanya, tentu anak ini turut bersedih dan mengalirkan air mata,
Hanya doa dan harapan dipanjatkan semoga diri kita yang saling menyintai kerana-Nya sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi cabaran ini,
Kuyakin pengorbanan dan jihad dikau dalam amanah tugasan ini adalah suatu yang bernilai disisiNya,
Daku akan cuba dan terus cuba menenangkan hati ini saat -saat kita berjauhan
kerana berjauhannya kita atas amanahNya, akhir matlamat hidup kita jua untuk
mendapatkan
'MARDHATILLAH'..Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-49634892810864609782010-03-12T12:37:00.001+08:002010-03-12T12:40:36.469+08:00Competent Professionals with AdabCompetent Professionals with Adab
Dr. Mohd Sani Badron
Fellow Kanan
16/02/2010 | The Star
Crass materialism and anti-intellectualism which manifest in any society betray the following fact: that the emphasis of its imbalance educational system is simply on the physical, material and quantitative aspects of man.
In Islam, the objective of education emphasizes rather on the mind and soul, which define and refer to the reality of human being. Man is educated with an eye to raising the level of his adab, culture and civilization.
The purpose of education should not merely to improving student's economic and social position in terms of career and vocation, nor merely giving the individual a leg up the economic and social ladder.
Teachers' purpose should not be for students to adjust to the environment, but rather for them to improve themselves and their surrounding environment, leading to amelioration of culture and civilization.
In this light, the teaching and learning of skills alone does not necessarily constitute education in its true sense, even if such training is usually easier and more easily measurable.
For that matter, even the teaching and learning of the human, natural or applied sciences alone does not necessarily constitute education if it is merely cramming students' memory with details.
There is a big difference between learning (ta‘allum) and education (ta'dib).
In ta'dib, the knowledge and sciences (‘ilm)-that which is to be instilled into education's recipient-must be purposive or beneficial knowledge. This ensures that knowledge is being put to good use in society.
As such, in Islamic education, concomitant action is emphasized as much as true knowledge, so that human conduct is guided to conform to revealed truth.
According to Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, in Islam, "there is no worthwhile knowledge without action accompanying it; and no worthwhile action without knowledge guiding it."
It is adab that which should direct the use of any professional knowledge; it is adab that which bring the light of Islam, as religion and civilization, to illuminate the technicalities of any specialization pursuit.
In such an educational framework, narrowly trained professionals envisaged to be produced by mere learning, are replaced with competent professionals with adab.
To a certain extent, there is a parallel here with a stream of Western tradition espoused by John Stuart Mill (d. 1873), who called for philosophic professionals, who "would demand principles and be capable of apprehending them."
According to Mill, "Men are men before they are lawyers, or physicians, or merchants, or manufacturers; and if you made them capable and sensible men, they will make themselves capable and sensible lawyers or physicians" or any other professional.
In order that education helps people to learn to be as intelligent as they can be; this involves thinking and exercising critical judgment, which rescues them from stupidity, ignorance and torpor.
According to Charlie Dunbar Broad (d. 1971), a philosopher of science specialized in philosophical aspects of psychology, progress in knowledge of social system is contingent upon deliberative alteration of the emotional constitution of mankind by removing superstitious beliefs and the like.
Indeed, such instruction which renders intellectual discipline, would lead to considerable advantages. Among others: ritually, there will be less superstition; socially, less disorder; organizationally, less disrespect for superiors; politically, less faction and wanton opposition to legitimate government; and, bureaucratically, less rash and capricious judgment of public affairs.
However, while Mill's philosophy of education does not go beyond intellectual development, Islamic education in term of ta'dib covers both, intellectual as well as moral development.
Ta'dib renders mental discipline, and at the same time, impresses ethical habits, as education so conceived should also help people to learn to be as ethical as they can be.
Some Western thinkers, likes Yves René Marie Simon (d. 1961), have made similar assertion, that the education of ethics may increase human moral conception, and advance his moral conscience on good and evil.
Examples of the global advancement of human conscience are on the issues of the treatment of prisoners of war, the problem of destitution, the issue whether aggressive war can be justified, child labour, and so on.
Be that as it may, the progress of moral consciousness requires, among others, the teaching and learning of a reasoned account of the nature and the grounds of rights actions. This demands the principles of the morally commendable or reprehensible; and the well nurtured capability of apprehending those principles.
Such definition of ethics requires well-defined ethical concepts as well as the justification or appraisal of moral judgment-and the discrimination between right and wrong actions or decisions-which must be adequately, articulately and coherently set forth.
In reference to that, the competent judgment of contemporary scholars such as Abdul Khaliq, Mohamed Ahmed Sherif, and Muhammad Abul Quasem, just like that of those Orientalists such as Majid Fakhry and Richard Walzer, is that al-Imam al-Ghazzali's ethical thought stands out to be the best.
Al-Ghazzali's ethical view is the best in terms of being an articulate, a far-reaching as well as fundamental synthesis of the currents in Islamic thought. This includes the contributions by Qur'anic exegetes, traditionists, theologians, philosophers, and Sufis.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) akan menganjurkan Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada 13 Disember 2009 iaitu pada hari Ahad bermula pukul 8.30 pagi di Institut Integriti Malaysia (IIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Antara objektif seminar ini diadakan adalah untuk menekankan keutamaan pandangan alam Islam dalam kerangka berfikir masyarakat Islam serta memantapkan kefahaman masyarakat, khasnya generasi muda, tentang Pandangan Alam Islam yang sebenar.
Dalam pada itu, PKPIM dalam membawa suatu rencah bagi memulihkan permasalahan umat telah melancarkan “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” yang bertujuan untuk membina kembali suatu generasi Islam baru yang ideal dan menjadi suri tauladan kepada semua, yang luhur adab dan keperibadiannya, tinggi disiplin ilmunya, kukuh pegangan tauhidnya serta memiliki nilai integriti dan kepimpinan yang hebat.
Rentetan itu, penganjuran Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah merupakan satu program induk dan menjadi perintis kepada pelaksanaan program Majlis Tarbiyah dalam memperkasa agenda kefahaman Ta’dib dan pendidikan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi pelajar.
Sementara itu, seminar yang akan dianjurkan juga akan diisi dengan tujuh pembentangan kertas kerja oleh beberapa tokoh intelektual terkemuka dalam negara. Antara yang terlibat termasuklah Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, Dr Mohd Farid Mohd Shahran, Dr Mohd Sani Badron, Dr Adi Setia Mohd dom, dan sebagainya. Acara kemuncak kepada penganjuran seminar tersebut adalah Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang bertajuk “Reviving The Worldview of Islam: Internal & External Challenges” pada sebelah malam.
Maka, pihak PKPIM menyeru kepada semua pihak khususnya golongan mahasiswa untuk menghadiri seminar ini untuk menyelesaikan permasalahan utama umat memandangkan segala penyelesaian yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan usaha memperbetulkan cara berfikir masyarakat Islam terutama yang berhubung dengan ta’dib dan pendidikan yang membentuk alam pemikiran mereka.
Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dibuat dengan berhubung terus dengan pihak penganjur Sdr Abdul Muntaqim Zulkifli di talian 019-8285019 atau 03-61842286. Untuk makluman semua juga, yuran seminar yang ditetapkan untuk program tersebut adalah sebanyak RM100 untuk golongan professional dan RM35 untuk golongan pelajar. Namun, bagi yang mahu menghadiri Syarahan Perdana Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas sahaja, bayaran yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM50 untuk golongan professional dan RM20 untuk pelajar.
www.pkpim.netAemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-27688240660919947242009-12-01T08:40:00.000+08:002009-12-01T08:29:47.034+08:00Peluang Kepada Pencinta IlmuSeminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam yang julung kalinya bakal diadakan buat masyarakat Islam khususnya para pencinta ilmu.
