'Wahai Orang-Orang yang Beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan Carilah Wasilah (Jalan) untuk Mendekatkan Diri kepadaNya, dan Berjihadlah (Berjuanglah) di-JalanNya, agar kamu beruntung'(5:35)
Thursday, February 17, 2011
Pendidikan Terhadap Bayi di Awal Kelahiran.
“Anak-anak kita akan tumbuh menurut apa yang dibiasakan oleh orang tuanya, Anak tidaklah menjadi tercela oleh akalnya Namun orang-orang dekatnya yang membuatnya hina”.
Kehadiran permata hati yang bergelar anak amat mengembirakan ibu bapanya, apatah lagi anak yang lahir ini merupakan anak pertama buat sepasang suami isteri yang baru berkahwin mahupun telah lama menantikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam keluarga. Kegembiraan yang dikecapi ini haruslah didahului dengan kesyukuran yang sepenuhnya ke hadrat-Nya dan sebaik-baiknya haruslah dididik serta diasuh anugerah-Nya itu seperti mana yang dianjurkan agama Islam. Antara perkara penting yang diajarkan Islam pada awal kelahiran anak ialah; mengeluarkan zakat fitrah, hak mendapat warisan seperti mana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Jika seorang anak telah lahir, ia mendapatkan hak waris” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud).
Kelahiran anak tersebut bukan sahaja disambut kebahagiaan dari anggota keluarganya, bahkan agama Islam juga mengajarkan agar masyarakat setempat mengucapkan salam ucapan kebahagiaan kepada kedua orang tuanya sebagaimana ucapan selamatnya para malaikat Allah yang disampaikan kepada para utusannya yang mulia dan juga kepada Nabi s.a.w seperti firman Allah di dalam surah Ali-Imran:39 yang bermaksud, “Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab(katanya), sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang putramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang salih”. Imam Hasan Bashri juga pernah memberikan ucapan selamat seperti berikut, “Semoga Allah menberkahimu di dalam pemberian-Nya dan engkau bersyukur kepada Sang Pemberi, sehingga engkau pun diberi rezeki berupa kebaktiannya hingga ia mencapai usia dewasa”
Selain daripada itu, agama Islam juga menganjurkan agar mengumandangkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi yang baru dilahirkan. Syah Waliyullah dalam Hujjatullah al-Balighah menyatakan antara hikmah mengumandangkan azan dan iqamah di telinga bayi yang baru dilahirkan ialah:
1) Azan merupakan bahagian daripada syiar-syiar Islam
2) Pemberitahuan tentang agama Muhammad s.a.w
3) Mengkhususkan pengumandangan azan pada bayi yang dilahirkan pada bahagian telinganya
4) Di antara manfaat azan adalah membuatkan syaitan lari. Ini kerana syaitan boleh menyakiti bayi sejak awal kelahirannya, sehinggakan ada hadith yang menyebut bahawa bayi boleh meninggal akibat perbuatan syaitan.
Mentahnik anak yang baru dilahirkan juga antara perkara yang dianjurkan Islam, malah Nabi s.a.w. pernah menunjukkan cara mentahnik anak yang baru dilahirkan sebagaimana Anas r.a. menceritakan, “Ketika Ummu Sulaim melahirkan seorang anak laki-laki, ia membawa bayinya bersamaku ke hadapan Rasulullah s.a.w. dengan membawa kurma. Rasulullah s.a.w. yang ketika itu mengenakan mantel dan sedang memberi makan unta milik baginda, kemudian bertanya, ‘apakah kamu membawa kurma?’ Saya menjawab, ‘ya’. Lalu baginda mengambil kurma itu dan memasukkan ke dalam mulut serta mengunyahnya. Kemudian mencampurkannya dengan air liur baginda, lalu menggelembungkan mulut, dan sesudah itu memberikannya kepada sang bayi. Bayi pun kemudian mengencap-ngecapnya. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, ‘kecintaan kaum Ansar adalah kurma’. Baginda kemudian mentahniknya dan memberinya nama Abdullah. Di kalangan kaum Ansar tidak ada pemuda yang lebih utama dari dia”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya-3/88)
Seterusnya hari ketujuh kelahiran bayi, agama Islam menganjurkan agar memberi nama kepada bayi tersebut, mencukur rambut bayi, mengadakan aqiqah dan khitan. Dalam memberikan nama kepada bayi, terdapat tiga cara yang baik dalam memilih nama bayi, antaranya;
1) Nama itu diambil dari nama-nama ahli agama, para nabi dan rasul serta hamba-hamba Allah Taala yang salih. Hal ini diniatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala yang mempunyai nama yang luhur dengan cara mencintai mereka dan menghidupkan nama-nama mereka
2) Singkat, ringan diucapkan, mudah dilafazkan dan cepat diingat
3) Mempunyai makna yang baik, sesuai dengan keadaan yang diberi nama serta sesuai pula dengan kelas, agama dan martabatnya
Dalam hal mencukur rambut bayi, Imam Malik meriwayatkan bahawa Fatimah r.a menimbang rambut Hasan dan Husain, begitu juga rambut Ummu Kalthum, lalu menyedekahkan perak seberat rambut tersebut. Ibnu Ishaq juga ada menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Fatimah ketika melahirkan Hasan, “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya lalu bersedekahlah dengan mengeluarkan perak seberat timbangan rambutnya”. Lalu Fatimah pun menimbangnya, dan ternyata beratnya adalah satu dirham atau kurang sedikit.
