Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Fateh..Menggapai Realiti Hadith Baginda saw



Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud; “..Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. rajanya sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..” (Hadith Riwayat Imam Ahmad).

Begitulah kata-kata baginda saw yang ‘nampak’ dan yakin bahawa suatu hari nanti adanya pemimpin Islam akan menakluki Konstantinople sekalipun ketika itu masih belum ada yang layak menakluk serta ‘pemimpin’ yang disebut baginda saw masih belum dilahirkan ketika itu.

Jika dilihat, umat Islam ketika itu berebut-rebut untuk membebaskan Konstantinople dalam mendapatkan penghormatan yang dijanjikan Allah di dalam hadith tersebut. Namun, kesemua usaha yang dilancarkan gagal. Siapakah sebenarnya pemimpin yang mendapat penghormatan baginda saw melalui kata-kata baginda di dalam hadith? Berapa lamakah kata-kata baginda menjadi realiti dan kenyataan?

Hadirnya insan yang mendapat penghormatan daripada hadith Rasulullah saw menjadi realiti hampir 800 tahun selepasnya di mana dialah ‘Sultan Muhammad al-Fateh’, khalifah ke-7 kerajaan Uthmaniyyah beserta 150,000 orang tenteranya yang berjaya menakluki Konstantinople.

Bersama kita kenali peribadi dan sejarah insan pilihan ini.

Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 835 atau 29 Mac 1432 di Adrianapolis, sempadan Turki-Bulgaria. Ada juga pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan pada 30 Mac 1432. Bapanya ialah Sultan Murad II, manakala ibunya pula Huma Hatun, anak perempuan Abd Allah dari Hum.

Dari segi pendidikan, beliau mendapat pendidikan yang sempurna dan menyeluruh dalam semua aspek. Dalam bidang keagamaan, gurunya ialah Syeikh Shamsuddin al-Wali yang dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Dalam ilmu peperangan pula, beliau diajar tentang teknik peperangan,memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Bidang akademik pula, beliau merupakan seorang cendekiawan ulung pada zaman itu di mana beliau fasih bertutur dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Turki, Parsi, Serbia dan Hebrew. Dalam aspek politik pula, beliau pernah memangku jawatan khalifah ketika berusia 12 tahun kerana ayahnya, Sultan Murad II bertindak untuk memencilkan diri hanya kerana ingin mendidik beliau dalam aspek kepimpinan.

Dari segi keperibadian Muhammad al-Fateh, beliau merupakan seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pahlawan dalam Perang Salib dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz, seorang pahlawan dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol. Bahkan keperibadian dan sifat-sifat beliau telah diisyaratkan oleh baginda saw dalam hadith. Selain itu, beliau juga seorang sultan yang tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Bahkan beliau sangat cintakan ulama dan sering berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. Sekalipun bergelar sultan, beliau sangat tawadu’ , semasa membina Benteng Rumeli Hissari, beliau sanggup bersama para pekerja mengangkat batu dan pasir sehinggakan ulama’-ulama’ dan menteri-menteri terpaksa mengikut sama bekerja.

Dalam memerintah, beliau juga menitik-beratkan kekuatan dalaman dan luaran diri dan para tenteranya. Contohnya, para tenteranya dikatakan tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh daripada mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh, bahkan hanya beliau sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh sehingga saat beliau menghembuskan nafas terakhir.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa belaiu menakluk Konstantinople ketika berumur 21 tahun, juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Beliau jugalah yang menukarkan nama Konstantinople kepada Islambol yang bermaksud Islam keseluruhannya. Namun nama tersebut telah ditukar oleh Kamal Ataturk kepada Istanbul.

Begitulah jasa dan kehebatan seorang pemimpin Islam yang dikenali Sultan Muhammad al-Fatih yang menakluk Konstantinople yang mana ciri-ciri dan keperibadian beliau telah disebut baginda saw beratus tahun lamanya di dalam hadith. Bahkan seorang sahabat baginda saw, Abu Ayyub al-Ansari pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah yang mengikuti perang menentang tentera Rom di Konstantinople ingin jasadnya dikuburkan di tembok Konstantinople kerana beliau ingin sekali mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinople seperti yang dimaklumkan dalam hadith baginda saw ‘sebaik-baik raja’ dan ‘sebaik-baik tentera’. Begitulah teguhnya iman dan keyakinan seorang sahabat Nabi saw yang ingin benar melihat kebenaran tersebut sekalipun hanya jasad di dalam kubur.

Justeru itu, dalam menghadapi arus perdana kehidupan kini, kita perlulah mendalami dan meneladani sejarah juang dan jihad baginda saw, para sahabat serta tokoh-tokoh Islam yang mencipta nama dan kemenangan dalam meletakkan cita-cita Islam pada kedudukan yang tertinggi.

Friday, March 4, 2011

Pembinaan Keperibadian Anak dari Dua Tahun hingga Baligh

Bahagian 2 : Pembinaan Ibadah

1) Sembahyang
2) Mengikat Hati Anak dengan Masjid
3) Puasa
4) Haji
5) Zakat

Tuesday, March 1, 2011

Pembinaan Keperibadian Anak dari Dua Tahun hingga Baligh

Bahagian 1 : Aqidah
Perkara-perkara penting dalam pembinaan Aqidah anak-anak :

1) Mengajarkan anak kalimah Tawhid

2) Mencintai Allah s.w.t, merasa diawasi-Nya, Memohon pertolongan kepada-Nya
serta beriman kepada qada' dan qadar

3) Mencintai Nabi s.a.w dan keluarga baginda

4) Mendidik keteguhan dalam aqidah dan bersedia berkorban kerananya

Thursday, February 17, 2011

Pendidikan Terhadap Bayi di Awal Kelahiran.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud “Setiap anak sebenarnya dilahirkan di atas fitrah (Islam). Kedua orang tuanyalah yang akan membuatnya menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani”. Begitulah ingatan baginda s.a.w kepada umatnya yang bergelar ibu bapa akan peri pentingnya mendidik anak dengan cara yang dianjurkan Islam agar anak-anak yang lahir itu tumbuh menjadi anak yang soleh dan solehah. Abul Ala’ dalam syairnya ada mengatakan;

“Anak-anak kita akan tumbuh menurut apa yang dibiasakan oleh orang tuanya, Anak tidaklah menjadi tercela oleh akalnya Namun orang-orang dekatnya yang membuatnya hina”.

Kehadiran permata hati yang bergelar anak amat mengembirakan ibu bapanya, apatah lagi anak yang lahir ini merupakan anak pertama buat sepasang suami isteri yang baru berkahwin mahupun telah lama menantikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam keluarga. Kegembiraan yang dikecapi ini haruslah didahului dengan kesyukuran yang sepenuhnya ke hadrat-Nya dan sebaik-baiknya haruslah dididik serta diasuh anugerah-Nya itu seperti mana yang dianjurkan agama Islam. Antara perkara penting yang diajarkan Islam pada awal kelahiran anak ialah; mengeluarkan zakat fitrah, hak mendapat warisan seperti mana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Jika seorang anak telah lahir, ia mendapatkan hak waris” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud).