Apa yang menarik perhatian kita semua, seminar ini menekankan Islamic Worldview atau Tasawwur Islam yang sudah tentunya bermatlamat kepada memberi kefahaman yang jelas dalam kerangka berfikir masyarakat Islam.
Tajuk-tajuk pembentangan yang sememangnya amat menarik dan sangat penting dalam keperluan masyarakat Islam kini, seperti Kerangka Faham Ilmu dalam Islam;Satu Pengenalan Ringkas, Makna dan Matlamat Agama dalam Islam, Adab dan Ta’dib sebagai Asas Pendidikan Islam, Islam dan Falsafah Sains, Pandangan Islam terhadap Tradisi dan Kemodenan dan yang terakhir, Islam dan Cabaran Sekularisasi dan Pembaratan.
Jika dilihat dari aspek kehidupan kita masa kini, penekanan kepada pentingnya ilmu sering disebar luaskan, namun sekadar mana kita memahami hakikat dan takrifan ilmu yang sebenar dalam Islam. Adakah ilmu yang dikatakan ini sekadar ilmu yang bergelar pelajar sahaja atau bagaimana?? Apakah faham ilmu yang kita fahami itu selaras dengan apa yang Islam tekankan??Bagaimana pula konsep dan hakikat pendidikan atau ta’dib yang tepat dengan ajaran Islam?? Bagaimana faham adab dan ta’dib sebagai asas dalam pendidikan Islam dapat dijelmakan melalui tindakan dan amalan harian setiap insan yang bergelar hamba dan khalifahNya??
Dalam memberikan gambaran dan memperkukuhkan penghayatan akan konsep ta’dib masyarakat Islam terutamanya di kalangan ahli PKPIM ini, PKPIM mengagaskan ‘Gagasan Ta’dib Kepemudaan’ yang mana ia adalah salah satu Pandangan Alam Islam yang turut dibentangkan oleh Dr.Mohd Sani Badron di atas tajuk Adab dan Ta'dib sebagai Asas Pendidikan Islam. Kepentingan akan konsep ta’dib ini tidak dapat dinafikan terutamanya apabila konsep ini memberi pemahaman dan penghayatan yang jelas dan seterusnya diterjemahkan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam keseluruhannya.
Peningkatan taraf hidup dan cabaran pemikiran juga semakin hari semakin mencabar, malah ada kalanya ia memberi kesan yang cukup hebat bagi masyarakat Islam seolah-olah menduga dan menguji kefahaman mereka tentang tasawwur Islam yang mereka fahami selama ini. Hadirnya golongan liberal dan fanatik agama dan sebagainya ini membawa kekeliruan kepada masyarakat seandainya pandangan alam Islam mereka ini masih kabur. Jelas di sini, kesedaran kepada kerangka berfikir yang sebenar harus didedahkan kepada masyarakat Islam di semua peringkat usia, pangkat dan jantinanya.
Kehadiran Profesor Dr.Syed.Muhammad Naquib al-Attas sebagai penyampai di dalam syarahan perdana pada sesi malam juga amat dinantikan oleh para pencinta ilmu yang jelas dan memahami pemikiran yang ingin dibawa oleh beliau.Tajuk ‘Reviving the Worldview of Islam;Internal and External Challenges’ yang bakal disampaikan dalam bahasa Inggeris ini memberi peluang juga kepada pencinta ilmu dari luar negara yang menuntut ilmu di Malaysia menghadiri syarahan ini.
Justeru itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan juga Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) berbesar hati ingin mengadakan seminar sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Profesor Dr.Syed.Muhammad Naquib al-Attas yang akan diadakan pada 13 Disember 2009, Ahad bertempat di Institut Integriti Malaysia (IIM). Sesiapa yang berminat untuk menghadirinya dan ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang seminar ini boleh layari www.pkpim.net.
Krisis umat hari ini yang memperlihatkan kemelut berpanjangan menampilkan cerminan negatif kepada situasi yang akan berlaku menjelang 30 tahun mendatang. Senario ketidaktentuan masyarakat yang penuh dengan kebejatan dan keruntuhan dari sudut integriti, moral, budi, serta kegagalan mereka menjiwai rukun yang terkandung dalam “akhlaq al-karimah” mendesak kita untuk mencari rencah yang “solid” sebagai jawapan kepada krisis berkenaan.
Sedar atau tidak, persoalan umat yang masih belum terungkai ini telah menuntut generasi muda hari ini untuk menawarkan suatu gagasan baru sebagai alternatif pemulihan kepada krisis berkenaan.
Maka, atas bebanan amanah dan taklifan qiyadah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” suatu gagasan yang baru diperkenalkan dalam konteks harakah. Majlis pelancaran “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” berkenaan telah disempurnakan oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz pada 6 September 2009 bersempena dengan program Majlis Iftar Mahabbah (Miftah 09) yang bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.
Menurut Prof Syed Naquib Al-Attas, “ta’dib” bermaksud keadaan di mana seseorang kenal tempat letak sesuatu dan akhirnya bertindak berdasarkan pengenalan tersebut. Sebagai contoh pengetahuan seseorang untuk meletakkan Allah pada tempatnya sebagai Tuhan yang Agung dan bertindak berlandaskan pengenalan tersebut dengan mentaati segala perintah Allah.
Faktor krisis hari ini bukan disebabkan kejahilan umat dalam agama memandangkan penyebaran ilmu tentang Islam telah tersebar meluas ke seluruh masyarakat, tetapi kekeliruan mereka dalam meletakkan Ad-din, Allah, Nabi, dan diri mereka di tempat yang sepatutnya seperti mana yang dituntut agama. Maka, gagasan Ta’dib ini adalah merupakan gagasan yang bersesuaian dengan konflik zaman ini bagi memantap dan melangsungkan gagasan Islamisasi pada era 70-an lalu.
Dalam pada itu, pelancaran gagasan berkenaan selaras dengan resolusi yang diputuskan bersama oleh pimpinan PKPIM Pusat dalam Induksi Pimpinan bertarikh 28-30 Ogos 2009 ke arah untuk membentuk suatu generasi yang ideal dan mampu menjadi suri tauladan terbaik kepada umat secara keseluruhan
Dengan bermotokan Meneraju Generasi “Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur” gagasan idea besar anak muda ini akan mengambil kira perencanaaan jangka panjang yang meliputi kerangka 25 tahun. Matlamat akhir gagasan ini adalah untuk menjadi medium penerus kesinambungan kepada kebangkitan ledakan ubudiyyah sekitar era 70-an lalu. Atas kapasiti pengalaman beberapa siri dasawarsa,
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannnya dengan harga rm22.90,
anda boleh hubungi;
Ukht.Mursyidah 0136282505Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-4368993041335475892009-08-21T13:17:00.002+08:002009-08-21T13:24:20.968+08:00Ramadhan Kareem...
Dapatkan Mesej Bergambar di SiniAemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-61886873768981748732009-07-23T17:23:00.004+08:002009-07-23T17:54:28.850+08:00Segmen Duniaku Buku: Kupasan Buku Kebangkitan Generasi Salahuddin di IKIM.FM<OBJECT class=BLOG_video_class id=BLOG_video-8647f68d5dcd5727 height=266 width=320 contentId="8647f68d5dcd5727"></OBJECT>
Melihatkan kepada keadaan dan kehidupan pada zaman yang serba moden ini, semakin hari semakin banyak ditubuhkan sekolah atau pusat pengajian yang menekankan sistem menghafaz al-Quran. Itu suatu petanda yang baik dan kesungguhan ibu bapa menghantar anak-anak ke tempat tersebut dengan harapan anak-anak bukan sahaja menjadi anak yang soleh dan solehah, bahkan menjadi hafiz dan hafizoh.
