'Wahai Orang-Orang yang Beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan Carilah Wasilah (Jalan) untuk Mendekatkan Diri kepadaNya, dan Berjihadlah (Berjuanglah) di-JalanNya, agar kamu beruntung'(5:35)
Sunday, June 21, 2009
Empat Golongan Pencari Kebenaran
dan menjaga aqidah ahli sunnah supaya tidak terpengaruh
dengan perkara-perkara bid’ah.
2) Al-Falasifah atau ahli falsafah yang banyak menggunakan
logik akal dan pembuktian
3) Al-Batiniyyah atau al-Ta’limiyyah iaitu ahli-ahlinya mendakwa
menerima ilmu daripada Imam Ma’sum.Sebahagian aliran ini dikenali
juga sebagai Ismailiyyah yang kuat mempengaruhi golongan Syiah.
4) Al-Sufiyyah atau ahli tasawuf iaitu mereka yang berusaha membersih
dan manjaga hati dan amal supaya sentiasa bersih berdamping
dengan Allah.Mereka juga sentiasa bermusyahadah dan bermukasyafah
*Antara keempat-empat aliran pencari kebenaran,al-Ghazali lebih tertarik
kepada tasawuf kerana ia kaedah yang benar dalam mendekatkan diri
kepada Allah.Pemikiran dan ideanya berkenaan perkara ini terkandung
di dalam kitab ‘Ihya’ Ulumiddin’ yang meliputi segala persoalan ilmu
dan amal bagi melaksanakan syariat Islam keseluruhannya.
Antara tujuan orang tasawuf beramal ialah :
1)Membebaskan jiwa daripada belenggu hawa nafsu
2)Membersihkan diri daripada akhlak keji
3)Menjauhkan diri daripada sifat-sifat tercela
4)Menjauhkan diri daripada mengingati perkara-perkara
yang tidak membawa faedah selain daripada mengingati Allah
Petikan daripada buku :
Teori Kaunseling al-Ghazali ;
Yatimah Sarmani dan Mohd Tajudin Ninggal
Monday, June 15, 2009
Al-Fatihah : Syeikh Fathi Yakan

Syeikh Dr. Fathi Yakan, ulama yang dikenal sebagai inspirator gerakan dakwah meninggal dunia hari Sabtu kemarinHidayatullah.com—Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun. Syeikh Dr. Fathi Yakan, Ketua Front Aksi Islam (IAF), Libanon dikabarkan meninggal dunia pada hari Sabtu. Media setempat mengatakan, ia meninggal setelah dirawat dalam kondisi kritis.
Saturday, May 9, 2009
Aqidah Fir'aun
36. Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! binalah untukku sebuah bangunan Yang tinggi, semoga Aku sampai ke jalan-jalan (yang Aku hendak menujunya)"37. "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya Aku dapat melihat Tuhan Musa; dan Sesungguhnya Aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya Yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan Yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke Dalam kerugian dan kebinasaan."
Pencerahan :
1) Imam al-Thabari mengatakan : "Telah berlaku perselisihan pendapat dikalangan ahli takwil (tafsir) tentang maksud 'al-Asbab' kpd beberapa pendapat. Al-Sudiy dan Abi Soleh mengatakan : Jalan-jalan ke langit. Sebahagian lain mengatakan : pintu-pintu langit. Sebahagian lain pula berpendapat : tempat kediaman dilangit. Yang lebih utama kepada benar ialah pendapat yg pertama. Iaitu maksudnya : Supaya aku dapat ada sesuatu jalan/sebab-sebab yg boleh menyampaikan aku untuk melihat Tuhan Musa a.s. Samada ia bermaksud jalan, pintu, tempat kediaman atau lain-lain."- al-Thabariy, Jamek Al-Bayan Fi Takwil al-Qur'an, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Cet ke-3, 1999, jld 11, hlm 61
2)Imam al-Qurtubiy (ketika menghurai maksud ; 'Supaya aku boleh melihat Tuhan Musa..')mengatakan : "Fir'aun mengesyaki secara waham bahawa Tuhan Musa (Allah) adalah terdiri dari jenis jisim yang menduduki tempat/ruang tertentu. Dan adalah Fir'aun itu mendakwa dirinya Tuhan. Dan Dia melihat sifat ketuhanan pada dirinya itu secara pasti dengan menduduki tempat yang tinggi/mulia."-al-Qurtubiy, al-Jamek Lil Ahkamil Qur'an, Cet 1, 2000, Jld 8, hlm 205
3)Imam Ibn Katsier mengatakan: "Allah SWT berfirman tentang sikap kesombongan dan bangkangan Fir'aun yang mengada-ngadakan pendustaan terhadap Nabi Musa A.S, bahawa dia memerintahkan menterinya Hamaan utk membina sebuah istana yang tinggi, indah lagi pencakar langit. Bangunan ini diperbuat dari batu yang mana bahan bakunya terdiri dari tanah liat yang cantik. Sebagaimana firman Allah SWT menerusi surah al-Qasshah ayat 38..."