Kelahiran anak tersebut bukan sahaja disambut kebahagiaan dari anggota keluarganya, bahkan agama Islam juga mengajarkan agar masyarakat setempat mengucapkan salam ucapan kebahagiaan kepada kedua orang tuanya sebagaimana ucapan selamatnya para malaikat Allah yang disampaikan kepada para utusannya yang mulia dan juga kepada Nabi s.a.w seperti firman Allah di dalam surah Ali-Imran:39 yang bermaksud, “Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab(katanya), sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang putramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang salih”. Imam Hasan Bashri juga pernah memberikan ucapan selamat seperti berikut, “Semoga Allah menberkahimu di dalam pemberian-Nya dan engkau bersyukur kepada Sang Pemberi, sehingga engkau pun diberi rezeki berupa kebaktiannya hingga ia mencapai usia dewasa”

Selain daripada itu, agama Islam juga menganjurkan agar mengumandangkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi yang baru dilahirkan. Syah Waliyullah dalam Hujjatullah al-Balighah menyatakan antara hikmah mengumandangkan azan dan iqamah di telinga bayi yang baru dilahirkan ialah:

1) Azan merupakan bahagian daripada syiar-syiar Islam
2) Pemberitahuan tentang agama Muhammad s.a.w
3) Mengkhususkan pengumandangan azan pada bayi yang dilahirkan pada bahagian telinganya
4) Di antara manfaat azan adalah membuatkan syaitan lari. Ini kerana syaitan boleh menyakiti bayi sejak awal kelahirannya, sehinggakan ada hadith yang menyebut bahawa bayi boleh meninggal akibat perbuatan syaitan.

Mentahnik anak yang baru dilahirkan juga antara perkara yang dianjurkan Islam, malah Nabi s.a.w. pernah menunjukkan cara mentahnik anak yang baru dilahirkan sebagaimana Anas r.a. menceritakan, “Ketika Ummu Sulaim melahirkan seorang anak laki-laki, ia membawa bayinya bersamaku ke hadapan Rasulullah s.a.w. dengan membawa kurma. Rasulullah s.a.w. yang ketika itu mengenakan mantel dan sedang memberi makan unta milik baginda, kemudian bertanya, ‘apakah kamu membawa kurma?’ Saya menjawab, ‘ya’. Lalu baginda mengambil kurma itu dan memasukkan ke dalam mulut serta mengunyahnya. Kemudian mencampurkannya dengan air liur baginda, lalu menggelembungkan mulut, dan sesudah itu memberikannya kepada sang bayi. Bayi pun kemudian mengencap-ngecapnya. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, ‘kecintaan kaum Ansar adalah kurma’. Baginda kemudian mentahniknya dan memberinya nama Abdullah. Di kalangan kaum Ansar tidak ada pemuda yang lebih utama dari dia”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya-3/88)

Seterusnya hari ketujuh kelahiran bayi, agama Islam menganjurkan agar memberi nama kepada bayi tersebut, mencukur rambut bayi, mengadakan aqiqah dan khitan. Dalam memberikan nama kepada bayi, terdapat tiga cara yang baik dalam memilih nama bayi, antaranya;
1) Nama itu diambil dari nama-nama ahli agama, para nabi dan rasul serta hamba-hamba Allah Taala yang salih. Hal ini diniatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala yang mempunyai nama yang luhur dengan cara mencintai mereka dan menghidupkan nama-nama mereka
2) Singkat, ringan diucapkan, mudah dilafazkan dan cepat diingat
3) Mempunyai makna yang baik, sesuai dengan keadaan yang diberi nama serta sesuai pula dengan kelas, agama dan martabatnya

Dalam hal mencukur rambut bayi, Imam Malik meriwayatkan bahawa Fatimah r.a menimbang rambut Hasan dan Husain, begitu juga rambut Ummu Kalthum, lalu menyedekahkan perak seberat rambut tersebut. Ibnu Ishaq juga ada menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Fatimah ketika melahirkan Hasan, “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya lalu bersedekahlah dengan mengeluarkan perak seberat timbangan rambutnya”. Lalu Fatimah pun menimbangnya, dan ternyata beratnya adalah satu dirham atau kurang sedikit.

Aqiqah juga antara hak yang perlu ditunaikan pada hari ketujuh, atau keempat belas, atau kedua puluh satu. Seperti yang diriwayatkan Thabrani dan Dhiya’ secara marfu’ dari Burairah r.a., “Aqiqah itu disembelihkan pada hari ketujuh, atau keempat belas, atau kedua puluh satu”. Manakala para pengarang kitab Sunan (Ashabus Sunan) meriwayatkan dari Samurah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Setiap anak (yang lahir) tergadai oleh aqiqahnya yang disembelihkan untuknya pada hari ketujuh, lalu diberi nama dan dicukur rambutnya”. Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing, manakala untuk anak perempuan satu ekor kambing.

Antara hikmah aqiqah yang dianjurkan oleh agama Islam ini ialah;

a) Ingin memaklumkan secara tidak langsung tentang nasab dan keturunan bayi tersebut.
b) Mengikuti anjuran untuk menjadi dermawan dan mengendalikan diri agar tidak bakhil.
c) Merupakan bentuk pendekatan diri kepada Allah Taala dari bayi yang dilahirkan ke alam dunia.
d) Sebagai penebus gadaian bayi yang dilahirkan itu, kerana ia tergadai oleh aqiqahnya. Dalam kata lain, aqiqah adalah sebagai tebusan dalam melepaskan diri daripada tahanan syaitan dan dari penjaranya sekaligus sebagai penghalang dari hasutan syaitan untuk terus merosakkan masa depan(akhirat) bayi iaitu tempat kekal kembalinya bayi.

Antara perkara yang terakhir dianjurkan agama Islam dalam pendidikan anak yang baru dilahirkan ialah menyusukan bayi sehingga umur dua tahun, seperti mana yang difirmankan Allah Taala dalam surah al-Baqarah:233 yang bermaksud, “Para ibu hendaknya menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh. Iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”. Perhatian agama Islam terhadap aspek penyusuan anak sejak awal kelahiran sehingga dua tahun genap menunjukkan bahawa pada peringkat ini, bayi yang masih kecil itu bukan sahaja terjaga dari segi kesihatan malahan kejiwaannya. Tambahan lagi, susu ibu juga anugerah dan nikmat Allah Taala kepada bayi kecil menunjukkan betapa Allah Maha Penyayang kepada para hamba-Nya, terutamanya pada anak-anak yang masih kecil dan lemah, yang juga memerlukan kasih-sayang dan perlindungan dari ibunya.

Ibn Sina juga menegaskan tentang peri pentingnya susuan ibu kepada anaknya. Beliau mengatakan, “Adalah satu keharusan untuk menyusui bayi dengan air susu ibunya, kerana penyusuan tersebut sangat bermanfaat untuk menolak penyakit yang menyerangnya”. Amru bin Abdillah pernah berkata kepada isteri yang sedang menyusui anaknya, “Janganlah kau susui anakmu seperti binatang yang menyusui anaknya, yang hanya didorong oleh kasih sayang kepada anak, akan tetapi susuilah anak dengan niat mengharapkan pahala dari Allah dan agar ia hidup melalui susuanmu itu. Mudah-mudahan ia kelak akan mentawhidkan dan menyembah Allah Taala. Jelas di sini, air susu ibu yang menyusukan anak bukan sahaja menghasilkan kesihatan kepada ibu dan bayi susuannya malahan dari sudut kejiwaan bayi yang disusuinya juga tersemai benih yang baik pada diri bayi tersebut seandainya penyusuan itu disertai dengan niat yang baik dan mencari reda Allah, seperti yang diucapkan oleh Amru bin Abdillah kepada isterinya.