Menghafaz dan menghayati al-Quran sepenuhnya sangat sukar bagi seseorang muslim, hanya golongan yang menjadi pilihan Allah s.w.t. sahaja mampu menghafaz dan menghayati Kalam-Nya yang begitu suci,sempurna dan terjaga sehingga ke tahap pengamalan dalam kehidupan harian. Namun ia tidak mustahil bagi kita untuk berusaha dan berdoa kepadaNya agar diri kita ataupun mungkin pasangan kita,atau anak-anak kita termasuk di dalam golongan ‘Jil al-Quran’ sebagaimana contoh yang dipamerkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam mendidik dan mentarbiyyahkan para sahabatnya r.a mengenali dan menghayati al-Quran sehingga mereka dikenali dengan ‘Generasi al-Quran’, bahkan diri baginda s.a.w juga dikatakan berakhlak al-Quran.
Apakah tips dan kaedah yang boleh memungkinkan kita dalam mendekatkan diri kepada al-Quran yang mana kita bukan sahaja membacanya setiap hari tetapi juga menjadikan ma’na yang terkandung di dalamnya itu sebagai suatu pengamalan kepada kehidupan. Sedikit perkara yang ingin saya kongsikan buat sahabat-sahabat sebagai ingatan dan dorongan untuk diri sendiri serta sahabat-sahabat. Terdapat tiga perkara utama dalam menjaga dan mempersiapkan diri apabila berhadapan dengan al-Quran atau ingin memulakan bacaannya, iaitu:
1) Aqal yang sedar atau dalam bahasa Arabnya ‘Aql al-Wa’i’. Aqal yang sedar ini bermaksud,seseorang yang ingin jadikan al-Quran sebagai sumber tarbiyyah perlulah sedar bahawa al-Quran itu merupakan firman Allah s.w.t yang mana kita seharusnya menjaga adab dan tatatertib apabila membacanya.Contohnya, mendahulukan wudu’ sebelum membaca al-Quran serta membaca dalam keadaan sempurna, suci daripada najis, duduk dengan tenang dan sopan. Abu A’la Mawdudi ada menyatakan bahawa dalam mendekatkan diri dengan al-Quran perlulah membacanya dengan tadabbur. Bagaimana pula membaca al-Quran dengan tadabbur?? Antara caranya mentadabbur al-Quran ialah; sedar dengan sepenuh hati al-Quran ini adalah firman Allah s.w.t. , apabila aqal menyedari akan hakikat itu, aqal yang berada dalam keadaan sedar merendahkan hatinya dan bersikap tawadu’ membaca sehingga boleh terasa dan tersentuh dengan ma’na yang terkandung di dalam al-Quran, dalam masa yang sama juga menjadikan atau menterjemahkan apa yang terkandung pada ayat al-Quran tersebut kepada kehidupan seharian kita. Contohnya; ayat yang menyebutkan batasan muamalat antara muslimah dan muslimin, ayat yang menyatakan pasal aurat muslimat dan sebagainya. Sejauh mana hidup kita ini mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya.
2) Perkara yang kedua iaitu hati yang bersih atau dalam bahasa Arabnya dikenali ‘Qalbu al-Zaki’. Hati yang bersih dan tenang mampu menjadikan al-Quran sebagai pendidik dan petunjuk kepada kehidupannya. Imam al-Ghazali sering menekankan kepada pembersihan hati kerana hidayah dan pimpinan daripada Allah s.w.t sentiasa dekat kepada hati yang bersih. Malah, orang yang hatinya bersih dapat menjauhkan dirinya daripada maksiat seperti maksiat mata (zina mata), maksiat lidah (zina mengumpat, menghasut dan sebagainya), maksiat hati (timbulnya perasaan riak, ujub, angkuh dengan perbuatan baiknya) dan sebagainya. Untuk mencapai hati yang bersih juga memerlukan proses-proses yang tertentu seperti berdoa agar Allah s.w.t. melindungi kita daripada akhlaq mazmumah,muhasabah diri, sentiasa menghadiri majlis ilmu,bersahabat dengan sahabat yang berakhlaq mulia dan sebagainya.
3) Seterusnya pula, ‘Fitrah Salimah’ iaitu kemampuan naluri seseorang berhubung dengan Allah s.w.t atau dalam erti kata yang lain, apabila seseorang itu pada aqalnya sedar dan hatinya bersih, maka timbulnya perasaan seolah-olah dapat berhubung denganNya sehingga segala sesuatu perbuatan dan sikapnya, kita hubungkan dengan Allah s.w.t. Sebagai contohnya; jika suatu musibah besar berlaku ke atas kita, di mana kita telah berdoa dan berusaha sedaya upaya, namun perkara yang tidak kita sukai itu tetap berlaku.Sebagai seorang yang mempunyai ‘Fitrah Salimah’ yang sedar akan segalanya adalah daripada Allah s.w.t. dan Dia berhak untuk menentukan segala sesuatu kepada hambaNya, seterusnya ini mengingatkan dan menghubungkan kita dengan sifat 20 iaitu ‘Qiyamuhu Bi Nafsihi’ iaitu berdiri dengan sendiri, dan juga ‘Kudrat’ Nya ke atas segala sesuatu tanpa dipaksa dan terpaksa. Inilah yang dikatakan ‘Fitrah Salimah’ sehinggakan ia membawa kita kepada menjadi hambaNya yang shukur iaitu bershukur dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t dan juga shakur iaitu tetap bershukur sekalipun tidak mendapat suatu yang diingini dan diimpikan.
Jelas di sini menunjukkan tiga perkara penting yang mungkin boleh kita
renungkan dan hayati bersama dalam mendidik dan mendekatkan diri kepada al-Quran yang bukan sekadar kita membaca,menghafaz malah menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian.Membaca,Menghayati dan Mendarah dagingkan al-Quran dalam hidup adalah lebih baik daripada Menghafaz tanpa dihayati ma’nanya serta tidak terkesan kepada hati pembacanya.
Wallahu’alam
nurmujahidah.uiam
(16 Rejab 1430h/9 Julai 09)Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-10351687954210723722009-07-08T20:23:00.001+08:002009-07-09T23:39:51.225+08:00Menghayati Keistimewaan Bulan RejabOleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Dengan izin Allah SWT, kita sudahpun berada di pertengahan bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1430 ini. Jika diperhatikan, manusia berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun.
Ada yang langsung tidak menyedari datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam. Tidak kurang yang menyambut kedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkan amalan di dalamnya.
Ada pula yang menyambutnya dengan terlampau mempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkan amalan padanya.
Kita merasakan bahawa mereka yang paling beruntung adalah mereka yang memahami dan mengenali Rejab serta menunaikan hak hari-harinya sebagaimana yang selayaknya tanpa melampau atau mencuaikan.
Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatangan Rejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaan tetamu agung, Ramadan al-Mubarak.
Ramadan sudah tentulah dirindui dan dinanti-nanti oleh setiap mereka yang beriman dan para pencinta Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Tempias kecintaan kita kepada Ramadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendamping setia kepada Ramadan.
Keterkaitan dalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, "Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan". (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua'aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).
Sebenarnya keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada empat bulan haram. Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram.... (at-Taubah: 36)
Para ulama bersepakat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Jelas bahawa Allah SWT sendiri di dalam al-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salah satu daripada bulan-bulan haram.
Mengikut pandangan yang masyhur di kalangan ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulan Rejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.
Sebagai golongan hamba-Nya yang terpilih, keistimewaan bulan Rejab tidak terlepas daripada pandangan ulama baik dahulu dan sekarang. Mereka telah menunjukkan contoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalan dengan bersangka baik dengan Allah SWT bahawa dengan keberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda. (Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai hal ini dalam tafsirnya).
Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailah kita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan bersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebih cemerlang.
