Friday, December 17, 2010

Penantian..

Kerinduan akan suami tercinta tidak pernah pudar, hampir seminggu dikau meninggalkanku kerana amanah bertugas di luar kawasan,

Kusangkakan diri ini mampu bertahan merinduimu seandainya perkara ini sudah menjadi biasa apabila kita berjauhan,

Namun semakin kerap kita berpisah, kurasakan begitu cepat perasaan rindu hadir,
malahan titisan air mata mengalir apabila mengenangkannya,

Terasa diri ini kesunyian sekalipun dihari pemergian dikau, daku tinggal bersama kakakku yang mempunyai anak yang menceriakan suasana,

Ingatan dan rasa ingin bersamamu tidak pernah lekang di minda ini,
Sunyi daripada bertanya khabar dikala kita berjauhanr sebagai cara mengurangkan kerinduan padamu, kerana kurasakan semakin kerap kita berhubung dan bertanya khabar
di saat ini,kuingin memeluk erat dirimu, tidak mahu berjauhan denganmu,

Namun sebaliknya, daku tidak mampu melakukannya,dikau jauh daripadaku,

Diri ini juga kerisauan seandainya anak yang dikandung ini sedar ibunya menitiskan
air mata merindui bapanya, tentu anak ini turut bersedih dan mengalirkan air mata,

Hanya doa dan harapan dipanjatkan semoga diri kita yang saling menyintai kerana-Nya sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi cabaran ini,

Kuyakin pengorbanan dan jihad dikau dalam amanah tugasan ini adalah suatu yang bernilai disisiNya,

Daku akan cuba dan terus cuba menenangkan hati ini saat -saat kita berjauhan
kerana berjauhannya kita atas amanahNya, akhir matlamat hidup kita jua untuk
mendapatkan
'MARDHATILLAH'..