Sebagai kesimpulannya, berdasarkan beberapa anjuran dan penekanan Islam kepada umatnya dalam pendidikan anak bermula dari awal kelahirannya menunjukkan peri pentingnya pendidikan yang teratur dan berdisiplin yang telah Islam tekankan sebagai salah satu cara hidup sebagai seorang yang menganut agama Islam sama ada mereka sebagai ibu bapa, anak-anak, masyarakat dan sebagainya. Kesemua aspek ini sebagai cara yang menjamin anak yang dilahirkan membesar dan dijaga dengan baik sejak awal kelahiran sehingga dewasa agar anak yang dianugerahkan-Nya menjadi kemuliaan dalam sesebuah keluarga, bukan menjadi fitnah merosakkan keluarga.

Thursday, July 9, 2009

Al-Quran,Penyuluh Kepada Kehidupan.


Melihatkan kepada keadaan dan kehidupan pada zaman yang serba moden ini, semakin hari semakin banyak ditubuhkan sekolah atau pusat pengajian yang menekankan sistem menghafaz al-Quran. Itu suatu petanda yang baik dan kesungguhan ibu bapa menghantar anak-anak ke tempat tersebut dengan harapan anak-anak bukan sahaja menjadi anak yang soleh dan solehah, bahkan menjadi hafiz dan hafizoh.

Menghafaz dan menghayati al-Quran sepenuhnya sangat sukar bagi seseorang muslim, hanya golongan yang menjadi pilihan Allah s.w.t. sahaja mampu menghafaz dan menghayati Kalam-Nya yang begitu suci,sempurna dan terjaga sehingga ke tahap pengamalan dalam kehidupan harian. Namun ia tidak mustahil bagi kita untuk berusaha dan berdoa kepadaNya agar diri kita ataupun mungkin pasangan kita,atau anak-anak kita termasuk di dalam golongan ‘Jil al-Quran’ sebagaimana contoh yang dipamerkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam mendidik dan mentarbiyyahkan para sahabatnya r.a mengenali dan menghayati al-Quran sehingga mereka dikenali dengan ‘Generasi al-Quran’, bahkan diri baginda s.a.w juga dikatakan berakhlak al-Quran.

Apakah tips dan kaedah yang boleh memungkinkan kita dalam mendekatkan diri kepada al-Quran yang mana kita bukan sahaja membacanya setiap hari tetapi juga menjadikan ma’na yang terkandung di dalamnya itu sebagai suatu pengamalan kepada kehidupan. Sedikit perkara yang ingin saya kongsikan buat sahabat-sahabat sebagai ingatan dan dorongan untuk diri sendiri serta sahabat-sahabat. Terdapat tiga perkara utama dalam menjaga dan mempersiapkan diri apabila berhadapan dengan al-Quran atau ingin memulakan bacaannya, iaitu:

1) Aqal yang sedar atau dalam bahasa Arabnya ‘Aql al-Wa’i’. Aqal yang sedar ini bermaksud,seseorang yang ingin jadikan al-Quran sebagai sumber tarbiyyah perlulah sedar bahawa al-Quran itu merupakan firman Allah s.w.t yang mana kita seharusnya menjaga adab dan tatatertib apabila membacanya.Contohnya, mendahulukan wudu’ sebelum membaca al-Quran serta membaca dalam keadaan sempurna, suci daripada najis, duduk dengan tenang dan sopan. Abu A’la Mawdudi ada menyatakan bahawa dalam mendekatkan diri dengan al-Quran perlulah membacanya dengan tadabbur. Bagaimana pula membaca al-Quran dengan tadabbur?? Antara caranya mentadabbur al-Quran ialah; sedar dengan sepenuh hati al-Quran ini adalah firman Allah s.w.t. , apabila aqal menyedari akan hakikat itu, aqal yang berada dalam keadaan sedar merendahkan hatinya dan bersikap tawadu’ membaca sehingga boleh terasa dan tersentuh dengan ma’na yang terkandung di dalam al-Quran, dalam masa yang sama juga menjadikan atau menterjemahkan apa yang terkandung pada ayat al-Quran tersebut kepada kehidupan seharian kita. Contohnya; ayat yang menyebutkan batasan muamalat antara muslimah dan muslimin, ayat yang menyatakan pasal aurat muslimat dan sebagainya. Sejauh mana hidup kita ini mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya.

2) Perkara yang kedua iaitu hati yang bersih atau dalam bahasa Arabnya dikenali ‘Qalbu al-Zaki’. Hati yang bersih dan tenang mampu menjadikan al-Quran sebagai pendidik dan petunjuk kepada kehidupannya. Imam al-Ghazali sering menekankan kepada pembersihan hati kerana hidayah dan pimpinan daripada Allah s.w.t sentiasa dekat kepada hati yang bersih. Malah, orang yang hatinya bersih dapat menjauhkan dirinya daripada maksiat seperti maksiat mata (zina mata), maksiat lidah (zina mengumpat, menghasut dan sebagainya), maksiat hati (timbulnya perasaan riak, ujub, angkuh dengan perbuatan baiknya) dan sebagainya. Untuk mencapai hati yang bersih juga memerlukan proses-proses yang tertentu seperti berdoa agar Allah s.w.t. melindungi kita daripada akhlaq mazmumah,muhasabah diri, sentiasa menghadiri majlis ilmu,bersahabat dengan sahabat yang berakhlaq mulia dan sebagainya.

3) Seterusnya pula, ‘Fitrah Salimah’ iaitu kemampuan naluri seseorang berhubung dengan Allah s.w.t atau dalam erti kata yang lain, apabila seseorang itu pada aqalnya sedar dan hatinya bersih, maka timbulnya perasaan seolah-olah dapat berhubung denganNya sehingga segala sesuatu perbuatan dan sikapnya, kita hubungkan dengan Allah s.w.t. Sebagai contohnya; jika suatu musibah besar berlaku ke atas kita, di mana kita telah berdoa dan berusaha sedaya upaya, namun perkara yang tidak kita sukai itu tetap berlaku.Sebagai seorang yang mempunyai ‘Fitrah Salimah’ yang sedar akan segalanya adalah daripada Allah s.w.t. dan Dia berhak untuk menentukan segala sesuatu kepada hambaNya, seterusnya ini mengingatkan dan menghubungkan kita dengan sifat 20 iaitu ‘Qiyamuhu Bi Nafsihi’ iaitu berdiri dengan sendiri, dan juga ‘Kudrat’ Nya ke atas segala sesuatu tanpa dipaksa dan terpaksa. Inilah yang dikatakan ‘Fitrah Salimah’ sehinggakan ia membawa kita kepada menjadi hambaNya yang shukur iaitu bershukur dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t dan juga shakur iaitu tetap bershukur sekalipun tidak mendapat suatu yang diingini dan diimpikan.

Jelas di sini menunjukkan tiga perkara penting yang mungkin boleh kita
renungkan dan hayati bersama dalam mendidik dan mendekatkan diri kepada al-Quran yang bukan sekadar kita membaca,menghafaz malah menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian.Membaca,Menghayati dan Mendarah dagingkan al-Quran dalam hidup adalah lebih baik daripada Menghafaz tanpa dihayati ma’nanya serta tidak terkesan kepada hati pembacanya.

Wallahu’alam

nurmujahidah.uiam
(16 Rejab 1430h/9 Julai 09)

Wednesday, July 8, 2009

Menghayati Keistimewaan Bulan Rejab

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Dengan izin Allah SWT, kita sudahpun berada di pertengahan bulan Rejab dalam tahun Hijrah 1430 ini. Jika diperhatikan, manusia berbeza-beza dalam menyambut kedatangan bulan Rejab setiap tahun.