Sebahagian ulama menganjurkan kita membanyakkan istighfar di bulan Rejab dengan semangat al-Takhalliy iaitu untuk mengosongkan atau membersihkan diri kita. Ini disusuli penganjuran kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW di bulan Syaaban sebagai fasa al-Tahalliy yang bererti mengisi atau memperhiaskan diri sesudah diri kita dikosongkan dan dibersihkan dengan istighfar dan taubat.
Sesudah kita bersiap dengan membersih dan memperhiaskan diri barulah layak untuk kita bertaqarrub langsung dengan Allah SWT (al-Tajalliy) dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran, sepanjang Ramadan.
Jika direnungi, anjuran para ulama ini sangat mendalam falsafah dan hikmahnya demi membantu kita menghayati bulan-bulan yang mulia ini dengan lebih bermakna.
Jika menjadi keyakinan setiap mukmin bahawa hidup dunia ini sebagai suatu ujian atau peperiksaan besar, maka Ramadan dan segala hari dan bulan yang istimewa dalam Islam bolehlah dianggap sebagai kelas-kelas tambahan atau ujian-ujian latihan. Ia akan mendorong kita sentiasa peka dan siap-siaga dalam mengharungi proses ujian tersebut.
Dengan segala kelemahan yang ada pada diri insan adalah sukar untuk menempah kejayaan dalam ujian kehidupan ini jika kita tidak dapat menumpang belas ihsan dan rahmat Ilahi. Dan sememangnya Allah SWT maha kaya dengan sifat rahim, ihsan dan adil serta segala sifat-sifat kesempurnaan.
Di antara gambaran ihsan dan keadilan Allah SWT bagi kita para hambanya yang diletakkan dalam ujian yang getir ini, kita tidaklah dibiarkan sendirian tanpa panduan. Selari dengan fitrah manusia sukakan kepelbagaian, silih-berganti hari dan bulan Islam berserta dengan kaitannya dengan sirah Nabi memberi ruang untuk kita memperkukuhkan tautan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.
Di bulan Rejab ini banyak masjid, surau dan institusi mengambil peluang mengadakan ceramah dan majlis Israk Mikraj. Perbuatan ini jika dianggap sebagai suatu adat dan tradisi untuk menghimpunkan orang ramai bagi mendekatkan diri mereka dengan agama tanpa dianggap sebagai suatu pensyariatan adalah suatu amalan yang terpuji dan tidak bercanggah dengan mana-mana usul agama.
Malah para pendakwah dan mereka yang cintakan agama sepatutnya sentiasa mencari munasabah bagi menghimpun orang-ramai dalam majlis-majlis yang dipenuhi dengan penambahan ilmu, peringatan, doa dan zikir.
Inilah antara pandangan tokoh besar ulama dunia Islam, al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani r.a dalam tulisan khususnya mengenai Israk dan Mikraj bertajuk al-Anwar al-Bahiyyah min Isra' wa Mi'raj Khayr al-Bariyyah.
Beliau turut menegur golongan yang menentang penganjuran majlis sedemikian dengan katanya: "Memanfaatkan perhimpunan orang ramai dengan memberikan peringatan, petunjuk, nasihat dan mengarahkan mereka kepada kebaikan adalah lebih utama daripada menghalang, menolak dan mengingkari perhimpunan mereka dengan alasan yang tidak ke mana. Selama ini pun, apa yang dapat dilihat tegahan mereka tidak pun memberikan sebarang kesan".
Sememangnya peristiwa Israk dan Mikraj menyajikan pelbagai pengajaran untuk memperkukuhkan lagi ikatan iman umat. Selain antara mukjizat besar yang membuktikan kenabian Nabi kita SAW, ia telah menjadi saat umat Islam dianugerahi ibadah solat sebagai Mikraj roh kepada Allah setiap hari.
Ia juga memperjelaskan keistimewaan kedudukan kita sebagai umat Nabi SAW dengan sebab menumpang keistimewaan dan keutamaan Nabi SAW yang menjadi Imam segala Nabi dan Rasul. Melalui peristiwa tersebut kita juga diperingatkan realiti kehidupan akhirat dengan balasan azab dan nikmat yang akhirnya meletakkan segala yang kita lalui dan punyai dalam kehidupan ini dalam perspektifnya yang sebenar.
Inilah sekadar segelintir perkara iktibar di sebalik kehadiran bulan Rejab dan peristiwa Israk dan Mikraj yang wajar diperincikan lagi dan diulang-ulangkan.
Malangnya ada juga penceramah yang kurang berhati-hati lalu dalam membicarakan tentang peristiwa ini turut membahaskan isu-isu kontroversi seperti mensabitkan tempat dan sifat bagi Allah SWT, Maha Suci Allah daripada menyerupai makhluknya.
Tokoh ulama mutakhir, Sheikh Yusuf al-Dijwi ada menegur tentang perkara ini dalam himpunan tulisan dan fatwanya.
Beliau menegaskan, adalah tidak wajar ayat-ayat mutashabihat berkaitan dengan isu ini dibicarakan kecuali di dalam majlis-majlis khusus di kalangan para ulama berdasarkan keperluan. (Maqalaat wa Fatawa al-Shaikh Yusuf al-Dijwi, (Kaherah, Dar al-Basoir, 2006) Jld 2, ms.724)
Semoga kita dikurniakan kesedaran, kesihatan, semangat dan himmah yang tinggi dalam naungan taufik untuk menunaikan hak setiap hari yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Semoga bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan kita tahun kita lebih baik daripada tahun sebelumnya.(http://utusan.com.my/utusan/info)Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-74674493243267000412009-07-08T07:23:00.000+08:002009-07-08T07:27:58.131+08:00Di mana Kita??Allah berfirman :
“Atau siapakah dia yang memberikan kamu rezeki jika Allah menahan rezekiNya?” – Al Mulk : 21
Tetapi aku tidak pernah yakin dengan rezeki yang Allah janjikan. Hatiku sentiasa bimbang takut tidak mendapat rezeki. Untuk itu aku bekerja bertungkus lumus mencari rezeki. Kadangkala aku rasa aku telah berusaha sekuat mungkin tetapi rezeki tidak juga datang. Aku meninggalkan banyak aktiviti-aktiviti dakwah kerana sibuk mencari rezeki tetapi yang dapat hanya sedikit. Aku tidak pernah puas dengan gaji dan elaun yang ku dapat. Aku cuba tukar kerja yang gajinya agak banyak tetapi aku rasa kecewa bila kenaikan dan bonusku tak sebanyak rakan sekerja yang lain. Hatiku sentiasa bimbang dengan kewangan, kalau aku sakit, siap nak biayai? Siapa nak bayar tuisyen anakku, hutang rumah belum selesai dan lain-lain. Bibir ku mungkin mengukir senyuman tetapi hatiku sentiasa risau.
Allah berfirman :
“ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang kusyu’ dalam solahnya” – Al Mu’minun : 1-2
Tetapi telah berpuluh tahun aku solah, aku tidak pernah kusyuk dalam solahku. Ada saja yang menganggu fikiranku. Setiap kali ku cuba setiap kali juga aku gagal. Bukan aku tak tahu makna ayat-ayat yang dibaca tetapi entah kenapa masih tak kusyuk juga. Aku pernah dengar ceramah-ceramah yang mengatakan bahawa amalan pertama yang akan dihisab ialah solah tetapi aku tak pernah ambil berat sangat untuk baiki mutu solahku. Bukan itu saja solahku juga selalu terlewat kerana sibuk dengan urusan lain.
Allah berfirman :
“Hai orang-orang yg beriman, belanjakanlah (dijalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu...” – Al Baqarah : 254
Tetapi aku terasa amat berat untuk mengeluarkan wang dari saku ku. Beratnya seperti batu yang menghempap kepalaku. Perasaan takut kepada kepapaan, kemiskinan sentiasa menerawang dalam fikiranku setiap kali tanganku ingin menghulurkan duit untuk infaq. Hutang kereta, hutang rumah, tuisyen anak, kad kredit antara yang mengheret nafsuku menyebabkan hatiku sering lemas.