Ketika menafsirkan ayat : "Supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta..." Imam Ibn Katsier mengatakan : "Ini merupakan ungkapan kekufuran dan penentangan Fir'aun dimana dia menganggap Musa A.S berdusta bahawa dia (Musa) telah diutus oleh Allah SWT."
Ketika menafsirkan ayat seterusnya, Imam Ibn Katsier mengatakan : "Dengan perbuatan ini ia eolah memberi maksud kepada rakyatnya bahawa dia (fir'aun) telah melakukan sesuatu yang sampai kepada pendustaan Musa A.S. Untuk itu, Allah berfirman : "Dan tipu daya Fir'aun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian. Ibn Abbas dan Mujahid berkata :"Kecuali hanya membawa kerugian."- Ibn Katsier,Tafsir al-Qur'an al-Azhim, Pustaka Imam al-Syafi'ie, Cet 1, 2004, jld 7, hlm 166
Berdasarkan kepada sorotan pandangan mufassirin di atas kita boleh membuat beberapa Kesimpulan:
1) Fir'aun bukan sekadar tidak beriman dengan Nabi Musa A.S. Malah ditentangnya habis-habisan dakwah Nabi Musa A.S dgn melabelkan Nabi Musa A.S sebagai pendusta. Sedetikpun Fir'aun tidak pernah beriman. Oleh itu, mana bisa mungkin Fir'aun hendak dikatakan bertauhid Rububiyyah diakhir hayatnya. Bahkan dia sebenarnya kafir yang ori dan lambang kekafiran sejati.
2)Fir'aun berakidah dgn akidah kufur dengan mempercayai bahawa Allah itu terdiri dari jisim. Sedangkan jisim, jirim adalah suatu yang bersifat baharu. Mustahil Allah SWT bersifat sbgmana makhluk yg baharu berdasarkan firmannya pada surah al-Syuura ayat 11 dan al-Ikhlas ayat 4.
3) Fir'aun juga percaya bahawa Allah SWT menetap diatas langit. Lantaran itu, dia memerintahkan Hamaan utk membina istana tinggi menjulang kononnya untuk melihat Allah SWT. Walhal, ini semua merupakan akidah khayalan beliau sahaja. Dan sebarang khayalan berkaitan dgn Dzat Allah adalah Tajsim. Untuk itu, adalah wajar jika dikatakan bahawa akidah tajsim adalah akidah kufur Fir'aun Laknatullah. Bersama kita jauhi akidah tajsim lagi kufur sbgmana Fir'aun. Jangan jadikan akidah anda sebagai Fir'aun zaman modern.
4) Pihak berkuasa agama perlu memantau dan bertindak ke atas penyebaran akidah tajsim. Ini kerana akidah yg sesat lagi kufur menghalang ibadah seseorang dari diterima oleh Allah SWT. Sekaligus menyebabkan seseorang itu keluar dari Islam dalam keadaan dia tidak menyedarinya. Selamat memeriksa akidah anda. Semoga Allah menunjukkan kita akidah yang benar. Aamiin. http://al-ghari.blogspot.com
Tuesday, April 7, 2009
Hadith dan kepentingannya kepada umat Islam.
siaran radio IKIM dalam sesi ‘Cabaran Pemikiran Islam’ telah membincangkan satu tajuk yang
penting berkaitan Hadith sebagai salah satu sumber rujukan bagi umat Islam kini menjadi
keraguan, bahkan ditolak oleh segolongan manusia yang diibaratkan sebagai ‘anti hadith’.