Ada yang langsung tidak menyedari datang dan perginya Rejab kerana terlampau sibuk dan kurang peka pula pada perjalanan takwim Islam. Tidak kurang yang menyambut kedatangan Rejab dengan penuh gembira dan bersemangat serta mempertingkatkan amalan di dalamnya.

Ada pula yang menyambutnya dengan terlampau mempermasalahkan dan mempertikaikan keistimewaannya dan kewajaran menambahkan amalan padanya.

Kita merasakan bahawa mereka yang paling beruntung adalah mereka yang memahami dan mengenali Rejab serta menunaikan hak hari-harinya sebagaimana yang selayaknya tanpa melampau atau mencuaikan.

Bagi kebanyakan mereka yang meraikan kedatangan Rejab, bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir ketibaan tetamu agung, Ramadan al-Mubarak.

Ramadan sudah tentulah dirindui dan dinanti-nanti oleh setiap mereka yang beriman dan para pencinta Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Tempias kecintaan kita kepada Ramadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendamping setia kepada Ramadan.

Keterkaitan dalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, "Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan". (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua'aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).

Sebenarnya keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada empat bulan haram. Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram.... (at-Taubah: 36)

Para ulama bersepakat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Jelas bahawa Allah SWT sendiri di dalam al-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salah satu daripada bulan-bulan haram.

Mengikut pandangan yang masyhur di kalangan ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulan Rejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.

Sebagai golongan hamba-Nya yang terpilih, keistimewaan bulan Rejab tidak terlepas daripada pandangan ulama baik dahulu dan sekarang. Mereka telah menunjukkan contoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalan dengan bersangka baik dengan Allah SWT bahawa dengan keberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda. (Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai hal ini dalam tafsirnya).

Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailah kita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan bersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebih cemerlang.

Sebahagian ulama menganjurkan kita membanyakkan istighfar di bulan Rejab dengan semangat al-Takhalliy iaitu untuk mengosongkan atau membersihkan diri kita. Ini disusuli penganjuran kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW di bulan Syaaban sebagai fasa al-Tahalliy yang bererti mengisi atau memperhiaskan diri sesudah diri kita dikosongkan dan dibersihkan dengan istighfar dan taubat.

Sesudah kita bersiap dengan membersih dan memperhiaskan diri barulah layak untuk kita bertaqarrub langsung dengan Allah SWT (al-Tajalliy) dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran, sepanjang Ramadan.

Jika direnungi, anjuran para ulama ini sangat mendalam falsafah dan hikmahnya demi membantu kita menghayati bulan-bulan yang mulia ini dengan lebih bermakna.

Jika menjadi keyakinan setiap mukmin bahawa hidup dunia ini sebagai suatu ujian atau peperiksaan besar, maka Ramadan dan segala hari dan bulan yang istimewa dalam Islam bolehlah dianggap sebagai kelas-kelas tambahan atau ujian-ujian latihan. Ia akan mendorong kita sentiasa peka dan siap-siaga dalam mengharungi proses ujian tersebut.

Dengan segala kelemahan yang ada pada diri insan adalah sukar untuk menempah kejayaan dalam ujian kehidupan ini jika kita tidak dapat menumpang belas ihsan dan rahmat Ilahi. Dan sememangnya Allah SWT maha kaya dengan sifat rahim, ihsan dan adil serta segala sifat-sifat kesempurnaan.

Di antara gambaran ihsan dan keadilan Allah SWT bagi kita para hambanya yang diletakkan dalam ujian yang getir ini, kita tidaklah dibiarkan sendirian tanpa panduan. Selari dengan fitrah manusia sukakan kepelbagaian, silih-berganti hari dan bulan Islam berserta dengan kaitannya dengan sirah Nabi memberi ruang untuk kita memperkukuhkan tautan kita dengan Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Di bulan Rejab ini banyak masjid, surau dan institusi mengambil peluang mengadakan ceramah dan majlis Israk Mikraj. Perbuatan ini jika dianggap sebagai suatu adat dan tradisi untuk menghimpunkan orang ramai bagi mendekatkan diri mereka dengan agama tanpa dianggap sebagai suatu pensyariatan adalah suatu amalan yang terpuji dan tidak bercanggah dengan mana-mana usul agama.

Malah para pendakwah dan mereka yang cintakan agama sepatutnya sentiasa mencari munasabah bagi menghimpun orang-ramai dalam majlis-majlis yang dipenuhi dengan penambahan ilmu, peringatan, doa dan zikir.

Inilah antara pandangan tokoh besar ulama dunia Islam, al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani r.a dalam tulisan khususnya mengenai Israk dan Mikraj bertajuk al-Anwar al-Bahiyyah min Isra' wa Mi'raj Khayr al-Bariyyah.

Beliau turut menegur golongan yang menentang penganjuran majlis sedemikian dengan katanya: "Memanfaatkan perhimpunan orang ramai dengan memberikan peringatan, petunjuk, nasihat dan mengarahkan mereka kepada kebaikan adalah lebih utama daripada menghalang, menolak dan mengingkari perhimpunan mereka dengan alasan yang tidak ke mana. Selama ini pun, apa yang dapat dilihat tegahan mereka tidak pun memberikan sebarang kesan".

Sememangnya peristiwa Israk dan Mikraj menyajikan pelbagai pengajaran untuk memperkukuhkan lagi ikatan iman umat. Selain antara mukjizat besar yang membuktikan kenabian Nabi kita SAW, ia telah menjadi saat umat Islam dianugerahi ibadah solat sebagai Mikraj roh kepada Allah setiap hari.

Ia juga memperjelaskan keistimewaan kedudukan kita sebagai umat Nabi SAW dengan sebab menumpang keistimewaan dan keutamaan Nabi SAW yang menjadi Imam segala Nabi dan Rasul. Melalui peristiwa tersebut kita juga diperingatkan realiti kehidupan akhirat dengan balasan azab dan nikmat yang akhirnya meletakkan segala yang kita lalui dan punyai dalam kehidupan ini dalam perspektifnya yang sebenar.

Inilah sekadar segelintir perkara iktibar di sebalik kehadiran bulan Rejab dan peristiwa Israk dan Mikraj yang wajar diperincikan lagi dan diulang-ulangkan.

Malangnya ada juga penceramah yang kurang berhati-hati lalu dalam membicarakan tentang peristiwa ini turut membahaskan isu-isu kontroversi seperti mensabitkan tempat dan sifat bagi Allah SWT, Maha Suci Allah daripada menyerupai makhluknya.

Tokoh ulama mutakhir, Sheikh Yusuf al-Dijwi ada menegur tentang perkara ini dalam himpunan tulisan dan fatwanya.

Beliau menegaskan, adalah tidak wajar ayat-ayat mutashabihat berkaitan dengan isu ini dibicarakan kecuali di dalam majlis-majlis khusus di kalangan para ulama berdasarkan keperluan. (Maqalaat wa Fatawa al-Shaikh Yusuf al-Dijwi, (Kaherah, Dar al-Basoir, 2006) Jld 2, ms.724)

Semoga kita dikurniakan kesedaran, kesihatan, semangat dan himmah yang tinggi dalam naungan taufik untuk menunaikan hak setiap hari yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Semoga bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan kita tahun kita lebih baik daripada tahun sebelumnya.(http://utusan.com.my/utusan/info)

Di mana Kita??