Allah berfirman :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka” – Al Anfaal : 2
Terus terang aku katakan, hatiku tidak pernah rasa gementar bila ku dengar nama Allah disebut. Setiap kali azan berkumandang aku masih sibuk berbual dan buat kerja-kerja harian. Yang hairannya bila aku nampak polis buat sekatan jalan raya, hati dah mula rasa takut walaupun aku tak pernah buat salah. Aku baca Al-Quran saban hari saban malam tapi hatiku tetap tidak merasa gementar.
Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara”
Tanpa segan silu aku akui perasaanku terhadap saudaraku yang lain belum sampai ke peringkat aku sanggup mengorbankan kepentinganku. Seringkali aku terdengar rakanku sakit tetapi aku jarang menziarahi mereka. Aku tahu ada rakan yang sangat memerlukan duit tetapi aku tidak sanggup memberi, kalau beripun ala kadar saja.
Aku merenung diriku dan ku tilik-tilik amal ibadahku, hatiku berasa sedih dan takut, lalu batinku menjerit,YA ALLAH DIMANAKAH AKU DI SISI MUUUU???
http://ismaweb.net/ISMA/Article268.phtmlAemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-16202414774451416542009-06-21T14:22:00.000+08:002009-06-21T14:35:40.977+08:00Empat Golongan Pencari Kebenaran1)Al-Mutakallimun atau ahli ilmu kalam yang bertujuan memelihara
dan menjaga aqidah ahli sunnah supaya tidak terpengaruh
dengan perkara-perkara bid’ah.
2) Al-Falasifah atau ahli falsafah yang banyak menggunakan
logik akal dan pembuktian
3) Al-Batiniyyah atau al-Ta’limiyyah iaitu ahli-ahlinya mendakwa
menerima ilmu daripada Imam Ma’sum.Sebahagian aliran ini dikenali
juga sebagai Ismailiyyah yang kuat mempengaruhi golongan Syiah.
4) Al-Sufiyyah atau ahli tasawuf iaitu mereka yang berusaha membersih
dan manjaga hati dan amal supaya sentiasa bersih berdamping
dengan Allah.Mereka juga sentiasa bermusyahadah dan bermukasyafah
*Antara keempat-empat aliran pencari kebenaran,al-Ghazali lebih tertarik
kepada tasawuf kerana ia kaedah yang benar dalam mendekatkan diri
kepada Allah.Pemikiran dan ideanya berkenaan perkara ini terkandung
di dalam kitab ‘Ihya’ Ulumiddin’ yang meliputi segala persoalan ilmu
dan amal bagi melaksanakan syariat Islam keseluruhannya.
Antara tujuan orang tasawuf beramal ialah :
1)Membebaskan jiwa daripada belenggu hawa nafsu
2)Membersihkan diri daripada akhlak keji
3)Menjauhkan diri daripada sifat-sifat tercela
4)Menjauhkan diri daripada mengingati perkara-perkara
yang tidak membawa faedah selain daripada mengingati Allah
Petikan daripada buku :
Teori Kaunseling al-Ghazali ;
Yatimah Sarmani dan Mohd Tajudin Ninggal
Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-41898621092989863342009-06-15T09:43:00.000+08:002009-06-15T09:46:01.790+08:00Al-Fatihah : Syeikh Fathi Yakan
Syeikh Dr. Fathi Yakan, ulama yang dikenal sebagai inspirator gerakan dakwah meninggal dunia hari Sabtu kemarinHidayatullah.com—Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun. Syeikh Dr. Fathi Yakan, Ketua Front Aksi Islam (IAF), Libanon dikabarkan meninggal dunia pada hari Sabtu. Media setempat mengatakan, ia meninggal setelah dirawat dalam kondisi kritis.
Syeikh Fathi Yakan meninggal di Rumah Sakit di mana ia telah dirawat malam sebelumnya. Syeikh Fathi Yakan dilahirkan di sebelah utara kota Tripoli tahun 1933. Ia sempat bekerja di Libanon pada pertengahan tahun 1950-an dan kemudian menjadi pelopor dalam pembentukan gerakan Islam. Ulama yang produktif menulis ini sempat terpilih menjadi anggota pada tahun 1992.Syeikh Yakan dikenal sebagai penulis dan pelopor gerakan Islam. Buku-bukunya menjadi inspirasi para dai, juru dakwah dan aktivis Islam.
Bukunya ‘Ihdzaruu Al-Aids Al-Haraky (1989), ia menulis secara khusus kehancuran harakah (gerakan dakwah) di Libanon yang fenomenanya dirasakan hampir sama di beberapa negeri Muslim.Buku-bukunya yang juga menjadi rujukan para aktivis. Diantaranya; Asas-Asas Islam, Komitmen Muslim Sejati, Robohnya Dakwah di Tangan Dai, Yang Berjatuhan di Jalan Da'wah, Membentuk Fikrah dan Visi Gerakan Islam, Prinsip-prinsip Gerakan Islam, Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, Islamic Movement: Problems and Prospectives, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan Komitmen Muslim Sejati.Pendiri majalah al-Aman ini pernah memimpin demo besar-besaran untuk menjatuhkan PM Fuad Siniora yang menjadi "kaki tangan" Amerika. Ia juga memberi dukungan pada Gerakan Hizbullah, Libanon untuk melawan Israel. [nah, cha, berbagai sumber/http://www.hidayatullah.com/]
Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-85291942390743139232009-05-09T14:55:00.000+08:002009-07-08T07:22:12.877+08:00Aqidah Fir'aunApabila anda mengkaji al-Qur'an, jelas didapati bahawa di antara makhluk Allah yang berpegang dengan akidah yang bathil ialah Fir'aun Laknatullah. Antara teras kepercayaan Fir'aun ialah Allah berada di atas langit. Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Allah SWT sendiri melalui ayat 36-37 Surah al-Mukmin :
36. Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! binalah untukku sebuah bangunan Yang tinggi, semoga Aku sampai ke jalan-jalan (yang Aku hendak menujunya)"37. "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya Aku dapat melihat Tuhan Musa; dan Sesungguhnya Aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya Yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan Yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke Dalam kerugian dan kebinasaan."
Pencerahan :
1) Imam al-Thabari mengatakan : "Telah berlaku perselisihan pendapat dikalangan ahli takwil (tafsir) tentang maksud 'al-Asbab' kpd beberapa pendapat. Al-Sudiy dan Abi Soleh mengatakan : Jalan-jalan ke langit. Sebahagian lain mengatakan : pintu-pintu langit. Sebahagian lain pula berpendapat : tempat kediaman dilangit. Yang lebih utama kepada benar ialah pendapat yg pertama. Iaitu maksudnya : Supaya aku dapat ada sesuatu jalan/sebab-sebab yg boleh menyampaikan aku untuk melihat Tuhan Musa a.s. Samada ia bermaksud jalan, pintu, tempat kediaman atau lain-lain."- al-Thabariy, Jamek Al-Bayan Fi Takwil al-Qur'an, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Cet ke-3, 1999, jld 11, hlm 61
2)Imam al-Qurtubiy (ketika menghurai maksud ; 'Supaya aku boleh melihat Tuhan Musa..')mengatakan : "Fir'aun mengesyaki secara waham bahawa Tuhan Musa (Allah) adalah terdiri dari jenis jisim yang menduduki tempat/ruang tertentu. Dan adalah Fir'aun itu mendakwa dirinya Tuhan. Dan Dia melihat sifat ketuhanan pada dirinya itu secara pasti dengan menduduki tempat yang tinggi/mulia."-al-Qurtubiy, al-Jamek Lil Ahkamil Qur'an, Cet 1, 2000, Jld 8, hlm 205
3)Imam Ibn Katsier mengatakan: "Allah SWT berfirman tentang sikap kesombongan dan bangkangan Fir'aun yang mengada-ngadakan pendustaan terhadap Nabi Musa A.S, bahawa dia memerintahkan menterinya Hamaan utk membina sebuah istana yang tinggi, indah lagi pencakar langit. Bangunan ini diperbuat dari batu yang mana bahan bakunya terdiri dari tanah liat yang cantik. Sebagaimana firman Allah SWT menerusi surah al-Qasshah ayat 38..."
