Tuesday, December 9, 2008

Ancaman Dunia Islam

Baru-baru ini, penulis ada terbaca di dalam satu website JAIS yang memaparkan satu program bicara isu semasa yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

Apa yang menarik hati penulis untuk kita sama-sama menganalisis dan menghayati bersama ialah berkaitan dua kertas kerja yang dibentangkan dalam program tersebut. Kertas kerja pertama bertajuk Áhli Sunah Wal Jemaah’dibentangkan oleh ustaz Mohd Rasyiq bin Mohd Alwi yang merupakan pensyarah di Institut Pengajian Darul Hijrah. Manakala, kertas kerja kedua bertajuk Áncaman Kristianisasi; apakah tanggungjawab anda?’ dibentangkan oleh ustaz Rashidy Jamil bin Muhammad Arrashid dari JAKIM.

Melihatkan suasana semasa ini, tanpa kita sedari terdapat pelbagai cabaran dan ancaman terhadap Ahli Sunnah Wal Jemaah kerana wujudnya aliran-aliran baru yang menyimpang, ajaran yang songsang, isu murtad dan sebagainya. Golongan dan aliran ini bukan sahaja daripada mereka yang bukan Islam,tetapi golongan yang mendakwa mereka Islam seperti Wahhabiyah, Islam Liberal, Sister In Islam dan sebagainya. Sesungguhnya, kewujudan dan kemunculan golongan-golongan yang songsang ini betul-betul menguji kita semua yang berpegang kepada aqidah Ahli Sunah Wal Jemaah di dalam memperjuangkan sunah (aqidah dan syariah)

Berdasarkan apa yang disebutkan sedikit sebanyak di dalam kertas kerja pertama ini,penulis dapat rasakan betapa kuatnya ancaman dan cabaran ini melanda kita, terutamannya masyarakat Islam yang masih terawang-awang pengetahuannya mengenai pegangan aqidah Ahli Sunah Wal Jemaah ini. Ini kerana apabila sahaja munculnya aliran songsang ini,ditambah dengan hujah-hujah mereka yang kuat dan boleh menyebabkan kita sangsi dengan aqidah sebenar,ia akan menimbulkan perasaan was-was kita terhadap apa yang kita pegang selama ini,bahkan ia boleh menjuruskan kepada murtad, syirik dan sebagainya.

Penulis menyatakan sebegini kerana penulis pernah mempelajari madah ‘Islam and Religious Pluralism’ yang mana madah ini menceritakan sejarah kemunculan pluralism agama,tokoh-tokohnya seperti John Hick,Sayyid Hussien Nasr, dan Guru Nanak,apa yang dibawa di dalam idea ini,kaitannya Islam dan pluralism agama dan sebagainya. Antara idea yang dibawa oleh tokoh Pluralism Agama ini, mereka menyatakan bahawa semua agama sama,yang beza antara agama-agama yang ada di dunia ini adalah the manifestation of the God (penjelmaan Tuhan). Contohnya; Tuhan agama Islam ialah Allah, Yahudi pula Yahweh, Hindu pula Brahma dan sebagainya. Mereka menyatakan setiap Tuhan yang disembah oleh setiap agama yang ada di dunia ini adalah penjelmaan daripada the absolute God yang mana the absolute God ini tidak dapat dilihat sama sekali. Oleh sebab itulah, mereka menyatakan semua agama adalah sama.

Cuba bayangkan macam mana kalaulah datangnya orang yang berfikiran pluralism ini kepada kita yang menyentuh isu-isu sebegini. Alangkah sedihnya dan malangnya kita seandainya tidak mampu berpegang teguh dengan aqidah kita malah tidak mampu berhujah menentang dan menegakkan pendirian kita. Penulis merasakan ramai di kalangan masyarakat Islam ini masih kosong tentang pemahaman aqidah yang benar bahkan tahu mereka Islam sebabnya ibu bapa Islam. Jadi, tak hairanlah betapa ramai terutamanya golongan remaja yang murtad dan sebagainya. Ini baru pluralism yang datang menyerang,bagaimana jika datangnya pemikiran dan aliran songsang yang lain yang kita tahu tahu sejarahnya dan sebagainya?? Bagi pendapat penulis,sekalipun kita bukanlah di bidang agama, tetapi kita sebagai orang Islam semestinya mengetahui dengan sedalamnya akan aqidah Ahli Sunah wal Jemaah yang kita pegang sehingga ke akhirnya.