Allah berfirman :
“Atau siapakah dia yang memberikan kamu rezeki jika Allah menahan rezekiNya?” – Al Mulk : 21

Tetapi aku tidak pernah yakin dengan rezeki yang Allah janjikan. Hatiku sentiasa bimbang takut tidak mendapat rezeki. Untuk itu aku bekerja bertungkus lumus mencari rezeki. Kadangkala aku rasa aku telah berusaha sekuat mungkin tetapi rezeki tidak juga datang. Aku meninggalkan banyak aktiviti-aktiviti dakwah kerana sibuk mencari rezeki tetapi yang dapat hanya sedikit. Aku tidak pernah puas dengan gaji dan elaun yang ku dapat. Aku cuba tukar kerja yang gajinya agak banyak tetapi aku rasa kecewa bila kenaikan dan bonusku tak sebanyak rakan sekerja yang lain. Hatiku sentiasa bimbang dengan kewangan, kalau aku sakit, siap nak biayai? Siapa nak bayar tuisyen anakku, hutang rumah belum selesai dan lain-lain. Bibir ku mungkin mengukir senyuman tetapi hatiku sentiasa risau.

Allah berfirman :
“ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang kusyu’ dalam solahnya” – Al Mu’minun : 1-2

Tetapi telah berpuluh tahun aku solah, aku tidak pernah kusyuk dalam solahku. Ada saja yang menganggu fikiranku. Setiap kali ku cuba setiap kali juga aku gagal. Bukan aku tak tahu makna ayat-ayat yang dibaca tetapi entah kenapa masih tak kusyuk juga. Aku pernah dengar ceramah-ceramah yang mengatakan bahawa amalan pertama yang akan dihisab ialah solah tetapi aku tak pernah ambil berat sangat untuk baiki mutu solahku. Bukan itu saja solahku juga selalu terlewat kerana sibuk dengan urusan lain.

Allah berfirman :
“Hai orang-orang yg beriman, belanjakanlah (dijalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu...” – Al Baqarah : 254

Tetapi aku terasa amat berat untuk mengeluarkan wang dari saku ku. Beratnya seperti batu yang menghempap kepalaku. Perasaan takut kepada kepapaan, kemiskinan sentiasa menerawang dalam fikiranku setiap kali tanganku ingin menghulurkan duit untuk infaq. Hutang kereta, hutang rumah, tuisyen anak, kad kredit antara yang mengheret nafsuku menyebabkan hatiku sering lemas.

Allah berfirman :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka” – Al Anfaal : 2

Terus terang aku katakan, hatiku tidak pernah rasa gementar bila ku dengar nama Allah disebut. Setiap kali azan berkumandang aku masih sibuk berbual dan buat kerja-kerja harian. Yang hairannya bila aku nampak polis buat sekatan jalan raya, hati dah mula rasa takut walaupun aku tak pernah buat salah. Aku baca Al-Quran saban hari saban malam tapi hatiku tetap tidak merasa gementar.

Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara”

Tanpa segan silu aku akui perasaanku terhadap saudaraku yang lain belum sampai ke peringkat aku sanggup mengorbankan kepentinganku. Seringkali aku terdengar rakanku sakit tetapi aku jarang menziarahi mereka. Aku tahu ada rakan yang sangat memerlukan duit tetapi aku tidak sanggup memberi, kalau beripun ala kadar saja.

Aku merenung diriku dan ku tilik-tilik amal ibadahku, hatiku berasa sedih dan takut, lalu batinku menjerit,YA ALLAH DIMANAKAH AKU DI SISI MUUUU???
http://ismaweb.net/ISMA/Article268.phtml

Monday, January 26, 2009

Untuk Kaum Hawa

Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Kemanisan anita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu,Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek , Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman , Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi, Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai , Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu , Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya , Bersyukurlah diatas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Saturday, December 27, 2008

Tahun Baru Maal Hijrah…Muhasabah Kembali

Genap 29 Desember ini bersamaan I Maal Hijrah 1430h, tahun baru Hijrah bermula kembali,1429h telah berlalu. Masa berlalu dengan pantas , umur semakin meningkat, panggilan kematian semakin menghampiri,entah bila,di mana,bagaimana kematian menjemput dan mendatangi kita.

Tahun baru ini juga sebagai permulaan bagi mahasiswa dan mahasiswi terutamanya penuntut UIAM Gombak yang sebelum ini bercuti lebih sebulan. Kembalinya kita ke UIAM menjalani rutin harian sebagai seorang mahasiswa yang mengembara di Taman Ilmu dan Budi ini. Sejenak diri ini terfikir dan terkenang akan masa yang lalu yang tidak mungkin kembali lagi.

Siapakah diriku hari-hari yang lepas?Adakah diriku hanya melaksanakan tugas sebagai hamba di dunia ini? Bagaimana dengan tugas sebagai khalifah?Adakah diri ini melaksanakan tugas dan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini atau sekadar merancang dan berkata-kata tanpa melaksanakannya? Sebanyak manakah yang telah diri ini korbankan untuk Islam?Layakkah diri ini menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w sepanjang masa yang lalu?

Allah sering mengingatkan kita, ‘Demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian,melainkan orang yang beriman dan beramal soleh,serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran’

Inilah hakikatnya, kehidupan di dunia ini tidak akan bermakna dan sempurna melainkan ia diiringi dengan keimanan dan amal kebajikan setiap masa dan ketika. Sememangnya semua ini memerlukan pengorbanan,kesetiaan malah keistiqamahan kita kepada agama Islam. Allah juga mengingatkan kita, ‘wahai orang-orang yang beriman, adakah kamu ini mengakui sebagai orang beriman sedangkan dirimu tidak diuji’. Syukur kepadaNya dengan kemuncak kesyukuran di atas segala nikmat terutamanya memasukkan kita di dalam golongan Islam yang mana Al-Quran dan Sunnah sentiasa memberi jalan dan panduan dalam setiap kehidupan kita.Inilah kekuatan orang Islam yang dianugerahkan Al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk.

Sama-samalah kita saling ingat-mengingati, sekalipun kita sebagai pelajar,pekerja,suami,pemimpin atau yang dipimpin, kita tetap seorang Muslim yang belajar dan mempraktikkan Islam bagaikan budaya dalam kehidupan.Maka,kita tidak akan terlepas daripada tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan amal soleh seperti yang dimaklumkan di dalam Al-Quran.

Begitu juga mahasiswa dan mahasiswi, kedatangan tahun baru ini bukanlah semata-mata menjalani rutin harian sebagai pelajar yang hanya hadir ke kelas, kantin, tv, tidur menjadi budaya hidup mereka,tetapi sepatutnya kedatangan tahun baru ini sebagai pembaik pulih dan peningkatan amal soleh kita untuk Islam setelah kita muhasabah kembali betapa jauhnya kita dalam melakukan amal soleh pada waktu yang lepas.Malah,kedatangan tahun baru ini perlu dijadikan anjakan paradigma seorang mahasiswa yang bukan sahaja rutin hariannya sebagai pelajar tetapi berbakti kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

Muhasabah kembali kejadian yang lalu amat penting untuk kita perbaiki dan mempertingkatkan kebaikan pada tahun baru. Semoga kehadiran 1430h merupakan tahun yang lebih baik dan terancang daripada tahun sebelumnya,seterusnya meningkatkan amal soleh kita sebagai seorang Hamba dan Khalifah Allah di muka bumi ini.