Aqiqah juga antara hak yang perlu ditunaikan pada hari ketujuh, atau keempat belas, atau kedua puluh satu. Seperti yang diriwayatkan Thabrani dan Dhiya’ secara marfu’ dari Burairah r.a., “Aqiqah itu disembelihkan pada hari ketujuh, atau keempat belas, atau kedua puluh satu”. Manakala para pengarang kitab Sunan (Ashabus Sunan) meriwayatkan dari Samurah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Setiap anak (yang lahir) tergadai oleh aqiqahnya yang disembelihkan untuknya pada hari ketujuh, lalu diberi nama dan dicukur rambutnya”. Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing, manakala untuk anak perempuan satu ekor kambing.
Antara hikmah aqiqah yang dianjurkan oleh agama Islam ini ialah;
a) Ingin memaklumkan secara tidak langsung tentang nasab dan keturunan bayi tersebut.
b) Mengikuti anjuran untuk menjadi dermawan dan mengendalikan diri agar tidak bakhil.
c) Merupakan bentuk pendekatan diri kepada Allah Taala dari bayi yang dilahirkan ke alam dunia.
d) Sebagai penebus gadaian bayi yang dilahirkan itu, kerana ia tergadai oleh aqiqahnya. Dalam kata lain, aqiqah adalah sebagai tebusan dalam melepaskan diri daripada tahanan syaitan dan dari penjaranya sekaligus sebagai penghalang dari hasutan syaitan untuk terus merosakkan masa depan(akhirat) bayi iaitu tempat kekal kembalinya bayi.
Antara perkara yang terakhir dianjurkan agama Islam dalam pendidikan anak yang baru dilahirkan ialah menyusukan bayi sehingga umur dua tahun, seperti mana yang difirmankan Allah Taala dalam surah al-Baqarah:233 yang bermaksud, “Para ibu hendaknya menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh. Iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”. Perhatian agama Islam terhadap aspek penyusuan anak sejak awal kelahiran sehingga dua tahun genap menunjukkan bahawa pada peringkat ini, bayi yang masih kecil itu bukan sahaja terjaga dari segi kesihatan malahan kejiwaannya. Tambahan lagi, susu ibu juga anugerah dan nikmat Allah Taala kepada bayi kecil menunjukkan betapa Allah Maha Penyayang kepada para hamba-Nya, terutamanya pada anak-anak yang masih kecil dan lemah, yang juga memerlukan kasih-sayang dan perlindungan dari ibunya.
Ibn Sina juga menegaskan tentang peri pentingnya susuan ibu kepada anaknya. Beliau mengatakan, “Adalah satu keharusan untuk menyusui bayi dengan air susu ibunya, kerana penyusuan tersebut sangat bermanfaat untuk menolak penyakit yang menyerangnya”. Amru bin Abdillah pernah berkata kepada isteri yang sedang menyusui anaknya, “Janganlah kau susui anakmu seperti binatang yang menyusui anaknya, yang hanya didorong oleh kasih sayang kepada anak, akan tetapi susuilah anak dengan niat mengharapkan pahala dari Allah dan agar ia hidup melalui susuanmu itu. Mudah-mudahan ia kelak akan mentawhidkan dan menyembah Allah Taala. Jelas di sini, air susu ibu yang menyusukan anak bukan sahaja menghasilkan kesihatan kepada ibu dan bayi susuannya malahan dari sudut kejiwaan bayi yang disusuinya juga tersemai benih yang baik pada diri bayi tersebut seandainya penyusuan itu disertai dengan niat yang baik dan mencari reda Allah, seperti yang diucapkan oleh Amru bin Abdillah kepada isterinya.