Ketika menafsirkan ayat : "Supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta..." Imam Ibn Katsier mengatakan : "Ini merupakan ungkapan kekufuran dan penentangan Fir'aun dimana dia menganggap Musa A.S berdusta bahawa dia (Musa) telah diutus oleh Allah SWT."
Ketika menafsirkan ayat seterusnya, Imam Ibn Katsier mengatakan : "Dengan perbuatan ini ia eolah memberi maksud kepada rakyatnya bahawa dia (fir'aun) telah melakukan sesuatu yang sampai kepada pendustaan Musa A.S. Untuk itu, Allah berfirman : "Dan tipu daya Fir'aun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian. Ibn Abbas dan Mujahid berkata :"Kecuali hanya membawa kerugian."- Ibn Katsier,Tafsir al-Qur'an al-Azhim, Pustaka Imam al-Syafi'ie, Cet 1, 2004, jld 7, hlm 166
Berdasarkan kepada sorotan pandangan mufassirin di atas kita boleh membuat beberapa Kesimpulan:
1) Fir'aun bukan sekadar tidak beriman dengan Nabi Musa A.S. Malah ditentangnya habis-habisan dakwah Nabi Musa A.S dgn melabelkan Nabi Musa A.S sebagai pendusta. Sedetikpun Fir'aun tidak pernah beriman. Oleh itu, mana bisa mungkin Fir'aun hendak dikatakan bertauhid Rububiyyah diakhir hayatnya. Bahkan dia sebenarnya kafir yang ori dan lambang kekafiran sejati.
2)Fir'aun berakidah dgn akidah kufur dengan mempercayai bahawa Allah itu terdiri dari jisim. Sedangkan jisim, jirim adalah suatu yang bersifat baharu. Mustahil Allah SWT bersifat sbgmana makhluk yg baharu berdasarkan firmannya pada surah al-Syuura ayat 11 dan al-Ikhlas ayat 4.
3) Fir'aun juga percaya bahawa Allah SWT menetap diatas langit. Lantaran itu, dia memerintahkan Hamaan utk membina istana tinggi menjulang kononnya untuk melihat Allah SWT. Walhal, ini semua merupakan akidah khayalan beliau sahaja. Dan sebarang khayalan berkaitan dgn Dzat Allah adalah Tajsim. Untuk itu, adalah wajar jika dikatakan bahawa akidah tajsim adalah akidah kufur Fir'aun Laknatullah. Bersama kita jauhi akidah tajsim lagi kufur sbgmana Fir'aun. Jangan jadikan akidah anda sebagai Fir'aun zaman modern.
4) Pihak berkuasa agama perlu memantau dan bertindak ke atas penyebaran akidah tajsim. Ini kerana akidah yg sesat lagi kufur menghalang ibadah seseorang dari diterima oleh Allah SWT. Sekaligus menyebabkan seseorang itu keluar dari Islam dalam keadaan dia tidak menyedarinya. Selamat memeriksa akidah anda. Semoga Allah menunjukkan kita akidah yang benar. Aamiin. http://al-ghari.blogspot.comAemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-21059354803885606232009-04-07T10:43:00.000+08:002009-04-08T17:16:52.881+08:00Hadith dan kepentingannya kepada umat Islam.Pada hari Khamis, bertarikh 02 April 09 yang lepas, penulis berkesempatan mendengar
siaran radio IKIM dalam sesi ‘Cabaran Pemikiran Islam’ telah membincangkan satu tajuk yang
penting berkaitan Hadith sebagai salah satu sumber rujukan bagi umat Islam kini menjadi
keraguan, bahkan ditolak oleh segolongan manusia yang diibaratkan sebagai ‘anti hadith’.
Terdapat beberapa perkara penting yang disampaikan oleh Dr.Farid Shahran di dalam temubual tersebut antaranya bagaimana dan apakah hujah yang digunakan oleh golongan ‘anti hadith’ ini di dalam menyampaikan hujah mereka. Seterusnya, bagaimana pula respon dan ‘feedback’ kita sebagai umat Islam yang menjadi hadith juga sebagai salah satu sumber rujukan yang penting dalam kehidupan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang meninggalkan dua sumber rujukan penting bagi umat Islam iaitu al-Quran dan Sunnah.
Salah satu hujah yang disampaikan oleh golongan ini ialah al-Quran sudah cukup menjadi sumber rujukan agama tanpa perlunya kepada hadith. Ini kerana, Nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai penyampai risalah. Risalah yang dibawa oleh baginda ialah al-Quran. Bahkan al-Quran itu sendiri adalah penjelas kepada sesuatu, malah ia sudah mencukupi sebagai rujukan. Maka, ini menunjukkan bahawa Hadith ini sebenarnya adalah al-Quran bukan kata-kata daripada Nabi Muhammad s.a.w.
Seterusnya,mereka menyatakan satu analogi yang mana Nabi Muhammad. s.a.w. diibaratkan sebagai posmen yang membawa <?xml:namespace prefix = st1 /><st1:place st="on"><st1:city st="on">surat</st1:city></st1:place> kepada kita sebagai umatnya. Maka, kita sebagai orang yang menerima <st1:city st="on">surat</st1:city> itu perlu menerima dan mengambil <st1:place st="on"><st1:city st="on">surat</st1:city></st1:place> tersebut dan bukanlah menerima kata-kata daripada posmen tersebut. Tambahan lagi. Hadith yang ada sekarang mempunyai banyak masalah contohnya dari segi proses pengumpulan. Hadith tidak dikumpul dengan baik, bahkan pada zaman kehidupan Nabi Muhammad .sa.w., baginda meminta sahabat-sahabat r.a menulis wahyu atau al-Quran dan bukan menulis selain daripada itu.
Selain daripada itu, hadith-hadith ini juga bertentangan antara satu sama lain, malahan ada yang bertentangan dengan al-Quran, contohnya dari segi hukum berzina yang berbeza antara Hadith dan al-Quran. Kemudian, hujah yang terakhir yang disampaikan oleh mereka ialah; umat Islam menjadi jumud dan tidak ‘berkembang’ kerana mereka mengikut Hadith yang biasanya menerangkan sesuatu dengan mendalam sehingga umat Islam tidak boleh melakukan sesuatu yang kreatif dan lain daripada itu. Ini amat berlainan dengan al-Quran yang disampaikan secara umum, sudah tentu umat islam dapat berfikir dengan baik dan kreatif jika al-Quran satu-satunya rujukan bagi mereka.
Segala hujah tersebut antara hujah yang mampu mempengaruhi umat Islam untuk menyokong golongan ini.Jika dilihat kepada segala hujah yang dikemukakan, sekali pandang, hujah-hujah ini boleh diterima akal dan ada kebenaran. Namun, hujah-hujah ini amat merbahaya kepada seluruh umat Islam yang sememangnya menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama. Bagaimana tindakan kita selaku ‘golongan yang berpendidikan’ terutamanya ‘pelajar yang berpendidikan agama’ berhujah dengan pemikiran ini?? Bagaimana kita juga berhujah dalam menyakinkan diri kita akan kebenaran Hadith sebagai sumber rujukan, malahan dalam masa yang sama, bagaimana kita ingin menyakinkan masyarakat Islam di Malaysia ini yang terdedah dengan pemikiran ‘anti hadith’ ini?? Semuanya berbalik kepada kita. Sedar tak sedar, ilmu yang kita dalami masih lagi cetek dan semestinya kita perlu memaksa dan merelakan diri untuk menyintai ilmu dan membudayakan ilmu di dalam diri.