Terdapat beberapa perkara penting yang disampaikan oleh Dr.Farid Shahran di dalam temubual tersebut antaranya bagaimana dan apakah hujah yang digunakan oleh golongan ‘anti hadith’ ini di dalam menyampaikan hujah mereka. Seterusnya, bagaimana pula respon dan ‘feedback’ kita sebagai umat Islam yang menjadi hadith juga sebagai salah satu sumber rujukan yang penting dalam kehidupan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang meninggalkan dua sumber rujukan penting bagi umat Islam iaitu al-Quran dan Sunnah.
Salah satu hujah yang disampaikan oleh golongan ini ialah al-Quran sudah cukup menjadi sumber rujukan agama tanpa perlunya kepada hadith. Ini kerana, Nabi Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai penyampai risalah. Risalah yang dibawa oleh baginda ialah al-Quran. Bahkan al-Quran itu sendiri adalah penjelas kepada sesuatu, malah ia sudah mencukupi sebagai rujukan. Maka, ini menunjukkan bahawa Hadith ini sebenarnya adalah al-Quran bukan kata-kata daripada Nabi Muhammad s.a.w.
Seterusnya,mereka menyatakan satu analogi yang mana Nabi Muhammad. s.a.w. diibaratkan sebagai posmen yang membawa
Selain daripada itu, hadith-hadith ini juga bertentangan antara satu sama lain, malahan ada yang bertentangan dengan al-Quran, contohnya dari segi hukum berzina yang berbeza antara Hadith dan al-Quran. Kemudian, hujah yang terakhir yang disampaikan oleh mereka ialah; umat Islam menjadi jumud dan tidak ‘berkembang’ kerana mereka mengikut Hadith yang biasanya menerangkan sesuatu dengan mendalam sehingga umat Islam tidak boleh melakukan sesuatu yang kreatif dan lain daripada itu. Ini amat berlainan dengan al-Quran yang disampaikan secara umum, sudah tentu umat islam dapat berfikir dengan baik dan kreatif jika al-Quran satu-satunya rujukan bagi mereka.
Segala hujah tersebut antara hujah yang mampu mempengaruhi umat Islam untuk menyokong golongan ini.Jika dilihat kepada segala hujah yang dikemukakan, sekali pandang, hujah-hujah ini boleh diterima akal dan ada kebenaran. Namun, hujah-hujah ini amat merbahaya kepada seluruh umat Islam yang sememangnya menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama. Bagaimana tindakan kita selaku ‘golongan yang berpendidikan’ terutamanya ‘pelajar yang berpendidikan agama’ berhujah dengan pemikiran ini?? Bagaimana kita juga berhujah dalam menyakinkan diri kita akan kebenaran Hadith sebagai sumber rujukan, malahan dalam masa yang sama, bagaimana kita ingin menyakinkan masyarakat Islam di Malaysia ini yang terdedah dengan pemikiran ‘anti hadith’ ini?? Semuanya berbalik kepada kita. Sedar tak sedar, ilmu yang kita dalami masih lagi cetek dan semestinya kita perlu memaksa dan merelakan diri untuk menyintai ilmu dan membudayakan ilmu di dalam diri.
Berbalik kepada temubual bersama Dr.Farid Shahran di dalam radio IKIM baru-baru ini. Dr.Farid Shahran juga memberikan beberapa hujah dalam mematahkan dan menyangkal dakwaan golongan ‘anti hadith’ ini.Setiap nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t mempunyai keistimewaan yang tersendiri terutamanya kepada kaum masing-masing. Seperti juga Nabi junjungan kita, Allah berselawat ke atas baginda s.a.w. Malah, Allah s.w.t. juga memuji akan akhlak baginda s.a.w di dalam pelbagai ayat al-Quran, contohnya; ‘wa innaka la àla khuluki àzhim’ (surah al-Qalam:4) dan Nabi Muhammad s.a.w. juga sebagai ‘uswah hasanah’ atau ‘role model’ kepada umatnya di dunia ini. Sama-sama kita renungkan dan fikirkan, seseorang yang diletakkan sebagai ‘contoh yang terbaik’ atau ‘uswah hasanah’ ini, semestinya kata-katanya juga penting untuk diikuti. Maka, ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad sa.w. bukan sekadar manusia biasa yang hanya menyampaikan risalah kepada umatnya, malah baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Dalam kata lain, segala tunjuk ajar dan contoh yang disampaikan oleh baginda di dalam hadith adalah seiringan dengan apa yang disampaikan di dalam al-Quran.