Sebagai kesimpulannya, berdasarkan beberapa anjuran dan penekanan Islam kepada umatnya dalam pendidikan anak bermula dari awal kelahirannya menunjukkan peri pentingnya pendidikan yang teratur dan berdisiplin yang telah Islam tekankan sebagai salah satu cara hidup sebagai seorang yang menganut agama Islam sama ada mereka sebagai ibu bapa, anak-anak, masyarakat dan sebagainya. Kesemua aspek ini sebagai cara yang menjamin anak yang dilahirkan membesar dan dijaga dengan baik sejak awal kelahiran sehingga dewasa agar anak yang dianugerahkan-Nya menjadi kemuliaan dalam sesebuah keluarga, bukan menjadi fitnah merosakkan keluarga.
Friday, March 12, 2010
Competent Professionals with Adab
Dr. Mohd Sani Badron
Fellow Kanan
16/02/2010 | The Star
Crass materialism and anti-intellectualism which manifest in any society betray the following fact: that the emphasis of its imbalance educational system is simply on the physical, material and quantitative aspects of man.
In Islam, the objective of education emphasizes rather on the mind and soul, which define and refer to the reality of human being. Man is educated with an eye to raising the level of his adab, culture and civilization.
The purpose of education should not merely to improving student's economic and social position in terms of career and vocation, nor merely giving the individual a leg up the economic and social ladder.
Teachers' purpose should not be for students to adjust to the environment, but rather for them to improve themselves and their surrounding environment, leading to amelioration of culture and civilization.
In this light, the teaching and learning of skills alone does not necessarily constitute education in its true sense, even if such training is usually easier and more easily measurable.
For that matter, even the teaching and learning of the human, natural or applied sciences alone does not necessarily constitute education if it is merely cramming students' memory with details.
There is a big difference between learning (ta‘allum) and education (ta'dib).
In ta'dib, the knowledge and sciences (‘ilm)-that which is to be instilled into education's recipient-must be purposive or beneficial knowledge. This ensures that knowledge is being put to good use in society.
As such, in Islamic education, concomitant action is emphasized as much as true knowledge, so that human conduct is guided to conform to revealed truth.
According to Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, in Islam, "there is no worthwhile knowledge without action accompanying it; and no worthwhile action without knowledge guiding it."
It is adab that which should direct the use of any professional knowledge; it is adab that which bring the light of Islam, as religion and civilization, to illuminate the technicalities of any specialization pursuit.
In such an educational framework, narrowly trained professionals envisaged to be produced by mere learning, are replaced with competent professionals with adab.
To a certain extent, there is a parallel here with a stream of Western tradition espoused by John Stuart Mill (d. 1873), who called for philosophic professionals, who "would demand principles and be capable of apprehending them."
According to Mill, "Men are men before they are lawyers, or physicians, or merchants, or manufacturers; and if you made them capable and sensible men, they will make themselves capable and sensible lawyers or physicians" or any other professional.
In order that education helps people to learn to be as intelligent as they can be; this involves thinking and exercising critical judgment, which rescues them from stupidity, ignorance and torpor.
According to Charlie Dunbar Broad (d. 1971), a philosopher of science specialized in philosophical aspects of psychology, progress in knowledge of social system is contingent upon deliberative alteration of the emotional constitution of mankind by removing superstitious beliefs and the like.
Indeed, such instruction which renders intellectual discipline, would lead to considerable advantages. Among others: ritually, there will be less superstition; socially, less disorder; organizationally, less disrespect for superiors; politically, less faction and wanton opposition to legitimate government; and, bureaucratically, less rash and capricious judgment of public affairs.
However, while Mill's philosophy of education does not go beyond intellectual development, Islamic education in term of ta'dib covers both, intellectual as well as moral development.
Ta'dib renders mental discipline, and at the same time, impresses ethical habits, as education so conceived should also help people to learn to be as ethical as they can be.
Some Western thinkers, likes Yves René Marie Simon (d. 1961), have made similar assertion, that the education of ethics may increase human moral conception, and advance his moral conscience on good and evil.
Examples of the global advancement of human conscience are on the issues of the treatment of prisoners of war, the problem of destitution, the issue whether aggressive war can be justified, child labour, and so on.
Be that as it may, the progress of moral consciousness requires, among others, the teaching and learning of a reasoned account of the nature and the grounds of rights actions. This demands the principles of the morally commendable or reprehensible; and the well nurtured capability of apprehending those principles.
Such definition of ethics requires well-defined ethical concepts as well as the justification or appraisal of moral judgment-and the discrimination between right and wrong actions or decisions-which must be adequately, articulately and coherently set forth.
In reference to that, the competent judgment of contemporary scholars such as Abdul Khaliq, Mohamed Ahmed Sherif, and Muhammad Abul Quasem, just like that of those Orientalists such as Majid Fakhry and Richard Walzer, is that al-Imam al-Ghazzali's ethical thought stands out to be the best.