Berbalik kepada temubual bersama Dr.Farid Shahran di dalam radio IKIM baru-baru ini. Dr.Farid Shahran juga memberikan beberapa hujah dalam mematahkan dan menyangkal dakwaan golongan ‘anti hadith’ ini.Setiap nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t mempunyai keistimewaan yang tersendiri terutamanya kepada kaum masing-masing. Seperti juga Nabi junjungan kita, Allah berselawat ke atas baginda s.a.w. Malah, Allah s.w.t. juga memuji akan akhlak baginda s.a.w di dalam pelbagai ayat al-Quran, contohnya; ‘wa innaka la àla khuluki àzhim’ (surah al-Qalam:4) dan Nabi Muhammad s.a.w. juga sebagai ‘uswah hasanah’ atau ‘role model’ kepada umatnya di dunia ini. Sama-sama kita renungkan dan fikirkan, seseorang yang diletakkan sebagai ‘contoh yang terbaik’ atau ‘uswah hasanah’ ini, semestinya kata-katanya juga penting untuk diikuti. Maka, ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad sa.w. bukan sekadar manusia biasa yang hanya menyampaikan risalah kepada umatnya, malah baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Dalam kata lain, segala tunjuk ajar dan contoh yang disampaikan oleh baginda di dalam hadith adalah seiringan dengan apa yang disampaikan di dalam al-Quran.
Seterusnya, kita ambil analogi posmen yang digunakan dalam hujah oleh golongan ‘anti hadith’ yang menyatakan posmen hanya menyampaikan <st1:city st="on">surat</st1:city> dan kita sebagai penerima <st1:city st="on">surat</st1:city> hanya perlu menerima <st1:place st="on"><st1:city st="on">surat</st1:city></st1:place> itu daripada posmen. Apa yang menyebabkan kita menerima <st1:place st="on"><st1:city st="on">surat</st1:city></st1:place> itu daripada posmen?? Bagaimana kita boleh menerima <st1:place st="on"><st1:city st="on">surat</st1:city></st1:place> tersebut tanpa ada kepercayaan kita kepada posmen tersebut?? Bagaimana kita percaya bahawa <st1:city st="on">surat</st1:city> yang dibawa posmen itu adalah <st1:place st="on"><st1:city st="on">surat</st1:city></st1:place> untuk kita?? Jawapannya sudah pasti kita ketahuinya, tanpa ada rasa kepercayaan kita terhadap kata-kata posmen yang membawa <st1:city st="on">surat</st1:city> itu,kita tidak terimanya,bahkan kepercayaan kita kepada posmen itu memastikan bahawa <st1:place st="on"><st1:city st="on">surat</st1:city></st1:place> yang diberikannya betul atau tidak. Di sini menjelaskan bahawa seandainya kita tidak mempercayai hadith yang disampaikan oleh Nabi s.a.w, maka kita tidak mempercayai juga al-Quran yang dibawa oleh baginda s.aw.
Mengenai hujah keraguan tentang proses pengumpulan hadith pula. Sememangnya pada peringkat awal, baginda s.aw. melarang para sahabat r.a menulis hadith, namun terdapat juga sahabat yang menulisnya untuk kegunaan diri sendiri. Malah, salah satu kelebihan orang Arab, mereka mempunyai ingatan yang kuat dan ilmu yang mereka dapat secara ‘direct’ daripada baginda s.a.w, mereka akan pastikan hadith itu disebarkan kepada yang lain juga. Jika dilihat, sekalipun proses penulisan hadith ini lewat, tetapi hakikatnya dari segi ingatan, ia terpelihara daripada awal. Tambahan lagi, dari segi proses pengumpulan hadith, ia mempunyai cara, criteria dan disiplin yang tertentu.
Percanggahan yang ada di dalam hadith itu sebenarnya tidak menjadi masalah sehingga membawa keraguan kepada umat Islam. Contohnya hadith di mana seorang sahabat r.a bertanya kepada baginda berkenaan perkara mana yang paling baik yang boleh dia lakukan. Baginda s.a.w menjawab bahawa solat pada waktunya. Seterusnya, apabila ditanyakan lagi soalan yang sama oleh sahabat yang lain,baginda menjawab, berbuat baik kepada ibu bapa. Apabila ditanya oleh sahabat yang lain pula tentang soalan yang sama, baginda menjawab, berpuasa. Ketiga-tiga jawapan yang disampaikan adalah berbeza kerana baginda menjawab soalan itu berdasarkan situasi orang itu.
Sebagai kesimpulan yang dapat penulis ulaskan daripada perbincangan tersebut antaranya ialah semakin hari semakin banyak cabaran pemikiran ‘baru’ yang dibawa oleh golongan yang bernama Muslim sama ada idealogi yang berbentuk ‘extreme’ atau terlalu melampau tentang Islam mahupun idealogi yang berbentuk ‘liberal’ atau longgar terhadap Islam. Tanpa disedari, ancaman dan serangan pemikiran ini tidak hanya daripada musuh Islam yang membawa hedoism ,pluralism dan sebagainya, tetapi daripada golongan yang keliru dengan hakikat Islam yang sebenar juga mengancam agama Islam. Justeru itu, perlulah kita mempersiapkan diri dengan ilmu di dalam menghadapi segala ancaman yang sudah ada mahupun yang bakal ada terutamanya di Malaysia.
Wallahuàlam
nurmujahidah.uiam
7 April 09 (1.15am)
Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-5208201873687811362009-03-18T18:22:00.000+08:002009-04-01T20:59:37.706+08:00MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJAnjuran
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
dengan kerjasama
BHEP, MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)
Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam
TEMA
21 – 22 Mac 2009 / 24-25 Rabiulawal 1429H di Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
SASARAN
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Pelajar MMU Melaka dan Cyberjaya
Orang Awam
Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang
YURAN
RM 10 [INDIVIDU]
MODUS OPERANDI
Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta.
TENTATIF PROGRAM
Sabtu (21/03/2009)
7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran
8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;
Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli
Timbalan Presiden PKPIM
9: 15 pagi : Slot 1 : Syarah Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
4:00 petang : Minum petang & solat Asar
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimin]
Perlawanan Bola Jaring Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimat] {BERGANTUNG KPD KESESUAIAN}
Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]
http://almukminun.blogspot.com/
Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-91045662951388571752009-03-09T17:15:00.000+08:002009-03-09T17:18:53.302+08:00Selamat Menyambut Maulidurrasul
Wahai Mujahid dan Mujahidah kecil,
Kelahiranmu amat mengembirakan ibu ayahmu,
Syukur dipanjat dan bahagianya hati ibu ayahmu dengan kehadiranmu
kerana dikau harapan mereka,menjaga mereka ketika mana mereka sudah tua
dan tiada tempat pergantungan,malah dikaulah satu-satunya anak
yang mendoakan kesejahteraan mereka suatu hari nanti
Tangisan dan gelak tawamu menenangkan hati mereka,
Dikau diasuh dan dididik dengan sepenuh kasih-sayang,
Kecilmu bukanlah bermakna dikau boleh dibiarkan begitu sahaja,
Kecilmu inilah yang bakal menentukan masa depanmu,
Sikapmu,Telatahmu,Akhlakmu,Budi Pekertimu dan Pemikiranmu sebagai seorang
hambaNya yang mempunyai tanggungjawab dan amanah di dunia ini.