Wallahua’lam

nurmujahidahuaim
(11.00pm-27 December 2008/29 Zulhijjah 1429h)

Monday, December 15, 2008

Ta'aruf Sebelum Pernikahan..

‘Aish...ukht ada terima tak jemputan kahwin kawan sekolah kita dulu,Siti, pada hari Jumaat ini’.Itulah panggilan manja Mujahidah kepada teman baiknya,Aishah.

‘Ya,ana ada terima.Nanti bolehlah kita pergi kenduri bersama kebetulannya kita cuti sama kan?’Jawab Aishah. ‘Bagus sangat cadangan ukht tue,lama benar kita tak bertemu Siti.Ukht,selalu ke contact Siti??Ana tak de nombor kawan-kawan sekolah kita dulu’. Mujahidah bertanya kembali. ‘Bolehlah jugak,ana dapat nombor Siti pun daripada adiknya yang ana jumpa kat kedai dua tahun lepas. Ana sebenarnya terkejut juga kerana mendapat jemputan daripada dia,Siti seorang pendiam dan orang laki tak berani kacau dia,malah dia memang tak pandang orang laki dan tak de couple pun dulu.Tapi setelah mendengar kisah pertemuan dia dengan bakal suaminya ini,ana rasa sungguh menarik proses taáruf mereka,Islamic way’. Aishah mengerutkan keningnya sambil tersenyum.

‘Macam mana tue?? Mujahidah tertanya-tanya ingin tahu. ‘Menurut kata Siti, dia dan bakal suaminya sebelum ini tidak pernah bersua,cumanya senior sejemaah Siti memperkenalkan anak saudaranya iaitu bakal suami Siti sekarang kat Siti. Selepas itu, taáruf pertama mereka yang ditemani oleh seniornya,dalam taáruf itu bakal suami Siti tak delah cakap banyak dan Siti juga tak cakap banyak,cumanya bakal suaminya bertanyakan tentang background family dan education Siti,then ada juga tanya Siti pernah menghafaz Quran dan berapa juzuk..’ Aishah berjenti sejenak.

Kemudian Mujahidah terus bertanya, ‘kenapa lelaki tue bertanyakan berapa banyak Siti hafaz Quran??,pelik sikit’.Aishah menjawab, ‘sebenarnya bakal suami Siti itu Hafiz Quran,30juzuk memang fasih.Sejak kecil lagi lelaki tue dididik oleh ibu bapanya menghafaz Quran, adik-beradik lelaki itu pun memang hafaz Quran 30juzuk.Lagipun sekarang nie lelaki tue kerja sebagai ustaz di sekolah tahfiz keluarga dia,mungkin kat situ,dia nak risik-risiklah peribadi calon pilihan mak saudaranya itu’.


‘Erm,baguslah begitu,selepas tue macam mana??’Mujahidah bertanya kembali. ‘Lelaki itu meminta Siti buat solat istikharah dan dalam masa yang sama dia juga akan buat solat Istikharah,paling kurang ada seminggu masanya untuk jawapan dari kedua belah pihak.Selepas daripada taáruf pertama mereka itu,mereka dah tak bertemu mahupun mesej dan contact ikut telefon,email dan sebagainya.Dan akhirnya,mereka berdua berdiam diri sehinggalah suatu hari tue ,lelaki itu menyampaikan hasratnya untuk meminang dan bernikah dengan Siti melalui orang pertengahan iaitu mak saudaranya,senior satu jemaah dengan Siti.Pada masa tue,Siti tak dapat lagi petunjuk daripada solat Istikharahnya,tetapi hati dan perasaan Siti tenang dengan risikan lelaki tu,dan hatinya terbuka untuk menerima lelaki itu sebagai teman hidupnya’.Aishah menerangkan dengan panjang lebarnya.

Berkatalah Mujahidah.‘Masya-Allah,segala-galanya kehendak-Nya,sungguh sopan dan beradab proses taáruf mereka,ana yakin kedua pihak menjaga proses taáruf itu dengan baik dan memohon sepenuhnya kepada Allah.Bukan senang orang zaman sekarang menerima proses taáruf macam nie.Ada yang bagi alasan,macam mana nak tahu kebaikan dan kelemahan pasangan kita kalau taáruf macam tue je,malah ada juga beralasan,tidak akan wujud rasa cinta kalau taáruf macam nie’.Aishah meneguk sedikit air di halaman rehat di rumah Mujahidah,kemudian Aishah berkata, ‘Ya,betul,memang ramai terutamanya remaja sekarang berpandangan sebegitu.Tapi bagi ana,tidak semestinya nak kenal perangai,sikap dan tabiat pasangan,kita kene sentiasa jumpa dengan dia,lagipun seseorang itu sama ada perempuan atau lelaki boleh sembunyikan perwatakan sebenar dia ketika mana berjumpa dengan pasangannya. Cara yang paling afdal kita cubalah dekati keluarga pasangan kita,maksud ana,bertanya mereka tentang sikap dan perwatakan pasangan kita.Selain itu,tanyalah kawan-kawan terutamanya kawan baik dia dan banyak lagi cara sebenarnya,cuma sesetengah orang itu memilih cara yang ikut nafsu bukan ikut syariat Islam’.

‘Memang mantap hujah ukht,bagus!Ana setuju.Ana pun rasa bahwa perasaan cinta ini tidak semestinya wujud apabila kedua pasangan itu sentiasa berjumpa,orang yang bercinta selepasa berkahwin lebih manis dan bahagia.Memang tidak dapat dinafikan juga,ada perasaan cinta akan wujud jika selalu berjumpa,tetapi perasaan itu wujud dengan hasil yang tidak betul,iaitu melalui pertemuan yang tidak halal sekalipun tidak berdua-duaan malah,zina mata pasti akan ada,maklumlah bila bertemu mestilah nak melihat pasangan kita kan..akibatnya,dari mata jatuh ke hati kemudian timbulnya perasaan cinta yang bernafsu,bila bertemu sekali,hendak bertemu lagi dan seterusnya begitulah dalam kemaksiatan.Kalau tak jadi kahwin,merana putus cinta dan kalau jadi kahwin,proses taáruf sebelum ke jinjang pelamin tidak mengikuti syariat Islam,penuh kemaksiatan,malah ia mungkin akan memberi kesan yang tidak baik sama ada kepada diri mereka sendiri,akhlak anak-anak mereka nanti dan banyak kesan yang tak baik kalau kita tak ikut jalan yang benar’.Mujahidah berhenti sejenak berkata-kata sambil menghembuskan nafas panjang.

‘Betul kata ukht,wanita yang baik untuk lelaki yang baik.Kalau kita nak dapatkan suami soleh,kita kena berusaha menjadi wanita solehah terutamanya dalam mentarbiah diri sendiri.Tapi,ana takutlah macam mana kalau berlaku kepada kita nanti,seorang lelaki datang merisik kita,ana risau tak dapat jaga seperti mana Siti’.Aishah bertanya pula.

‘Erm,sukar untuk diramalkan.Apa yang pasti,mohonlah doa banyak-banyak moga Allah menjauhkan kita daripada melakukan kemaksiatan,dan mintalah moga dikurniakan seorang suami yang soleh dan anak-anak mujahid dan mujahidah yang soleh solehah serta kita menjadi isteri solehah.Ana juga harap kita akan mendapat cinta selepas berkahwin kerana cinta lepas kahwin itu manis,malah ia bersatu di atas cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Percayalah ukhti,segala-galanya akan terjaga,seandainya kita menjaga hubungan kita dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia’.Mujahidah mengakhiri kata-katanya itu dengan suatu doa dan harapan yang cukup besar.