Al-Ghazzali's ethical view is the best in terms of being an articulate, a far-reaching as well as fundamental synthesis of the currents in Islamic thought. This includes the contributions by Qur'anic exegetes, traditionists, theologians, philosophers, and Sufis.
As it is, the ethical thought of al-Ghazzali is mostly contained in his works Mizan al-‘Amal and Ihya' ‘Ulum al-Din. A comparative study would find that the former is more methodical while the latter more comprehensive, in their respective presentations of a positive moral theory of a high order.
Thursday, July 9, 2009
Al-Quran,Penyuluh Kepada Kehidupan.

Melihatkan kepada keadaan dan kehidupan pada zaman yang serba moden ini, semakin hari semakin banyak ditubuhkan sekolah atau pusat pengajian yang menekankan sistem menghafaz al-Quran. Itu suatu petanda yang baik dan kesungguhan ibu bapa menghantar anak-anak ke tempat tersebut dengan harapan anak-anak bukan sahaja menjadi anak yang soleh dan solehah, bahkan menjadi hafiz dan hafizoh.
Menghafaz dan menghayati al-Quran sepenuhnya sangat sukar bagi seseorang muslim, hanya golongan yang menjadi pilihan Allah s.w.t. sahaja mampu menghafaz dan menghayati Kalam-Nya yang begitu suci,sempurna dan terjaga sehingga ke tahap pengamalan dalam kehidupan harian. Namun ia tidak mustahil bagi kita untuk berusaha dan berdoa kepadaNya agar diri kita ataupun mungkin pasangan kita,atau anak-anak kita termasuk di dalam golongan ‘Jil al-Quran’ sebagaimana contoh yang dipamerkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam mendidik dan mentarbiyyahkan para sahabatnya r.a mengenali dan menghayati al-Quran sehingga mereka dikenali dengan ‘Generasi al-Quran’, bahkan diri baginda s.a.w juga dikatakan berakhlak al-Quran.
Apakah tips dan kaedah yang boleh memungkinkan kita dalam mendekatkan diri kepada al-Quran yang mana kita bukan sahaja membacanya setiap hari tetapi juga menjadikan ma’na yang terkandung di dalamnya itu sebagai suatu pengamalan kepada kehidupan. Sedikit perkara yang ingin saya kongsikan buat sahabat-sahabat sebagai ingatan dan dorongan untuk diri sendiri serta sahabat-sahabat. Terdapat tiga perkara utama dalam menjaga dan mempersiapkan diri apabila berhadapan dengan al-Quran atau ingin memulakan bacaannya, iaitu:
1) Aqal yang sedar atau dalam bahasa Arabnya ‘Aql al-Wa’i’. Aqal yang sedar ini bermaksud,seseorang yang ingin jadikan al-Quran sebagai sumber tarbiyyah perlulah sedar bahawa al-Quran itu merupakan firman Allah s.w.t yang mana kita seharusnya menjaga adab dan tatatertib apabila membacanya.Contohnya, mendahulukan wudu’ sebelum membaca al-Quran serta membaca dalam keadaan sempurna, suci daripada najis, duduk dengan tenang dan sopan. Abu A’la Mawdudi ada menyatakan bahawa dalam mendekatkan diri dengan al-Quran perlulah membacanya dengan tadabbur. Bagaimana pula membaca al-Quran dengan tadabbur?? Antara caranya mentadabbur al-Quran ialah; sedar dengan sepenuh hati al-Quran ini adalah firman Allah s.w.t. , apabila aqal menyedari akan hakikat itu, aqal yang berada dalam keadaan sedar merendahkan hatinya dan bersikap tawadu’ membaca sehingga boleh terasa dan tersentuh dengan ma’na yang terkandung di dalam al-Quran, dalam masa yang sama juga menjadikan atau menterjemahkan apa yang terkandung pada ayat al-Quran tersebut kepada kehidupan seharian kita. Contohnya; ayat yang menyebutkan batasan muamalat antara muslimah dan muslimin, ayat yang menyatakan pasal aurat muslimat dan sebagainya. Sejauh mana hidup kita ini mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya.
2) Perkara yang kedua iaitu hati yang bersih atau dalam bahasa Arabnya dikenali ‘Qalbu al-Zaki’. Hati yang bersih dan tenang mampu menjadikan al-Quran sebagai pendidik dan petunjuk kepada kehidupannya. Imam al-Ghazali sering menekankan kepada pembersihan hati kerana hidayah dan pimpinan daripada Allah s.w.t sentiasa dekat kepada hati yang bersih. Malah, orang yang hatinya bersih dapat menjauhkan dirinya daripada maksiat seperti maksiat mata (zina mata), maksiat lidah (zina mengumpat, menghasut dan sebagainya), maksiat hati (timbulnya perasaan riak, ujub, angkuh dengan perbuatan baiknya) dan sebagainya. Untuk mencapai hati yang bersih juga memerlukan proses-proses yang tertentu seperti berdoa agar Allah s.w.t. melindungi kita daripada akhlaq mazmumah,muhasabah diri, sentiasa menghadiri majlis ilmu,bersahabat dengan sahabat yang berakhlaq mulia dan sebagainya.