Nakalmu itu benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan hati ibu ayahmu,
Sungguh mencabar dalam menta’dibkan dirimu yang kecil ini,
Kekadang kemarahan muncul di dalam hati mereka,
Namun ini bukanlah bererti mereka tidak menyayangimu,
mereka mengasihimu,malah kasih sayang mereka kepadamu tidak pernah luntur,
Itulah hakikat yang perlu mereka hadapi demi mendidikmu menjadi
anak yang soleh dan solehah,mereka berkorban apa saja,
Wahai Mujahid dan Mujahidah kecil,
Setiap hari ibu ayahmu berdoa agar dikau menjadi
mujahid yang soleh dan mujahidah solehah,
Dikau jualah bakal menjadi Generasi Salahuddin al-Ayubi
di dalam memperjuangkan Islam
Dikaulah permata hati mereka,di dunia dan akhirat,
Kehidupanmu dewasa kelak bakal membatasi dan menjaga dirimu
dalam menghadapi cabaran hidup duniawi,
Didikan agama sepenuhnya disampaikan dan dicurahkan buatmu,
Moga dirimu terjaga dan mendapat keberkatanNya di dunia mahupun akhirat.
Wahai Mujahid dan Mujahidah kecil,
Inilah harapan yang tinggi daripada ibu ayahmu,
Kehidupan duniawi ini sebagai tanamanmu untuk
mendapatkan hasil di akhirat nanti,
Mereka bakal meninggalkanmu,namun apa yang kekal adalah
didikan dan ilmu yang mereka curahkan buat dirimu,
Pertemuan di syurga nanti,pertemuan yang abadi..
SEMOGA KALIAN MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH...
AMIN
Ia ditujukan khusus buat anak-anak saudaraku yang dikasihi dan disayangi.
nurmujahidah.uiam
17 February 09/2.45pmAemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7918270961766290729.post-20528207524570221292009-01-28T11:15:00.000+08:002009-01-30T16:42:16.129+08:00Ini Filem Dakwah
Baru-baru nie, saya terbaca satu ruang yang dikenali 'Tolong Jawab' dalam PancaIndera,18 Januari 09 yang lepas. Topik yang dibincangkan menarik perhatian saya untuk menelitinya dan memberi sedikit ulasan dan pendapat berkaitan topik yang diketengahkan iaitu 'Ini Filem Dakwah'. Filem dakwah yang dikatakan ini bertajuk 'Anu Dalam Botol' yang merupakan filem terbaru terbitan Pengedaran J.A.S. Sdn Bhd milik produser Raja Azmi Raja Sulaiman.
Menurut apa yang ditemu bualkan antara wartawan PancaIndera 'Niezam Abdullah' dengan 'Raja Azmi Raja Sulaiman', filem ini berkisarkan percintaan sejenis (lelaki dengan lelaki) yang mana lelaki ini sanggup mengubah keadaan fizikalnya menjadi seorang perempuan semata-mata kerana cinta terhadap pasangannya itu.Tapi selepas membuat pembedahan, dia ditinggalkan kekasihnya. Akhirnya dia bertaubat dan menjalani hidup normal dan tidak boleh berkahwin sama sekali.Yang tinggal hanya kekesalan dalam hidupnya.
Melihatkan kepada sinopsis filem ini, boleh dikatakan 'Ini Filem Dakwah' yang mana ia memberi pengajaran kepada kita terutamanya bakal penontonnya supaya menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu tanpa berfikir akan kesan buruk kepada diri sendiri.
Tapi,bagaimana pula dengan lakonan yang terkandung di dalam filem ini??Bagaimana adegan-adegan yang bakal dipertontonkan nanti?? Menurut kata produser ini, dia akan tonjolkan adegan lelaki itu berasmara di atas katil,bahkan dipertontonkan keseluruhan bagaimana pasangan ini berkasihan sesama mereka. Apabila ditanya pula oleh wartawan PancaIndera, kenapa perlu guna adegan panas sebegitu sedangkan boleh digunakan cara lain untuk menyampaikan mesej itu??Jawab produser ini; kita mesti melihat macam mana pasangan itu berasmara, kalau kita tidak melihatnya,kita tidak akan faham.
Saya amat terkejut melihatkan sinopsis filem yang begini baik tetapi lakonan dan adegan yang bakal dipertontonkan dalam filem ini tidak munasabah dan ia akan memberi kesan yang negatif kepada penonton terutamanya remaja.Kenapa saya berkata begitu?? Apabila melihatkan kepada lakonan dan aksi dalam filem yang dikatakan oleh produser ini,ia amat menjijikkan dan memudaratkan penonton kerana filem ini seolah-olah mengajar penonton cara melakukan adegan sebegini. Ini akan berlaku kerana penonton terutamanya remaja melihat dari sudut keseronokkan akan perbuatan ini daripada melihat kesan daripada perbuatan ini. Bahkan mereka boleh menikmati keseronokkan ini sekalipun tidak berubah bentuk fizikal mereka dan ia tidak memberi kesan yang buruk kepada mereka.
Seterusnya, 'Matlamat Tidak Menghalalkan Cara'. Dalam erti kata lain, saya dapat perhatikan bahawa produser ini ingin menjadikan filemnya sebagai filem dakwah, tetapi cara yang disampaikan itu boleh memudaratkan penonton.Jika dilihat, filem ini banyak menyumbang kepada keburukan daripada manfaat kepada penonton.Secara umumnya,hipotesis yang saya dapat fikirkan iaitu, filem ini lebih kepada membawa kesan yang buruk kerana tidak ada 'proper moral education' untuk ditanam dan disemai kepada setiap penonton.
Sebagai contoh; adegan-adegan yang bakal dilakonkan ini akan memberi kesan kepada kehidupan penontonnya,terutamanya remaja. Ini dapat kita lihat di sekeliling kita,remaja semakin lama semakin hilang rasa malu,bahkan di tempat awam mereka tidak segan silu melakukan maksiat.Kenapa ini boleh terjadi?? Salah satu faktor penyumbang kepada gejala sosial ini ialah kebebasan dan tanpa had dipamerkan cerita-cerita lucah dan seks ini melalui media massa terutamanya televisyen dan pawagam yang mana ia menjadi perkara biasa dan apa yang nak dimalukan jika mereka melakukan adegan di dalam tayangan secara praktikal di hadapan orang awam.
Hakikatnya pengaruh media massa ini merupakan alat yang kuat dalam mempengaruhi pemikiran dan sikap seseorang itu.Cuba kita bayangkan, seandainya cerita dan filem di negara ini dipenuhi dengan lakonan sebegini, bagaimanakah sikap dan adab malahan pemikiran seorang remaja yang bakal menjadi pemimpin negara kelak, yang mana menonton televisyen menjadi kegemaran atau masa mereka dihabiskan dengan menonton televisyen ini??Beginikah cara dalam membentuk generasi muda yang rabbani??
Dari segi tajuk filemnya sangat tidak munasabah dalam konteks ' Ini Filem Dakwah' yang dikatakan produser ini. Saya terfikir kenapa filem ini diberi nama sebegini??Sekalipun ia berkisarkan percintaan kaum sejenis, adakah tiada nama lain yang sesuai??Adakah semata-mata ingin menjadikannya filem yang kontroversi,maka tajuk dan lakonannya itu mesti kontroversi untuk menarik minat masyarakat.
Untuk akhirnya,mungkin apa yang diniatkan oleh produser ini untuk menjadikan filemnya sebagai satu cabang dakwah adalah amat baik dan sangat digalakkan, namun kaedah dan cara penyampaian filem ini harus ditukar kepada bentuk yang mempunyai nilai yang tinggi dan sopan. Lagipun,kesan buruk ini bukan sahaja terjadi kepada penonton filem malahan kepada pelakon yang melakonkan aksi itu.Mungkin di dunia, ia suatu yang menyeronokan yang mana mendapat keuntungan mahupun kepuasan hati, tetapi akhiratnya bagaimana??
Sama-sama kita renungkan..
Wallahua'lam
nurmujahidah.uiam
30/1/09 -1.00am
Aemy Elyani Mat Zainhttp://www.blogger.com/profile/02659189068935679350noreply@blogger.com1