Wallahua’lam
nurmujahidah.uiam
1.42am(15 December 2008/17 Zulhijjah 1429h)

Aqidah Dalam Penghidupan Manusia

Aqidah dalam kehidupan manusia...penulis ingin kongsikan sebuah buku ‘Pemurniaan Aqidah Islamiah(Analisis terhadap ajaran salah)’karangan Nawi@Mohd Nawi Haji Ismail yang merupakan seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri.

Apa yang penulis ingin kongsikan di sini ialah mengenai Aqidah dalam kehidupan insan, seperti mana yang sedia maklum setiap agama ada pegangan aqidah dan kepercayaan tersendiri. Begitu juga Islam, agama yang syumul dan indah ini berasaskan 3 komponen penting iaitu aqidah,akhlak dan syariah. Tanpa mengetahui, mendalami dan mengamalkan ketiga-tiga komponen ini,seseorang Muslim yang mendakwa dirinya Muslim itu bukanlah dia Muslim Sejati.

Maka,penulis yakin bahawa pengetahuan dan pemahaman yang sempurna tentang aqidah Islam kepada seseorang Muslim itu dapat menjaga malah melindungi dirinya daripada kecelaruan dan kesangsian dalam memahami aqidah Islamiah yang sebenar, sekalipun datangnya pelbagai pemikiran dan aliran yang songsang.Ini lebih meyakinkan kita lagi melalui hadis yang diriwayatkan oleh Malik Radiallahu ánhu bermaksud; “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda; ‘aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya,selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya’ ” (Hadis Riwayat Malik)

Makna dan definisi aqidah boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; takrifan Barat (Western perspective) dan Islamic perspective. Gusteve Lebon yang merupakan salah seorang sarjana Barat yang banyak membuat kajian tentang kepercayaan agama-agama yang wujud di dunia termasuk Islam menyatakan bahawa; aqidah adalah keimanan yang lahir dari suatu sumber yang tidak dapat dirasai, yang memaksa manusia mempercayai sesuatu ketentuan tanpa dalil. Menurut beliau lagi, aqidah itu kadang-kadang sesuai dengan realiti dan ada kalanya tidak sesuai.Manakala Bascal seorang Orientalis Barat pula mendasarkan aqidah kepada perasaan,bukan kepada akal yang mana keistimewaan aqidah mempunyai dua perkara; iaitu;

1) Aqidah mempunyai daya untuk menggerakan amal dan usaha.
Ini menjelaskan bahawa hubungan sebab antara áqidah dan amal’sangat
rapat serapatnya hubungan sebab dan akibat sehingga gerak laku
setiap amalan dan perbuatan itu adalah terjemahan yang tepat kepada aqidahnya.
2) Aqidah mempunyai kekuatan dan kuasa tarikan yang bersifat ghaib.

Seterusnya beralih pula makna aqidah dari segi persektif Islam.
Perkataan aqidah berasal daripada ‘aqada’yang bermakna ‘menyimpulkan’ atau dari perkataan ýa’qidu’yang bermakna ‘mempercayai’. Perkataan ini dikembangkan hingga menjadi áqdan’yang bermakna ‘dipercayai’. Manakala perkataan ‘aqidah’ ialah mufrad dan jamaknya(plural) ialah áqaid’ yang membawa maksud simpulan iman. Menurut Abd Rahman Hanbakah,beliau menyatakan ; ‘apabila tanggapan terhadap sesuatu telah sampai kepada tahap yang boleh menggerakkan kecenderungan dan mengarahkan kelakuan kepada mentauhidkan Allah, itulah dinamakan aqidah’. Selain daripada itu,aqidah juga bermaksud; ‘himpunan perkara-perkara yang benar yang tertanam di dalam jiwa setiap peribadi Muslim melalui akal dan pendengaran secara semula jadi, dan mempercayainya dengan hati;tidak terdapat percanggahan mengenainya serta mempercayai tentang kewujudan pencipta dan hendaklah beriman kepadaNya. Dalam kata lain,aqidah di dalam Islam sentiasa ditujukan kepada asas iman dan tauhid dalam konsepnya yang sebenar,kerana aqidah tauhid ialah satu ikatan perjanjian dan kepercayaan secara total kepada hakikat keesaan dan kekuasaan Allah S.W.T.

Sebagai kesimpulannya daripada penulis,kita dapat lihat pelbagai takrif aqidah sama ada dari sudut Islam mahupun Barat.Jika kita lihat kepada makna aqidah menurut Barat yang dapat kita simpulkan, aqidah adalah wujud dalam diri manusia secara paksa tanpa berdasarkan dalil dan aqidah sentiasa berubah kerana kekadang ia sesuai dengan realiti dan ada kalanya tidak sesuai dengan realiti. Oleh sebab itu,jika kita perhatikan agama Kristian yang berpegang dan mempercayai sesuatu tanpa dalil malahan tidak dapat diterima logik áql,contohnya; penganut Kristian menyatakan Jesus itu Tuhan daripada divine nature(god) dan human nature(Mary),ini tidak dapat diterima áql kerana secara logiknya; anak manusia yang wujud adalah daripada gabungan ibu ayah mereka yang juga manusia.

Selain itu, mereka juga boleh mengubah-ubah aqidah mereka seandainya aqidah itu tidak sesuai dengan masyarakat umum mahupun suasana semasa.Jelas di sini,agama Kristian merupakan agama yang diubah-ubah dan direka-reka oleh penganutnya sekalipun dahulunya agama samawi melalui ajaran Nabi Isa a.s dan kitabnya Injil.Namun, agama Kristian kini bukanlah agama yang tulen dan sepenuhnya daripada wahyu Allah s.w.t.
Berbeza dengan aqidah agama Islam yang syumul dan indah,ia adalah iman yang memerlukan membenarkan (tasdiq) yang pasti yang menepati kenyataan yang lahir daripada dalil dan bukti sama ada dalil naqli dan áqli. Sekalipun umat Islam tidak dapat melihat Allah s.w.t di dunia ini, namun kewujudan dunia dan segala ciptaan ini membuktikan adanya pencipta.Pencipta ini sudah tentu Maha Kuasa mencipta segala yang hebat yang kita dapat lihat dan fikir secara logik adanya pencipta. Semestinya Pencipta ini juga Maha Esa,buktinya melalui dalil naqli dan áqli yang menjadi rujukan kita sebagai umat Islam.Contohnya; daripada surah al-Ikhlas; Allah memberitahu dan mengkhabarkan semuanya kepada umat Islam tentang diriNya.Malah secara logiknya juga,seandainya ada lebih daripada satu Tuhan seperti agama Hindu dan banyak lagi, sudah pasti segala-galanya akan huru-hara.Maklumlah,Tuhan pertama hendakkan itu,Tuhan kedua hendakkan ini,maka bergaduhlah mereka. Sesungguhnya,dapat kita lihat dan simpulkan bagaimana kekuatan aqidah tauhid yang benar dapat menguatkan dan meyakinkan golongan-golongan terdahulu untuk berjuang dan syahid di jalan-Nya,kita juga dapat lihat bagaimana kekuatan aqidah ini meruntuhkan berhala-berhala pada zaman jahiliah,meluaskan empayar Islam dan betapa ramai orang yang memeluk Islam.Bagaimana dengan hari ini?? Aqidah kita agama Islam tetap sama dan tidak pernah berubah tetapi kenapa ramai yang lari dari Islam?Murtad?Kelesuan dalam perjuangan dan jihad?Sama-sama kita fikirkan..

p/s : kepada sesiapa yang ada idea mengenai program atau aktiviti pemantapan aqidah remaja Islam,mohon disampaikan melalui komen.