3) Seterusnya pula, ‘Fitrah Salimah’ iaitu kemampuan naluri seseorang berhubung dengan Allah s.w.t atau dalam erti kata yang lain, apabila seseorang itu pada aqalnya sedar dan hatinya bersih, maka timbulnya perasaan seolah-olah dapat berhubung denganNya sehingga segala sesuatu perbuatan dan sikapnya, kita hubungkan dengan Allah s.w.t. Sebagai contohnya; jika suatu musibah besar berlaku ke atas kita, di mana kita telah berdoa dan berusaha sedaya upaya, namun perkara yang tidak kita sukai itu tetap berlaku.Sebagai seorang yang mempunyai ‘Fitrah Salimah’ yang sedar akan segalanya adalah daripada Allah s.w.t. dan Dia berhak untuk menentukan segala sesuatu kepada hambaNya, seterusnya ini mengingatkan dan menghubungkan kita dengan sifat 20 iaitu ‘Qiyamuhu Bi Nafsihi’ iaitu berdiri dengan sendiri, dan juga ‘Kudrat’ Nya ke atas segala sesuatu tanpa dipaksa dan terpaksa. Inilah yang dikatakan ‘Fitrah Salimah’ sehinggakan ia membawa kita kepada menjadi hambaNya yang shukur iaitu bershukur dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t dan juga shakur iaitu tetap bershukur sekalipun tidak mendapat suatu yang diingini dan diimpikan.
Jelas di sini menunjukkan tiga perkara penting yang mungkin boleh kita
renungkan dan hayati bersama dalam mendidik dan mendekatkan diri kepada al-Quran yang bukan sekadar kita membaca,menghafaz malah menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian.Membaca,Menghayati dan Mendarah dagingkan al-Quran dalam hidup adalah lebih baik daripada Menghafaz tanpa dihayati ma’nanya serta tidak terkesan kepada hati pembacanya.
Wallahu’alam
nurmujahidah.uiam
(16 Rejab 1430h/9 Julai 09)
Sunday, June 21, 2009
Empat Golongan Pencari Kebenaran
dan menjaga aqidah ahli sunnah supaya tidak terpengaruh
dengan perkara-perkara bid’ah.
2) Al-Falasifah atau ahli falsafah yang banyak menggunakan
logik akal dan pembuktian
3) Al-Batiniyyah atau al-Ta’limiyyah iaitu ahli-ahlinya mendakwa
menerima ilmu daripada Imam Ma’sum.Sebahagian aliran ini dikenali
juga sebagai Ismailiyyah yang kuat mempengaruhi golongan Syiah.
4) Al-Sufiyyah atau ahli tasawuf iaitu mereka yang berusaha membersih
dan manjaga hati dan amal supaya sentiasa bersih berdamping
dengan Allah.Mereka juga sentiasa bermusyahadah dan bermukasyafah
*Antara keempat-empat aliran pencari kebenaran,al-Ghazali lebih tertarik
kepada tasawuf kerana ia kaedah yang benar dalam mendekatkan diri
kepada Allah.Pemikiran dan ideanya berkenaan perkara ini terkandung
di dalam kitab ‘Ihya’ Ulumiddin’ yang meliputi segala persoalan ilmu
dan amal bagi melaksanakan syariat Islam keseluruhannya.
Antara tujuan orang tasawuf beramal ialah :
1)Membebaskan jiwa daripada belenggu hawa nafsu
2)Membersihkan diri daripada akhlak keji
3)Menjauhkan diri daripada sifat-sifat tercela
4)Menjauhkan diri daripada mengingati perkara-perkara
yang tidak membawa faedah selain daripada mengingati Allah
Petikan daripada buku :
Teori Kaunseling al-Ghazali ;
Yatimah Sarmani dan Mohd Tajudin Ninggal
Monday, January 26, 2009
Untuk Kaum Hawa
Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini.Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Kemanisan anita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu,Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek , Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman , Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi, Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai , Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu , Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya , Bersyukurlah diatas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Friday, November 28, 2008
Suasana Yang Mendidik Hati
“Mereka belajar hukum-hukum agama tetapi tidak praktikkan…contohnya; lihatlah yang berlaku kat depan kita nie,seorang pelajar dalam jurusan Fiqh tidak menutup aurat dengan sepatutnya” “bukankah kita dah belajar kan dalam subjek Fiqh tentang hukum menutup aurat,ana dah beberapa kali menasihati dia,tapi wallahua’lam,dia masih berterusan tidak menutup aurat” “Ukhti rasa kenapa perkara ini berlaku??yelah,memang sepatutnya orang yang belajar agama nie lebih baik dari segi amalannya daripada yang tidak belajar agama”sambung Aishah,sahabat karib Mujahidah yang sering berkongsi ilmu dan masalah harian dengan Mujahidah.