Seterusnya dalam kertas kerja kedua yang bertajuk Áncaman Kristianisasi; Apakah tanggungjawab kita?. Ustaz Rashidy memberi penjelasan dan pendedahan bahwa Yahudi dan Kristian tidak akan redha kepada Muslim sampai bila-bila seperti yang didedahkan di dalam Quran. Dakyah Kristian atau Christian Missionary semakin hari semakin melampau dan aktif. Mereka tidak putus-putus meneruskan dakyah untuk memurtadkan orang Islam masuk Kristian dengan pelbagai cara dan kaedah.Penulis masih ingat apa yang penulis pelajari di dalam madah ‘Christian Missionary and Evangelization’, antara sebab orang Kristian tak pernah putus asa mengajak dan memaksa orang termasuk agama-agama lain masuk Kristian ialah mereka percaya bahawa semakin ramai orang masuk Kristian,badan Jesus akan semakin complete dan sempurna.

Cara yang mereka gunakan juga banyak dan pelbagai antaranya melalui kebajikan masyarakat, hiburan, dan sebagainya. Mereka banyak menggunakan cara lembut dan halus, contohnya; mereka memberi bantuan makanan dan pakaian kepada golongan miskin, mereka bersedia membantu dan mengajar anak-anak yang tidak mampu bersekolah dan sebagainya.Tapi,ingat sebaik-baik layanan mereka itu ada tujuannya,melalui pengajaran mereka memasukkan ajaran Kristian dan apa-apa mengenai Kristian, bahkan mereka juga akan membawa anak-anak ini pergi ke gereja dengan alasan membuta lawatan.

Buat remaja,pemuda dan pemudi pula,mereka juga gunakan hiburan dan cinta. Memang tidak dapat dinafikan,terlalu ramai remaja Muslim yang masih mencari identiti yang sebenar terpedaya dengan mereka sehinggakan sanggup murtad dan meninggalkan keluarga. Disebabkan kelonggaran pemahaman tentang aqidah Islam dan faktor-faktor lain, mereka terperangkap ke jalan yang salah. Apakah tanggungjawab kita?? Sukar untuk dipastikan, sama ada tanggungjawab kita untuk mendaulat negara Islam dahulu atau menta’dibkan masyarakat Islam malah mewujudkan tamadun khayrah ummah dahulu?? Masyarakat Islam di mana-mana pun masih mencari-cari kebenaran untuk menyakini Islam sebagai agama yang suci dan benar yang mereka anuti, tetapi kita kekurangan tenaga yang sanggup menafkahkan diri untuk berjuang di jalan ini, sebabnya.....tepuk dada tanya iman.

Buat mujahid dan mujahidah yang berjuang di jalan-Nya,sabarlah dan yakinlah jalan dakwah ini adalah jalan yang mulia. Jangan sekali-kali biarkan Dakyah Kristian melintasi kita dan mengalahkan kita. Sepatutnya,kita mesti melintasi mereka kerana Islam adalah agama yang sebenar-benarnya, walaupun ia sukar dan melawani nafsu kita yang sukakan kemewahan,hiburan, dan perkara yang lagha, namun ia amat bermakna seandainya kita beristiqamah di jalan ini sehingga ke akhir hayat.

Sebagai kesimpulannya, diri ini berharap agar berada di dalam golongan mujahidah solehah yang berjuang di jalan-Nya sehingga akhir hayat sekalipun sebesar zarah saja diri ini mampu lakukan dalam perjuangan ini. Untuk sahabat-sahabat jamaah, lupakan masalah hati dan perasaan yang berlaku antara kita,ingatlah dan hayatilah tujuan utama kita berada di dalam jamaah ini. Buatlah yang terbaik untuk Islam,kerana Islam dan demi Islam.

p/s: sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang Pluralism Agama dengan lebih mendalam,bolehlah rujuk buku;
Tren pluralisme agama : tinjauan kritis / Dr. Anis Malik Thoha(buku ini ada juga di dalam terjemahan bahasa Arab)

Wallahuálam
nurmujahidah.uiam
12.55am- 9 Zulhijjah 1429h/7 December 2008

No comments: