Apabila anda mengkaji al-Qur'an, jelas didapati bahawa di antara makhluk Allah yang berpegang dengan akidah yang bathil ialah Fir'aun Laknatullah. Antara teras kepercayaan Fir'aun ialah Allah berada di atas langit. Hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Allah SWT sendiri melalui ayat 36-37 Surah al-Mukmin :
36. Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! binalah untukku sebuah bangunan Yang tinggi, semoga Aku sampai ke jalan-jalan (yang Aku hendak menujunya)"37. "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya Aku dapat melihat Tuhan Musa; dan Sesungguhnya Aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya Yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan Yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke Dalam kerugian dan kebinasaan."
Pencerahan :
1) Imam al-Thabari mengatakan : "Telah berlaku perselisihan pendapat dikalangan ahli takwil (tafsir) tentang maksud 'al-Asbab' kpd beberapa pendapat. Al-Sudiy dan Abi Soleh mengatakan : Jalan-jalan ke langit. Sebahagian lain mengatakan : pintu-pintu langit. Sebahagian lain pula berpendapat : tempat kediaman dilangit. Yang lebih utama kepada benar ialah pendapat yg pertama. Iaitu maksudnya : Supaya aku dapat ada sesuatu jalan/sebab-sebab yg boleh menyampaikan aku untuk melihat Tuhan Musa a.s. Samada ia bermaksud jalan, pintu, tempat kediaman atau lain-lain."- al-Thabariy, Jamek Al-Bayan Fi Takwil al-Qur'an, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Cet ke-3, 1999, jld 11, hlm 61
2)Imam al-Qurtubiy (ketika menghurai maksud ; 'Supaya aku boleh melihat Tuhan Musa..')mengatakan : "Fir'aun mengesyaki secara waham bahawa Tuhan Musa (Allah) adalah terdiri dari jenis jisim yang menduduki tempat/ruang tertentu. Dan adalah Fir'aun itu mendakwa dirinya Tuhan. Dan Dia melihat sifat ketuhanan pada dirinya itu secara pasti dengan menduduki tempat yang tinggi/mulia."-al-Qurtubiy, al-Jamek Lil Ahkamil Qur'an, Cet 1, 2000, Jld 8, hlm 205
3)Imam Ibn Katsier mengatakan: "Allah SWT berfirman tentang sikap kesombongan dan bangkangan Fir'aun yang mengada-ngadakan pendustaan terhadap Nabi Musa A.S, bahawa dia memerintahkan menterinya Hamaan utk membina sebuah istana yang tinggi, indah lagi pencakar langit. Bangunan ini diperbuat dari batu yang mana bahan bakunya terdiri dari tanah liat yang cantik. Sebagaimana firman Allah SWT menerusi surah al-Qasshah ayat 38..."
Ketika menafsirkan ayat : "Supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta..." Imam Ibn Katsier mengatakan : "Ini merupakan ungkapan kekufuran dan penentangan Fir'aun dimana dia menganggap Musa A.S berdusta bahawa dia (Musa) telah diutus oleh Allah SWT."
Ketika menafsirkan ayat seterusnya, Imam Ibn Katsier mengatakan : "Dengan perbuatan ini ia eolah memberi maksud kepada rakyatnya bahawa dia (fir'aun) telah melakukan sesuatu yang sampai kepada pendustaan Musa A.S. Untuk itu, Allah berfirman : "Dan tipu daya Fir'aun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian. Ibn Abbas dan Mujahid berkata :"Kecuali hanya membawa kerugian."- Ibn Katsier,Tafsir al-Qur'an al-Azhim, Pustaka Imam al-Syafi'ie, Cet 1, 2004, jld 7, hlm 166
Berdasarkan kepada sorotan pandangan mufassirin di atas kita boleh membuat beberapa Kesimpulan:
1) Fir'aun bukan sekadar tidak beriman dengan Nabi Musa A.S. Malah ditentangnya habis-habisan dakwah Nabi Musa A.S dgn melabelkan Nabi Musa A.S sebagai pendusta. Sedetikpun Fir'aun tidak pernah beriman. Oleh itu, mana bisa mungkin Fir'aun hendak dikatakan bertauhid Rububiyyah diakhir hayatnya. Bahkan dia sebenarnya kafir yang ori dan lambang kekafiran sejati.
2)Fir'aun berakidah dgn akidah kufur dengan mempercayai bahawa Allah itu terdiri dari jisim. Sedangkan jisim, jirim adalah suatu yang bersifat baharu. Mustahil Allah SWT bersifat sbgmana makhluk yg baharu berdasarkan firmannya pada surah al-Syuura ayat 11 dan al-Ikhlas ayat 4.
3) Fir'aun juga percaya bahawa Allah SWT menetap diatas langit. Lantaran itu, dia memerintahkan Hamaan utk membina istana tinggi menjulang kononnya untuk melihat Allah SWT. Walhal, ini semua merupakan akidah khayalan beliau sahaja. Dan sebarang khayalan berkaitan dgn Dzat Allah adalah Tajsim. Untuk itu, adalah wajar jika dikatakan bahawa akidah tajsim adalah akidah kufur Fir'aun Laknatullah. Bersama kita jauhi akidah tajsim lagi kufur sbgmana Fir'aun. Jangan jadikan akidah anda sebagai Fir'aun zaman modern.
4) Pihak berkuasa agama perlu memantau dan bertindak ke atas penyebaran akidah tajsim. Ini kerana akidah yg sesat lagi kufur menghalang ibadah seseorang dari diterima oleh Allah SWT. Sekaligus menyebabkan seseorang itu keluar dari Islam dalam keadaan dia tidak menyedarinya. Selamat memeriksa akidah anda. Semoga Allah menunjukkan kita akidah yang benar. Aamiin. http://al-ghari.blogspot.com
No comments:
Post a Comment