“Bagi ana sukar untuk diketahui apa yang berada di dalam fikiran orang tue,mungkin bagi dia,belajar agama nie hanya sekadar maklumat yang baru bagi dirinya dan ia bukan lah ilmu yang membawa kepada pengamalan atau praktikal.Ia mungkin sekadar teori, yang membantunya untuk lulus exam dan dapat kerja.” bicara Mujahidah “Apa maksud ukhti” celah Aishah.
“ana masih ingat kata-kata lecturer kita dalam subjek History of Islamic Philosophy yang mengatakan orang yang menganggap sesuatu benda yang dipelajarinya ialah ilmu dan maklumat amat berbeza sama sekali.Orang menganggap benda baru yang dipelajarinya sebagai ilmu,ia akan memberi kesan kepada perbuatannya sama ada dia mengamalkan ilmu itu,dalam masa yang sama dia juga menyampaikannya kepada orang lain”. “Lain pula orang yang pelajari sesuatu yang baru dan menganggapnya sebagai maklumat,seperti orang yang setiap hari baca akhbar yang menjadikan berita di dalam akhbar itu sekadar info untuk mengetahui perkembangan semasa”.Tambah Mujahidah lagi.
“Erm,mungkin apa yang dipelajarinya tidak masuk dalam hati kan??Mungkin juga berkaitan dengan niatnya dalam menuntut ilmu,Nabi Muhammad kan pernah bersabda, innamal a’mallu bi niat,kalau niat kita menuntut ilmu hanya untuk mendapat lulus exam dan dapat kerja,itulah yang kita dapat.Kalau niat kita kerana Allah,ia akan jadi ibadat dan sekaligus ilmu itu akan masuk ke dalam hati kita dan seterusnya bukan sahaja kita dapat jawab exam dengan baik tapi juga ilmu itu kita amalkan dan praktikkan,kita akan dapat habuan dunia dan akhirat”.Aishah berkata-kata sambil membetulkan begnya.
“A’ah,ana setuju,cumanya ana rasa suasana tempat juga menjadi faktor hati kita terdidik kepada taqarrub kepada Allah”.Dengan mengangguk-angguk kepala Mujahidah berkata. “Suasana??Suasana yang macam mana tue?”Aishah tertanya-tanya tidak sabar mengetahuinya.
“Ada empat suasana yang mendidik hati iaitu; pertama,segala suasana yang menyentuh hati kita di mana kita rasa seronok membuat sesuatu kebaikan,contohnya;kita menjadi naqibah dalam usrah bersama ahli-ahli jamaah di mana kita berkongsi ilmu dan berdiskusi dengan mereka,ilmu yang kita kongsikan itu bukan sahaja kita terasa bahawa ilmu itu disampaikan kepada orang lain tetapi juga menjadi value dalam diri kita.Kedua,segala suasana yang menyebabkan kita mudah mengingati Allah atau terikat dengan Allah,contohnya sama seperti usrah yang kita adakan,pertemuan di dalam usrah betul-betul dapat mentarbiah diri kita bertaqarrub kepadaNya.Ada banyak lagi suasana yang menyebabkan kita mudah mengingatiNya seperti kesusahan dan keperitan hidup yang kita alami,pastinya kita mengadu kepada Allah dengan tangisan dan harapan yang sepenuh hati.Seterusnya, segala suasana yang merangsang kita untuk melahirkan amal,contohnya; apabila kita berhadapan dengan maksiat,dengan spontan kita berdoa agar dijauhkan daripada fitnah maksiat itu.Lastly,segala suasana yang merangsang kita untuk beristiqamah.”Jelas Mujahidah tanpa henti.
Sambil memegang erat bahu Mujahidah,Aishah berkata,“Alhamdulilah,ana amat bersyukur kerana Allah mengurniakan ana suasana yang macam nie,ana ada sahabat seperti ukhti yang sentiasa mendorong dan berkongsi dengan ana sesuatu yang berbentuk tarbiah diri,ana juga diizinkanNya untuk sama-sama berusrah dalam jamaah kita dan sebagainya” “sebelum ini ana terasa masih ada sesuatu yang kosong dalam hati ana nie,ana pernah terfikir apa gunanya ana buat benda baik,kerana ana bukannya berasal dari sekolah agama yang mempunyai basic agama, sahabat-sahabat ana yang lain yang bersekolah agama dan kat universiti ambil jurusan agama pun tak amalkan apa yang mereka belajar, tetapi Alhamdulilah sangat,Allah bukakan hati ana dan memberi peluang untuk ana merasai hidayah dan petunjukNya”.