Seterusnya, kita ambil analogi posmen yang digunakan dalam hujah oleh golongan ‘anti hadith’ yang menyatakan posmen hanya menyampaikan
Mengenai hujah keraguan tentang proses pengumpulan hadith pula. Sememangnya pada peringkat awal, baginda s.aw. melarang para sahabat r.a menulis hadith, namun terdapat juga sahabat yang menulisnya untuk kegunaan diri sendiri. Malah, salah satu kelebihan orang Arab, mereka mempunyai ingatan yang kuat dan ilmu yang mereka dapat secara ‘direct’ daripada baginda s.a.w, mereka akan pastikan hadith itu disebarkan kepada yang lain juga. Jika dilihat, sekalipun proses penulisan hadith ini lewat, tetapi hakikatnya dari segi ingatan, ia terpelihara daripada awal. Tambahan lagi, dari segi proses pengumpulan hadith, ia mempunyai cara, criteria dan disiplin yang tertentu.
Percanggahan yang ada di dalam hadith itu sebenarnya tidak menjadi masalah sehingga membawa keraguan kepada umat Islam. Contohnya hadith di mana seorang sahabat r.a bertanya kepada baginda berkenaan perkara mana yang paling baik yang boleh dia lakukan. Baginda s.a.w menjawab bahawa solat pada waktunya. Seterusnya, apabila ditanyakan lagi soalan yang sama oleh sahabat yang lain,baginda menjawab, berbuat baik kepada ibu bapa. Apabila ditanya oleh sahabat yang lain pula tentang soalan yang sama, baginda menjawab, berpuasa. Ketiga-tiga jawapan yang disampaikan adalah berbeza kerana baginda menjawab soalan itu berdasarkan situasi orang itu.
Sebagai kesimpulan yang dapat penulis ulaskan daripada perbincangan tersebut antaranya ialah semakin hari semakin banyak cabaran pemikiran ‘baru’ yang dibawa oleh golongan yang bernama Muslim sama ada idealogi yang berbentuk ‘extreme’ atau terlalu melampau tentang Islam mahupun idealogi yang berbentuk ‘liberal’ atau longgar terhadap Islam. Tanpa disedari, ancaman dan serangan pemikiran ini tidak hanya daripada musuh Islam yang membawa hedoism ,pluralism dan sebagainya, tetapi daripada golongan yang keliru dengan hakikat Islam yang sebenar juga mengancam agama Islam. Justeru itu, perlulah kita mempersiapkan diri dengan ilmu di dalam menghadapi segala ancaman yang sudah ada mahupun yang bakal ada terutamanya di Malaysia.
Wallahuàlam
nurmujahidah.uiam
7 April 09 (1.15am)
Wednesday, March 18, 2009
MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
dengan kerjasama
BHEP, MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)
dan
Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
OBJEKTIF
Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam
TEMA
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.
TARIKH & TEMPAT [TUKAR]
21 – 22 Mac 2009 / 24-25 Rabiulawal 1429H di Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
TENAGA PENGAJAR
Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
SASARAN
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Pelajar MMU Melaka dan Cyberjaya
Orang Awam
Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang
YURAN
RM 10 [INDIVIDU]
MODUS OPERANDI
Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta.
(Talaqqi kitab/Pembentangan/Riadah Islami)
TENTATIF PROGRAM
Sabtu (21/03/2009)
7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran
8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;
Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli
Timbalan Presiden PKPIM
9: 15 pagi : Slot 1 : Syarah Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
10:45 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 2 :Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor
2:00 petang : Slot 3 :Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
4:00 petang : Minum petang & solat Asar
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimin]
Perlawanan Bola Jaring Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimat] {BERGANTUNG KPD KESESUAIAN}
6:00 petang : Makan Malam
7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’
9:00 malam : Slot 4 :Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
10:30 malam : Taklimat Bengkel & Pembahagian Kumpulan/Tugasan; [Kewajiban Mempertahankan Akidah Melalui Kesatuan Ummah]
11:00 malam : Minum malam & Berehat
Ahad (22/03/2009)
4:00 pagi : Qiamullail
6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi
8:30 pagi : Slot 5 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
10:30 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 6 : Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh; Saudara Mohd Hilmi B. Ramli Presiden PKPIM
1:00 tghari : Makan Tengahari
2:00 petang : (Check-out)
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;
Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]
http://almukminun.blogspot.com/