Wallahua’lam
nurmujahidah.uiam
12.15am(13 December 2008/15 Zulhijjah 1429h)

Monday, November 17, 2008

SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran,tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH

Saturday, November 1, 2008

THE LOVE OF GOD

International Islamic University Malaysia (IIUM) Friday Khutbah

(24th October 2008)

Delivered by:

Dr. Mohd Farid Mohd Shahran

Dept. Of Usuluddin and Comparative Religion, IIUM



Professors, Brothers and sisters in Islam,

We are now approaching the end of the month of Syawwal. This is indeed the best time for us to retrospect on the success and victory that we have achieved during the month of Shawwal and the preceding month of Ramadhan. Perhaps one of the ways to assess our victory during these two months is to contemplate and look deeply into our spiritual state, is there any sign of enhancement taking place as far as our spiritual development is concerned? How close are we to our Creator after undergoing the spiritual training in the blessed month of Ramadhan? How strong is our longing for God?

The love of God (mahabbatullah) is indeed the highest achievement, a Muslim should strive for, throughout his religious life. It is the ultimate result of one’s true submission and worship of God as well as the result of his true and deep knowledge about God. Ibn ‘Abbas while commenting the verse in Al-Dhariyat:56, (Wa ma khalaqtu al-jinni wa al-Ins illa li ya’budun) “I have only created Jinns and men, that they may serve Me” mentioned that the meaning of li ya’budun (to serve God) is to know Him (li ya’rifun). And to know God in the true sense is ultimately to arrive at the state of loving Him. Hence mahabbatullah, the love of God, is the highest station of a servant in his path towards a true submission to God.

Unfortunately brothers and sisters, we are now living in the world where men are gradually moving away from this ultimate aim of life. If we look around, it appears that the love of other than God predominates every inch of human life. Everyday, for example, we listen from radios and tvs various kind of songs which rather praising and glorifying lovers among human beings. By going through any lyric of these songs, one can simply discern that revered terms and words that are commonly and ought to be used to praise the Divine are on the other hand used to glorify lovers among human beings. God is gradually fading away from the soul of man has been slowly chased away from their mind. Humanism has become a new religion and man is enthroned as its new God.

Brothers and Sisters in Islam,

As we have said earlier, Islam teaches us that the love of God is the greatest achievement of man in his life. It is in fact a condition of iman as affirmed by the Qur’an:

“the believers are those who are overflowing in their love for Allah.” (Al-Baqarah:165)

And the Prophet said:

“One is not truly a believer until he loves God and His Prophet more than any other of the two” (Narrated by Bukhari and Muslim, from Anas)

In fact, ‘the love of God’ has been one of the important themes of the Prophet’s prayer:

O God, give me love of You, and love of those who loves You, and love of what makes me approach your love, and make your love dearer to me than cool water

Hence, the love of God must be the final aim of all man’s endeavors in this world. Human perfection and happiness in fact resides in this state of spiritual feeling. The love of God should conquer and predominate man’s heart over the love of all other things. This is the very reason why the sufis place mahabbah, the love of God, as the highest station in their way towards God. Within this station of mahabbah alone, there are many sub-stations such as uns, intimacy, qurb, proximity, shawq, longing and others.

Dhu’l Nun al-Misri, one of the early sufi of late 9th century, expressed his deep yearning in this station through the following phrases:

I die, and yet not dies in me,

The ardour of my love for thee (you),

Nor has your love, my only goal

Soften the fever of my soul


To you alone my spirit cries

In you my whole ambition lies

And still your wealth is far above

Compared to the poverty of my small love


However long my sickness be

This tiresome infirmity

Never to men will I declare

The burden you has made me bear,


A fever burns below my heart

And ravages my every part

It hath destroyed my strength and stay

And smouldered all my soul away


Hafiz, the Persian Sufi poets talks about the station of the love of God”:

The adventure between me and my beloved has no end

That which has no beginning cannot have end


That is how the lovers of God show the excitement of mahabbatullah.

We can continuously narrate numerous lines of the deep and immerse articulations of the lovers of God. Nevertheless this is not the occasion to do so. We are also well aware of the fact that to attain the state of mahabbatullah, the love of God, is far difficult than to speak about it. Therefore, perhaps it is sufficient for us to contemplate on a few signs of love of God as discussed by al-Ghazali in his work, Kimya’ al-Sa’adah: The Alchemy of happiness:

The first sign of mahabbah, according to al-Ghazali, is that a man should not dislike the thought of death, because death is the gate to meet God and no lover, says al-Ghazali, who refuses to see his beloved. Prophet Ibrahim, Khalilullah, the Companion of Allah, when was called to his death by Izrail, Angel of death, refused to follow him since he would not believe that God will take the live of someone he loved very much. But the Izrail answered back, “Have you seen a lover who refuses to go to his beloved?” and upon hearing that, Prophet Ibrahim immediately replied, “O angel of death, Take my life now”.

And to think about death is certainly not to abandon and renounce what we are doing in the world. Neither it means to live in this world in a paranoid condition, petrified by the worry of death. Instead, it is to live in the world with vigilant and cautious mind that this world is not an end in itself but a transitory place from which a longer journey is awaiting. It means to live with a conscious mind regarding our origin, our responsibility and our real destiny.

Furthermore, as the sufis saying goes, death not only refers to the physical termination of life but also applies to its spiritual meaning. It also means dying to one’s own desire as mentioned in the famous tradition, ………………………………… “Die before you die”. It means to bend the lower qualities of man towards higher purposes and to ensure the spiritual resurrection in this life.

Besides, what is the better thought than thinking of something that is most certainly will happen to us, while everyday, there are many wordly things that are uncertain that really occupy our mind. Hence, not to think about death is in fact trying to run from the most indubitable matter in life.

God says in Surah al-Jumu’ah ( 61:8)

Say, “ The death from which you flee will truly overtake you; then will you be sent back to the Knower of things Secret and Open; and He will tell the truth of things that you did”.

The second sign of the love of God is that one should be willing to sacrifice his will to God’s, by holding fast to whatever thing that will bring him nearer to God, and by keeping himself away from anything that will place him at a distance from God. This means that, in every second, he should try his very best to avoid committing sin for this will bring him farther from God, and he should strive to obey God’s command since this will bring him nearer to God.

That is the reason why in the Qur’an, the notion of mahabatullah is closely linked with the obedience of God through our compliance to risalah brought by Prophet Muhammad.

In Surah al-Baqarah 2: verse 31, Allah says,

Say, “If you do love Allah, Follow me: Allah will love you and forgive you your sins; For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful”

And as the consequence this obedience, another sign of the love of God, according to al-Ghazali, will occur on someone, is that ibadah becomes easy for him. When love of God is complete, no joy is equal to the joy of worship. The worship of Allah will be something that he is always longing for in every second of his life. It is just like when love a woman has filled the heart of a man, any action that will lead him closer to the woman will be easy for him. Accordingly, the lovers God will always take all opportunities that they have in this world to busy themselves in worshipping God.

Let us strive to be one of those who love God and also loved by God

Barakallah…

p/s: semoga perkongsian teks khutbah ini memberikan manfaat kepada kita semua