“Alhamduliah,segalanya daripada Allah,kita merancang,hanya Allah tentukan. Tiada apa yang kita harapkan selain daripada keredaanNya,percayalah sahabatku,keikhlasan dan keistiqamahan kita dalam menjalani ibadat kepadaNya,tidak perlu kita nantikan orang lain melakukannya terlebih dahulu, teruslah lakukannya selagi mana perbuatan itu Allah sukai dan jauhilah perbuatan yang Allah tak suka,sememangnya dalam kehidupan ini sentiasa perlu bermujahadah melakukan kebaikan dan menghindari kemungkaran” Begitulah kata-kata Mujahidah yang sentiasa memastikan dirinya dan sahabat di sampingnya sentiasa beringat dalam mentarbiahkan diri kepada taqarrub kepada Allah.
“Ya,betul.Semoga jalinan persahabatan kita berkekalan dunia dan akhirat,semoga kita tergolong di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal dengan ajaranNya.”Aishah menutup perbincangan mereka apabila tibanya di hadapan pintu perpustakaan.
nurmujahidah.uiam
21 november 2008/1.40am
Pandangan Mata
Fitnah mata berpunca dari pandangan,
Sesuatu yang dipandang boleh meninggalkan kesan di hati,
Jika mata hati terus memandang maka hati pula dipengaruhi,
Tidak sedikit pandangan yang membuat damai,
Dan tidak sedikit pula orang celaka kerana mata,
Jika mata boleh mempengaruhi hati,
Maka hati pula boleh mempengaruhi mata,
Hati terus berbisik kepada mata,
Pandanglah,kerana engkau dijadikan untuk itu,
Jika mata terus memandang,maka sepatutnya hati dapat mengawalnya,
Jauhilah dosa akibat kerjasama mata dan hati,
Tetapi pandanglah sekelilingmu dengan pandangan mata hati
dipetik dari: buku 'asas tasawuf-membentuk insan calon penghuni syurga'
al-Sayyid Bakri al-Makkiy.
Saturday, November 1, 2008
THE LOVE OF GOD
International Islamic University Malaysia (IIUM) Friday Khutbah
(24th October 2008)
Delivered by:
Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Dept. Of Usuluddin and Comparative Religion, IIUM
Professors, Brothers and sisters in Islam,
We are now approaching the end of the month of Syawwal. This is indeed the best time for us to retrospect on the success and victory that we have achieved during the month of Shawwal and the preceding month of Ramadhan. Perhaps one of the ways to assess our victory during these two months is to contemplate and look deeply into our spiritual state, is there any sign of enhancement taking place as far as our spiritual development is concerned? How close are we to our Creator after undergoing the spiritual training in the blessed month of Ramadhan? How strong is our longing for God?
The love of God (mahabbatullah) is indeed the highest achievement, a Muslim should strive for, throughout his religious life. It is the ultimate result of one’s true submission and worship of God as well as the result of his true and deep knowledge about God. Ibn ‘Abbas while commenting the verse in Al-Dhariyat:56, (Wa ma khalaqtu al-jinni wa al-Ins illa li ya’budun) “I have only created Jinns and men, that they may serve Me” mentioned that the meaning of li ya’budun (to serve God) is to know Him (li ya’rifun). And to know God in the true sense is ultimately to arrive at the state of loving Him. Hence mahabbatullah, the love of God, is the highest station of a servant in his path towards a true submission to God.
Unfortunately brothers and sisters, we are now living in the world where men are gradually moving away from this ultimate aim of life. If we look around, it appears that the love of other than God predominates every inch of human life. Everyday, for example, we listen from radios and tvs various kind of songs which rather praising and glorifying lovers among human beings. By going through any lyric of these songs, one can simply discern that revered terms and words that are commonly and ought to be used to praise the Divine are on the other hand used to glorify lovers among human beings. God is gradually fading away from the soul of man has been slowly chased away from their mind. Humanism has become a new religion and man is enthroned as its new God.
Brothers and Sisters in Islam,
As we have said earlier, Islam teaches us that the love of God is the greatest achievement of man in his life. It is in fact a condition of iman as affirmed by the Qur’an:
“the believers are those who are overflowing in their love for Allah.” (Al-Baqarah:165)
And the Prophet said:
“One is not truly a believer until he loves God and His Prophet more than any other of the two” (Narrated by Bukhari and Muslim, from Anas)
In fact, ‘the love of God’ has been one of the important themes of the Prophet’s prayer:
“O God, give me love of You, and love of those who loves You, and love of what makes me approach your love, and make your love dearer to me than cool water”
Hence, the love of God must be the final aim of all man’s endeavors in this world. Human perfection and happiness in fact resides in this state of spiritual feeling. The love of God should conquer and predominate man’s heart over the love of all other things. This is the very reason why the sufis place mahabbah, the love of God, as the highest station in their way towards God. Within this station of mahabbah alone, there are many sub-stations such as uns, intimacy, qurb, proximity, shawq, longing and others.
Dhu’l Nun al-Misri, one of the early sufi of late 9th century, expressed his deep yearning in this station through the following phrases:
I die, and yet not dies in me,
The ardour of my love for thee (you),
Nor has your love, my only goal
Soften the fever of my soul
To you alone my spirit cries
In you my whole ambition lies
And still your wealth is far above
Compared to the poverty of my small love
However long my sickness be
This tiresome infirmity
Never to men will I declare
The burden you has made me bear,
A fever burns below my heart
And ravages my every part
It hath destroyed my strength and stay
And smouldered all my soul away
Hafiz, the Persian Sufi poets talks about the station of the love of God”:
“The adventure between me and my beloved has no end
That which has no beginning cannot have end”
That is how the lovers of God show the excitement of mahabbatullah.
We can continuously narrate numerous lines of the deep and immerse articulations of the lovers of God. Nevertheless this is not the occasion to do so. We are also well aware of the fact that to attain the state of mahabbatullah, the love of God, is far difficult than to speak about it. Therefore, perhaps it is sufficient for us to contemplate on a few signs of love of God as discussed by al-Ghazali in his work, Kimya’ al-Sa’adah: The Alchemy of happiness:
The first sign of mahabbah, according to al-Ghazali, is that a man should not dislike the thought of death, because death is the gate to meet God and no lover, says al-Ghazali, who refuses to see his beloved. Prophet Ibrahim, Khalilullah, the Companion of Allah, when was called to his death by Izrail, Angel of death, refused to follow him since he would not believe that God will take the live of someone he loved very much. But the Izrail answered back, “Have you seen a lover who refuses to go to his beloved?” and upon hearing that, Prophet Ibrahim immediately replied, “O angel of death, Take my life now”.
And to think about death is certainly not to abandon and renounce what we are doing in the world. Neither it means to live in this world in a paranoid condition, petrified by the worry of death. Instead, it is to live in the world with vigilant and cautious mind that this world is not an end in itself but a transitory place from which a longer journey is awaiting. It means to live with a conscious mind regarding our origin, our responsibility and our real destiny.
Furthermore, as the sufis saying goes, death not only refers to the physical termination of life but also applies to its spiritual meaning. It also means dying to one’s own desire as mentioned in the famous tradition, ………………………………… “Die before you die”. It means to bend the lower qualities of man towards higher purposes and to ensure the spiritual resurrection in this life.
Besides, what is the better thought than thinking of something that is most certainly will happen to us, while everyday, there are many wordly things that are uncertain that really occupy our mind. Hence, not to think about death is in fact trying to run from the most indubitable matter in life.
God says in Surah al-Jumu’ah ( 61:8)
Say, “ The death from which you flee will truly overtake you; then will you be sent back to the Knower of things Secret and Open; and He will tell the truth of things that you did”.
The second sign of the love of God is that one should be willing to sacrifice his will to God’s, by holding fast to whatever thing that will bring him nearer to God, and by keeping himself away from anything that will place him at a distance from God. This means that, in every second, he should try his very best to avoid committing sin for this will bring him farther from God, and he should strive to obey God’s command since this will bring him nearer to God.
That is the reason why in the Qur’an, the notion of mahabatullah is closely linked with the obedience of God through our compliance to risalah brought by Prophet Muhammad.
In Surah al-Baqarah 2: verse 31, Allah says,
Say, “If you do love Allah, Follow me: Allah will love you and forgive you your sins; For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful”
And as the consequence this obedience, another sign of the love of God, according to al-Ghazali, will occur on someone, is that ibadah becomes easy for him. When love of God is complete, no joy is equal to the joy of worship. The worship of Allah will be something that he is always longing for in every second of his life. It is just like when love a woman has filled the heart of a man, any action that will lead him closer to the woman will be easy for him. Accordingly, the lovers God will always take all opportunities that they have in this world to busy themselves in worshipping God.
Let us strive to be one of those who love God and also loved by God
Barakallah…
p/s: semoga perkongsian teks khutbah ini memberikan manfaat kepada kita semua